Solat Di Tempat Awam

assalamualaikum, terus terang saya katakan, post ini hanya untuk teguran buat muslimah diluar sana termasuk diri saya sendiri. Penulisan ini yang baik datangnya dari Allah, dan buruk itu berlandaskan diri saya sendiri.

Setelah saya perhati dan mengalaminya sendiri, dah tiba masanya saya memberanikan diri untuk membuat teguran secara terbuka. Kenapa melalui iium confession? Sebab saya yakin dan percaya impaknya besar. Page ini dibaca oleh ramai muslimah dan in sha Allah atas keberkatan ini kita sama sama dapat ambil point apa yg bakal saya sampaikan.

Saya pernah solat di surau KLIA, KL sentral, stesyen bus, petrol pump dan mall. Apa yang kita tahu, surau awam seperti ini sangatlah kecil dan ruang terhad. Malah, bilangan telekung juga kurang. Tapi itu bukan masalah utama. Yang utamanya adalah bila wujudnya golongan masyarakat yang selfish. Terutamanya bila sampai waktu puncak iaitu akhir waktu zohor dan nak masuk asar.

Pernah satu masa, saya nak solat jamak di sebuah mall. Masa tu waktu puncak, memang ramai sgt kat surau. tak sure la yg dtg tu utk solat zohor atau bersedia utk asar. Apa yg pasti, keadaan masa tu sgt sesak dan memalukan. Bayangkan, yang dah tunaikan solat boleh pulak main phone sambil duduk bersila dengan telekung. Padahal betapa ramainya yg menunggu turn nak pakai telekung.

Dengan ruang yang sempit macam tu boleh lagi malu nak rapatkan saff. Hmmmm, sedih tengok keadaan macam ni. Walaupun bukan berjemaah apa salahnya rapatkan saff untuk memudahkan urusan orang lain? Kenapa nak selfish utk beribadah?? Ada yang letak bag, bentang tudung besar besar. Kita nak solat, orang lain pun nak solat. Kesian tengok makcik makcik yang terkial kial cari ruang solat dengan harapan tak terlepas waktu solat.

Satu hal lagi, tak tahu la memang plan untuk solat zohor akhir waktu sebab nak solat asar terus atau memang terlewat zohor dan alang alang asar terus. Tapi, hormat la orang yang nak tunaikan solat zohor dahulu. Yang dah dapat telekung, habis je solat, buka dan pass pada org seterusnya. Jangan la pulak nak tunggu asar dengan telekung awam yang memang tak cukup tu. sedih kot tengok orang yang cop telekung then pakai sampai dia habis urusan. Padahal ramai yang tak dapat solat disebabkan takda telekung. Kalau rasa nak berlama lama dengan telekung then nak asar terus, bawa telekung sendiri. Settle.

Kalau kat KLIA dan stesyen bus or what so ever yg relate dgn tempat ni, point yang utamanya tidur. Tak salah nak tidur tapi just want to remind, bila azan je terus bangun. Especially yang tidur di saff hadapan. Pengalaman sendiri solat subuh di KLIA macam solat mayat. Ada yang da buka mata, tapi buat buat pejam balik. Its okay for you yg mungkin letih sangat tapi hormat orang yang solat. Kalau rasa tak boleh bangun on time masuk waktu, cari tempat yg belakang sikit. Satu lagi, jangan pulak cerdik sangat guna sejadah dan telekung buat selimut. Kita yang nak solat ni pulak yang malu nk minta guna. Nak guna tu boleh, tapi masuk je waktu, pulangkan semula. Biasanya time subuh, surau memang akan pack sebab ramai yang terlejar kejar nak solat before fly. That why yang mana utk tidur tu bagi ruang utk orang yang nak solat subuh dulu.

Kalau kita mudahkan urusan orang lain, in sha Allah, Allah mudahkan urusan kita. Takmo laa selfish dah. Masing masing pun niat baik kan. Kalau kita nak bersegera dgn urusan akhirat, orang lain pun niat yang sama. Kita nak masuk syurga pun kalau boleh nak ramai ramai masuk syurga kan? So, mulai harini apa kata kita ubah diri kita dulu. NAK UBAH DUNIA BUKAN MUDAH, TAPI DENGAN MENGUBAH DIRI BOLEH MENGUBAH DUNIA.

– Bukansiapasiapa

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit