Solat Jamak Pelik

Assalamulaikum,

Okay macam ni. Aku ada satu permasalahan yang nak kongsi dengan korang semua.
Aku ada seorang kawan yang aku gelarkan (A). Sejak kebelakangan ni, bila aku keluar lepak dengan A, bila waktu solat je selalu aku akan jadi serba salah. A bukan lah tak solat, cuma dia selalu bagitau aku yang dia dah jamakkan solat dia.

Contoh, aku lepak dengan A lepas zohor, jadi bila azan asar je terus aku ajak A singgah masjid untuk solat jemaah. Tapi A hanya anggukan kepala and bagitau yang dia dah jamakkan solat asar dia tadi dalam waktu zohor. Aku jadi hairan bila dia cakap pasal soal jamak sedangkan waktu tu bukanlah waktu darurat ataupun bermusafir. Dan dia boleh selamba je tunggu aku habiskan solat asar aku tadi sedangkan aku rasa dia tak perlu jamakkan waktu asar ke dalam waktu zohor dan boleh je solat asar di awal waktu berjemaah. Bila aku tanya alasan dia berjamak diluar waktu darurat dan musafir ni, jawapan dia senang je. Aku perlu kaji lagi dan tak semua orang malaysia mengamalkan mazhab syafie.

Aku jadi pelik sebab sebelum ni A tak pernah pulak tinggal solat dan tak ada pulak isu jamak selain daripada bermusafir. Yang aku perasan A mula mengamalkan solat jamak ni selepas join group usrah yang aku sendiri tak tahu (aku tak join). Aku sungguh nak tahu memang boleh ke kita jamakkan waktu solat ni selain daripada keadaan-keadaan yang aku sebutkan tadi? Aku pun bukan lah individu yang mahir dalam ilmu agama ni, tapi kalau kawan aku tu tak betul, aku boleh jugak nasihatkan dia. Dan nak nasihat ni pun aku tak boleh la nak nasihat kosong, kena jugak ada isi. Sebab A akan caras aku balik dengan hadis la mazhab la yang membenarkan jamak ni.

Tapi pernah sekali aku terkelu dengan jawapan dia. Bila aku tanya, dia jawab tu fatwa mufti al azhar. Fatwa tu setahu aku yang cetek ilmu agama ni, perkara yang takde dalam penjelasan hadis dan Al-Quran, baru diadakan musyawarah dan dikeluarkan fatwa. Tapi hal jamak ni, setiap mazhab pun dah ada pendapat dia yang tersendiri. Ada satu mazhab tu, aku tak ingat mazhab mana, tapi jamak dibenarkan semasa wukuf time haji je. Time kita bermusafir biasa pon tak boleh. (Tolong betulkan kalau aku salah, sebab aku pun ingat-ingat lupa).

Boleh nmpk jugak percanggahan hujah dia kat situ, sebab mula-mula dia cakap pasal fatwa, lepas tu dia masuk bab mazhab pulak. Keliru pulak aku nak faham.

Bab lain mungkin aku boleh kasi cincai lagi, tapi bab solat ni bab yang pertama di hitung lepas kita mati ni jadi aku tak nak la bersubahat sekali sebab tak ambil tahu hal yang macam ni.
Mohon pendapat kawan2 yang mahir agar aku dapat sikit la pencerahan.

Terima kasih

– Adha

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit