Assalammualaikum Nama aku Zafi (Bukan Nama Sebenar). Aku nak cerita tentang pengalaman hidup aku mengenai solat.
Dari dulu aku ni budak paling nakal. Sampai aku di katakan punca kepada budak lain jadi nakal sama. Bila semua cikgu cakap macam tu lagilah aku galak tunjuk hebat, hisap rokok masa sekolah rendah. Aku peduli apa, ada aku kisah?
Keputusan UPSR ke laut dalam. Aku banyak buat masalah sehinggalah keluarga hantar jauh untuk aku belajar kat Negeri Sembilan.
Macam culture shock aku jadi paling pendiam sebab ada lagi otai dari aku kat sana. Berentap aku pula kena tibai, padan muka. Dulu buat orang boleh, sekarang padan muka.
Aku tahu aku ni unik tapi aku tak tahu macam mana nak persembahkan keunikan itu. Unik aku sampai semua cikgu pulau aku masa kat sekolah agama termasuk seorang ustaz.
Masa tu aku dah mula nak dekatkan diri untuk belajar agama. Tapi itulah ustaz tak nak ajar. Wakil sekolah bola ustaz tak nak bagi aku main. Dengan berani aku pergi tanya sebab apa tak boleh main. Tiada sebab. Hilang sabar aku di buatnya!.
Aku belajar sendiri sambil tengok buku kadang-kadang hujung minggu tanya pak cik yang kerja ustaz kat melaka. Dia jarang balik negeri sembilan, aku belajar asas.
Nikmat dia memang lain bila kita solat dengan penuh ikhlas. Tapi itu sementara, sebab habis belajar aku sambung belajar kemahiran dan mula bekerja. Masa bekerjalah solat aku jadi tunggang langgang.
Aku kerja 3 tahun berhenti kerja ambil risiko buka bisnes. Tapi bisnes aku macam tak boleh pergi jauh naik jatuh naik jatuh. Bila aku renung balik, SOLAT itu ke kunci dia? Aku selalu tertanya-tanya.
Allah SWT tu Maha Kuasa. Serius Maha Bijaksana juga. Allah uji dengan kehadiran duit RM300 orang tercicir waktu aku sendiri tak berduit.
Aku serba salah untuk ambil jadi aku letakkan betul-betul di celah pintu kereta sebelum blah. Walau nak blah aku masih tengok duit tu, aku memang perlukan sangat-sangat. Oh ya, masa ini aku dah kahwin dalam setahun jugalah.
Esoknya khabar gembira sampai sebab aku dapat projek site kontraktor RM3000. Aku lupa tentang RM3000 jadinya perlahan-lahan ujian datang kembali dengan RM3000 tak ada makna tanpa kita bersyukur susut sekejap saja.
Ujian datang kali ni lebih teruk sebab pekerja buat khianat. Tapi aku still sabar dan mula terdetik nak belajar agama lagi. Dan macam yang sebelum ni atas kesabaran.. dua pelanggan datang dengan nilai dua kali ganda. Alhamdulilah!
Masa tu aku terduduk, Allah Maha Besar. Ujian itu datang untuk lihat bagaimana kita hadapinya. Aku pun mula bertatih jaga solat balik. Aku terpegun. Bila kita sayang Allah, Allah akan sayang kita. Bertalu-talu masuk panggilan telefon perihal projek.
Aku menangis setiap kali solat, aku sekarang ada syarikat yang tak berapa besar tapi cukup untuk isteri dan aku serta beberapa pekerja indonesia yang aku tolong sebab majikan lama mereka tindas dengan gaji tak bayar dua bulan, gaji tak cukup. Banyaklah dugaan depa.
Yang aku nak sampaikan di sini, SOLAT. SOLAT jaga. Apa yang di suruh ibu dan ayah kita adalah benda baik walaupun satu masa dulu kita marah sangat pada mereka sebab suruh solat.
Ibu ayah kita lebih tahu konsep ‘Bila kita jaga Allah, Allah akan jaga kita’. Dengan SOLAT kita akan rasa lebih tenang. Allah SWT sayang kita sebenarnya..
– Zafi (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit