Solat Ketika Sakit

Assalamualaikum.
Terima kasih sbb siarkan confession ni. Aku NZ. Sebelum ni aku penah tulis artikel pasal perempuan dan surau mall.
Kali ni aku nak tulis pasal solat jugak. Tapi solat ketika sakit.
Xperlu la aku nak muqaddimah panjang sgt. Aku nak terus ke point aku.

Majority kita penah admit ward kan? Ok, aku nak cerita skit. Masa aku warded sebab nak bersalin (sebenarnye byk kali dah warded). Aku perasan berapa kerat je yg solat. Xkisah la mase tgh sakit nak bersalin ke, mase tgh xsakit ke. Kalau yg sakit kat rumah tu aku xleh kate ape la. Tu sbb aku xnampk (tp Allah nampak). Wahai bakal ibu dan ibu² sekalian. Tahukah anda bahawa solat tu wajib walaupun ketika sakit.
Pengalaman aku lahirkan anak sulong. Mase tu aku leaking mase 29week. Aku kena admit ward utk pantauan. Yes, ramai yang tunggu waktu bersalin. Tapi xsolat. Mase aku 31week, aku dah ada tanda nak bersalin. Masa ni aku xdibenarkan turun dr katil sebab leaking + tanda darah. Aku hnya dibenarkan pegi tandas n pegi solat je. Tp bile dah strt sakit, aku xpegi surau dah. Aku solat atas katil ja. Alhamdulillah sebelum bersalin aku sempat solat maghrib jama’ isyak.

Ok, mungkin ade yang tak tahu pasal solat jama’ time sakit ni. Tp ni bg yg mmg xmampu je ye. Yg masih larat utk solat seperti biase, solat la seperti biase. Solat jama’ ni bukan hnya time travel je. Mase sakit pon Allah bg rukhsah. TAPI, jama’ (himpunkan) saja. BUKAN qasar (pendekkan). Contoh waktu maghrib, kite solat la maghrib seperti biase (3 rakaat) . Lepas solat maghrib, kita niatkan solat jama’ isyak (4rakaat) . So, kite xperlu turun katil lagi pegi amek wudhuk lain, then solat isyak plak.
(Lagi sekali aku tegaskan ni utk yg tidak mampu utk solat ikut waktu macam biasa). Aku solat jama’ ni masa aku dah strt sakit. Lepas habis aku solat maghrib jama’ isyak,, aku terus ditolak ke LB utk bersalin.

Contoh macam pesakit kencing manis yg ada luka. Kebanyakkan bg alasan ada luka, luka xboleh kena air, xboleh ambil wudhuk (Tp mandi boleh ja kan?), “Eh, mandi kami xbasah kat luka tu”. Haaa.. Wudhuk pon lebih kurang gitu la. Ambil wudhuk seperti biase tp tempat luka (anggota wudhuk yg luka) xpayah bg kena air, cukup keliling dy dan bhgian lain ja kena. Jgn jadikan alasan sakit tu utk xsolat. Sakit ni Allah nak ampunkan dosa² kecil kita. Daaah kita xsolat pulak, xke tmbah dosa lagi.

Kalau sebelum bersalin tu kita belum solat maghrib contohnya, ni tgh dok sakit ni, tetibe hujung maghrib kita dah sakit contrction, (padahal maghrib belum solat). masuk isyak kita p LB bersedia utk bersalin. Dah ada 2 waktu solat yg kita kena qada lepas bersalin (lepas habis nifas la) . Waktu maghrib dan isyak. Haa,,, kan dah susah kat kita kan. Utk ibu mengandung, solat wajib bg anda selagi anda belum bersalin.

Solat itu wajib melainkan kita dah mati (ni org yg solatkan kita). So sebelum org solatkan kita, kita solat la sendiri. Hehe..
Ok, hmm mungkin ni je la kot yang aku nak sampaikan. Utk lebih lanjut boleh la bertanya kepada yg lebih arif. Kalau ada salah tolong betulkan. Terima kasih sebab sudi baca confession aku. Ingat, solat tiang agama.
Kita jaga hak Allah, Allah akan jaga hak kita.
Wassalam.

– NZ

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit