Assalamualaikum admin and readers. Sikit pengenalan. Saya perempuan 30 tahun. Study background saya dalam bidang pengajian Islam di timur tengah. Siang tadi saya interviu di sebuah sekolah dan ditanya tentang satu isu yang buat saya terfikir2 di tengah malam ni. Sekolah yg saya pergi tu agak besar, ditubuhkan oleh cerdik pandai yang bergiat dalam gerakan Islam. Guru besar yg interviu tu pun lulusan Birmingham. Gelarkan dia Cikgu A.
Cikgu A tanya saya mengenai isu RUU 355 yang sedang hangat sekarang. Sejujurnya saya tak follow isu ni on every step. Saya sekadar fahamkan apa yang berlaku, kalau orang mintak tolong turun kempen saya turun sebagai sokongan. And enough. Jadi perbualan dengan Cikgu A tadi agak kekok sebab saya kurang follow benda ni. Tapi banyak juga info yang saya dapat daripada perbualan tu dan saya nak share kat sini.
1. RUU 355 yag saya faham ialah pindaan untuk luaskan bidang kuasa mahkamah syariah. Setakat peruntukan yang ada terlalu rendah dan menjadikan mahkamah syariah tidak dihormati. Perkara yang diputuskan di mahkamah syariah boleh pulak dibicara di mahkamah sivil. Saya sangat setuju untuk luaskan bidang kuasa tu. Non-muslim tak perlu bimbang pun sebab undang2 tu untuk orang Islam je.
2. Undang2 Islam kat malaysia@tanah Melayu ni bukan baru. Dalam sejarah kita tahu tentang Hukum Kanun Melaka, undang2 Laut Melaka yang dibuat berdasarkan syariah. Di Terengganu ada Mahkamah Balai (atau undang2 balai yang disebut guru besar tu tadi..) yang wujud sehingga kedatangan British. Haji Abdurrahman Limbong antara tokoh yang dianggap peguam di mahkamah balai tu. Waktu British datang, mahkamah balai tu tak dimansuhkan.
3. Umumnya proses undang2 tu ada dua: 1st digazetkan, 2nd dikuatkuasakan. Contoh undang2 yang digazet tapi tak dilaksanakan ialah penangkapan peminjam PTPTN yang tak bayar hutang. Kalau nak strict ikut undang2, semua yang tak bayar pinjaman boleh ditangkap. Tapi kerajaan beri ihsan memandangkan kehidupan majoriti peminjam yang susah. Dalam isu RUU 355, antara yang diusahakan ialah menggazetkan undang2 tu dulu. Perlaksanaannya lepas tu lebih fleksibel.
4. Selain RUU 355, ada satu lagi undang2 yang dibahaskan dalam parlimen iaitu mengubah agama anak. Kalau ada pasangan bercerai, sorang muslim dan sorang murtad, maka anak boleh pilih nak ikut agama mana. Sedangkan Islam wajibkan anak ikut parent yang muslim. Tentang RUU kedua ni, kalau diluluskan sangat bahaya kepada anak2 muslim yang terlibat. Tapi hat ni tak ada media nak kecohkan.
5. Yang peliknya ada sesetengah orang Islam sendiri tak setuju pindaan RUU 355 ni. Sedangkan diorang tu puak2 ‘pejuang Islam’ juga. Puak2 usrah juga. Sibuk tolong Palestin, Syria, blablabla tapi tak setuju nak perkasa undang2 syariah. Cikgu A macam surprised gila dengan perbezaan pendapat tu. Seolah2 yang tak setuju ni macam kurang iman la gamaknya. Dia siap sebut tentang Siti Kassim, liberal, rosak akidah, seolah2 muslim yang tak setuju pindaan RUU 355 ni liberal dan rosak akidah belaka.
Sekali interviewee kat depan dia ni bagai jawapan berbeza. Amekaw. Saya cakap terang2 kepada Cikgu A, dan mungkin readers kat sini boleh ambik panduan…
Orang yang lahir dari parents muslim, automatik dia muslim. Selagi dia tak zahirkan syirik atau kafir, tak boleh kita persoalkan akidah dia. Even dia tak solat sekalipun, atau tak buat kewajipan yang lain, atau dia buat dosa besar; kita patut nasihat, ajar, galakkan, bimbing. Bukan persoalkan ‘eh kau ni Islam ke tak? Buang je la Islam dari IC tu!’. Amboi. Kau lebih tuhan dari Tuhan ye.
Orang Islam yang lahir2 dah Islam, even yang ambik pengajian Islam, atau bekerja untuk Islam, bukan semuanya betul2 faham Islam. Ada yang dalami Islam sampai phD tapi gurunya salah manhaj. Ada yang jujur ikhlas bekerja untuk Islam tapi pemimpinnya salah direction. Let alone yang non-muslim. Dalam dunia ni serba banyak kemungkinan. Sebab tu kita tak boleh judge, tak boleh yakin kita saja betul. Yang penting kena saling faham. Bila nampak orang berbeza, cuba fahamkan apa yang dia fikir dan cari titik temu.
Ingatlah Islam tu dibina dengan akhlak. Nabi Muhammad SAW cakap terang2 Baginda diutus untuk sempurnakan akhlak. Nabi tanam Iman dan baiki akhlak dulu selama 13 tahun di Mekah. Lepas tu barulah turun syariat slow2. Endingnya syariat tu tertegak dalam keadaan MASYARAKAT DAH BAIK. Bukan masyarakat rosak. Undang2 syariah, hudud-takzir jadi pagar yang menjaga orang2 baik ni daripada terkeluar kawasan.
Jadi kalau kita nak tegakkan Islam di Malaysia/dunia ni, kena ikutlah pathway yang Nabi dah letak. Kalau kita tak ikut sunnah, even syariat tertegak sekalipun, ia jadi senjata makan diri kepada orang Islam. Macam mana boleh jadi senjata makan diri? Jom kita gambarkan sama2. Contoh, jenayah Zina.
Dalam had zina, Islam tetapkan, kalau nak sabit penzina tu bersalah kena ada pengakuan penzina sendiri, atau penuduh bawak empat orang saksi yang tsiqah. Empat orang saksi ni kena pastikan dorg betul2 nampak bebird tu masuk dalam miss V. Empat orang nampak benda yang sama pada masa yang sama. Kalau setakat nampak cium2 belai2 tak boleh sabit zina. Atau nampak waktu lain2 tak boleh sabit zina.
Katakan, undang2 ni dikuatkuasakan sekarang. Mana nak cari empat orang saksi baik2 soleh2 ni? Kalau ada pun, diorang takkan sanggup nak cemarkan mata dorg jadi saksi zina… melainkan dia pervert dan tengok porn kat belakang orang. Satu2nya hukuman zina yang terlaksana pada zaman Nabi adalah kerana pengakuan hamba Allah tu sendiri. Kalau zaman sekarang ni kita nak suruh sabit dengan pengakuan…siapa nak mengaku berzina? Orang yang betul2 kuat iman dan takut hukuman akhirat je sanggup serah diri dan terima hukuman dunia…. bermakna mereka adalah insan2 soleh juga cuma tersalah step.
Bila dengan saksi dan pengakuan pun tak dapat nak sabit hukuman, akhirnya orang akan tuduh undang2 Islam leceh, zalim, tak guna… Mangsa rogol tu dah beranak dan anaknya dah masuk sekolah tapi perogol tak sabit2 juga sebab takde saksi yang qualified. Ada cara lain dengan sabitan DNA, blablabla itu lebih panjang tak sesuai kat sini. Saya bawak contoh paling asas je. Belum yang lain lagi dengan jenayah bunuh, rompak, terorist yang lebih rumit.
Nampak tak betapa panjangnya jalan nak tegakkan syariat dan langkah pertamanya ialah iman dan akhlak. Tanya: Adakah kita dah selesai dua asas ni?
Tanya tentang iman dan akhlak je dulu. Tak nak tanya tentang persediaan para peguam syar’ie dan cerdik pandai yang menguasai kedua-dua undang-undang syar’ie dan sivil… Sebab dari segi tu saya tau malaysia belum sedia.
‘So awak tak setuju la pindaan RUU 355/ tegakkan undang2 syariat ni?’ tanya Ahmad Albab yang baru balik demonstrasi.
Saya setuju. No. Setuju ke tidak saya wajib patuh suruhan Allah tegakkan syariat. Cuma saya nak bagi awak nampak, jalan yang kita lalu ni betul tak? Ikut step Nabi tak? Masyarakat kita dah baik tak? Ok, nak tunggu baik tu lama sangat. Tapi usaha ke arah pembaikan tu giat tak, lantang tak macam mana lantangnya awak dalam demonstrasi? Masjid kita penuh tak? Subuh-subuh, masjid kita penuh tak? Memanglah awak kata Malaysia ni dah lama Islam, tapi Islam tu diamal tak? Solat cukup? Cuba agak… tak payah kira, agak je berapa peratus muslim yang solat penuh lima waktu dalam Malaysia ni sebelum awak nak cakap pasal rejam penzina dan potong tangan pemimpin curi duit rakyat…
Dakwah. Islah. Solat dulu. Jom sama2 perbaiki solat kita. Ajak orang perbaiki solat. Moga2 Allah mudahkan kita mentaati-Nya pada perkara lain yang lebih besar.
– Insan kerdil
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit