Solat vs Tak Solat

Assalamualaikum semua. Tujuan aku tulis pengalaman ni tiada niat apa2. Cuma hati ni tergerak nak share pengalaman sendiri yang aku rasa menakjubkan untuk orang macam aku ni. Nak share secara terang2an segan pulak. Anggaplah sebagai satu dakwah dan peringatan untuk diri sendiri.

Aku lelaki, sudah berkahwin dan mempunyai anak. Umur awal 30an. Dulu, aku langsung tak solat. Literally memang satu waktu pun tak solat tanpa rasa bersalah. Solat Jumaat ada la kadang2. Tak taulah apa punca tapi rasanya sebab didikan semasa dibesarkan, parent jenis tak berat sangat hal agama. Lebih mementingkan hal duniawi macam pencapaian akademik dan kerjaya. Tapi sekarang Alhamdulillah parent aku dah banyak berubah. So, dulu memang aku ni tak solat langsung memang tak rasa apa2. Kalau azan berkumandang tu macam rasa angin lalu sepoi2 bahasa je.

Kira nasib baik, aku berkahwin dengan wanita yang jaga solat 5 waktu dan agak rajin baca Al-Quran. Tapi itu pun aku tak terbuka lagi hati nak bersolat. Selalunya kalau kat rumah aku akan pura2 dah solat kalau bini aku tanya. Sampai tahap buat2 ambik wuduk lepas tu kunci pintu bilik konon2 solat tapi sebenarnya layan FB. Sampai macam tu sekali. Bila fikir2 balik rasa sedih dan menyesal.

Aku berniaga. Tapi dulu perniagaan aku banyak yang tak menjadi. Banyak deal yg aku buat hanya separuh jalan. Banyak deal yg hampir menjadi, last minit tak jadi. Kebanyakan deal perniagaan yg aku buat, buang masa aku je. Tapi Alhamdulillah takdela sampai aku jadi miskin. Hidup masih ok. Cuma aku selalu terfikir, kenapa aku rasa susah sangat nak dapat peluang yang best.

Nak kata aku bodoh, rasanya aku takdelah bodoh sangat. Masa aku bekerja dgn syarikat korporat sebelum buka syarikat sendiri, aku top performer. Masa belajar dulu, top scorer. Nak kata connection tak kuat, rasanya macam ok. Kenal ramai bangsawan. Nak kata aku melayu malas berusaha, rasanya dah puas berusaha sampai kadang2 nak tidur pun tak sempat. Pelik.

Aku kenal ramai orang berniaga yang latar belakang mereka kurang daripada aku tapi deal perniagaan selalu berjaya. Senang je aku tgk diorang. So aku mula observe diorang ni. Apa yg diorang ada, aku takde? Then slowly aku dapat tengok, diorang ni solat 5 waktu. Bila tiba waktu solat, diorang ni kelam kabut cari waktu utk bersolat. Walaupun aku perasan perkara tu tapi aku macam tak yakin lagi. Takkan lah sebab solat je diorang ni jadi hebat berniaga? So aku masih tak solat walaupun aku dah ada niat sikit2 nak berubah.

Tu bab rezeki lah. Bab dalaman jangan cerita lah. Aku memang tak tenang. Selalu ragu2, macam tak fokus. Cepat naik marah, suka salahkan orang. Senang citer memang selalu rasa emosi terganggu. Masa asyik rasa tak cukup je.

Dipendekkan cerita, terjadi beberapa perkara pada diri aku yg membuatkan aku berazam tak nak tinggal solat. Apa yg berlaku tu biarlah antara aku dgn Allah je yg tahu. So aku mula cuba bersolat 5 waktu. Mula2 tu susah. Masih ada lompong2. Aku berdoa bersungguh2 supaya aku diberikan kekuatan tak tinggal solat. Sampai ke depan Kaabah aku berdoa.

Alhamdulillah kini sudah mula tak tinggal solat. Korang mesti pelik kan? Apa yg susah sangat mamat ni nak solat 5 waktu? Percayalah, utk org macam aku ni yg solat tu bukan kebiasaan sejak kecil, memang terasa amat berat sekali nak tunaikan. Serius.

So apa yg aku nak cerita ni adalah perbezaan kehidupan aku selepas tak tinggal solat. Macam aku cakap tadi, dulu zaman tak solat, emosi aku selalu rasa berkecamuk. Sekarang aku mula rasa tenang. Fikiran aku terasa lebih fokus dan teratur. Teratur sampai tahap aku terasa macam boleh bayangkan step2 pemikiran aku, one by one. Segala decision yg aku buat, aku terasa lebih yakin. Aku terasa mcm aku dah kurang marah2, dah tak salahkan orang lain dan kurang mengata orang lain.

Aku dah mula rasa suka dengar ceramah agama. Solat Dhuha. Tambah amalan mana yang patut. Mula fikir mati. Mula takut pada azab kubur dan seksa neraka.

Dari segi rezeki, Subhanallah. Menakjubkan. Benda yg aku tak cari pun kadang2 datang macam tu je. Peluang perniagaan Alhamdulillah semakin bertambah. Semakin banyak dipertemukan dengan orang yg betul dalam perniagaan. Aku tak lagi buang masa jumpa orang yang merapu2.

Banyaklah lagi perubahan positif yang aku dapat rasa. Secara logik akal memang tak boleh fikir apa kaitan solat dengan perubahan2 yg aku dapat rasa ni. Tapi itulah kuasa Allah SWT.

Begitulah serba sedikit perkongsian aku yg tak seberapa ni. Aku cuma berkongsi secara anonymous ni dgn harapan jika ada pembaca yang macam aku yg dulu, manalah tahu boleh terbuka hati. Aku harap korang doakan aku sentiasa istiqomah. Masih jauh perjalanan, aku pun tak perfect. Semoga perkongsian aku ini memberi manfaat kepada korang yg membaca. Amin.

– Imran

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *