Assalamualaikum wbt.
First of all thanks admin if publish confession ni. Nak clarify yang confession ni tak cover kebanyakan orang, tapi sesetengah sahaja.
Sebagai seorang silent reader tegar, aku banyak baca2 komen orang2 bajet alim terutamanya di facebook, twitter, instagram. Yeah, memang selama ni lelaki dan perempuan tak pernah berhenti berperang, tapi perang menggunakan agama?? Mereka berperang dengan menggunakan agama untuk menjatuhkan pihak lawan, tapi menunjukkan diri sendiri pun lebih kurang je, 2×5. Aku confess benda ni sebab aku tak nak culture ni menjadi biasa.
Ok kita mulakan dengan lelaki dulu. Biasanya kita nampak spesis2 bajet ni dekat post yang kritik perempuan, macam post perempuan tak tutup aurat, post status wechat perempuan kurang bijak, gambar selfie perempuan yang nampak jelek buat mulut itik, dan sewaktu dengannya. Ye aku sebagai perempuan pun sangat2 tak suka dan menyampah bila kaum aku buat benda2 macam tu. Sebagai seorang muslim kita wajiblah cuba menghapuskan benda2 macam tu dari dunia ini. Tapi yang lebih membuatkan aku benci ialah post2 lelaki yang bajet alim, contohnya; “dah namanya perempuan, 1 akal 9 nafsu, perempuan b*d*h” / ” perempuan ba***ng nilah sebab kenapa perempuan lagi ramai kat neraka” / ” perempuan memang akal cetek”. Wow, this really breaks my heart man.
I know Allah swt. angkat lelaki lebih tinggi, lagi pandai, lagi segala-galanya, tapi perlu ke cakap macam tuh? Gunakan agama untuk hentam orang. The point is, mereka sendiri tak dijanjikan syurga tapi suka cari salah perempuan dan label sebagai penghuni neraka. Maybe lelaki tu sendiri pun akan jadi ahli neraka. So kenapa mereka ni bangga diri sangat jadi lelaki? Another point is bukan perempuan je yang buat dan cakap benda2 bodoh sebab katanya mereka ada satu akai je, lelaki yang ada 9 akai pun ramai je yang tak bijak, dan sedangkan kata2 ” lelaki 9 akal 1 nafsu perempuan 1 akal 9 nafsu” tu sendiri pun tiada asas dalam agama. So stop saying that. Lelaki yang cakap macam ni sangat melukakan wanita diluar sana yang baik2. Mereka boleh mempengaruhi budak2 lelaki untuk tak hormat perempuan yang baik2.
Then seterusnya perempuan. Bila sebut pasal perempuan je, kebanyakannya mesti isu2 pasal aurat. Geng feminist, geng makcik2 suka berkumpul untuk pertahankan perempuan yang buat benda salah. Sorry eh ni bukan cakap pasal semua perempuan. Aku faham diorang tak suka lelaki hentam perempuan, tapi please lah jangan pertahankan benda yang terang2 salah. Yang aku baca lah mereka suka type , contohnya ” Walaupun tak pakai tudung, tak semestinya jahat. Perempuan yg pakai tudung lagi ramai jahat dr yg freehair, jangan kecam”, ” jangan nak kutuk sangat, ajar dulu bini/kakak adik/sedara perempuan korang sebelum nak ajar orang lain” Yang berhijab tapi tak sempurna, yang makeup berinci-inci, yang selfie buat mimik muka pelik2 lepastu post di serata media sosial.
Yes nobody is perfect, ramai yang masih belajar pakai hijab berperingkat, tapi janganlah pertahankan pulak perbuatan macam tu. Culture ni dah sebati sangat dah sampai tak nampak dah silapnya. Tujuan hijab tu nak lindungi daripada dipandang, tapi semakin ramai lah pulak yang nak dipandang walaupun berhijab. Selfie biasa2 tak apa, ni yang selfie pelik2, memancing like, love, dan pujian di media sosial, caption gambar pulak tak ada kena mengena.
Saya sendiri pun banyak kelemahan. But what is wrong needs to be addressed. Buang yang keruh dan ambil yang jernih. Sama2 la jaga diri dan jaga pandangan. Terima kasih.
– Aishah
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit