Solidariti WHO

Bismillahirrahmanirrahim. Aku tulis ini untuk mengisi masa lapang PKP dan hari ini genap 1 bulan ye teman-teman sekalian.

Tahniah bagi yang masih utuh menyahut saranan kerajaan dan takziah bagi yang tidak dapat mengikut peraturan tanpa sebab yang munasabah.

Kita sedia maklum, pandemik ini tidak akan selesai dalam jangkamasa terdekat.

Lihat sahaja China mengambil masa 4 bulan (kalau tak silap) untuk fasa stabil (masih ada kes dan tak pasti kalau mereka report jumlah kes sebenar atau penipuan juga).

Jadi saat ini, sangatlah menjadi kegusaran setiap golongan masyarakat meskipun kerja kerajaan (secure gaji, buat masa ini lah, we don’t know what happen next).

Aku tak nak ulas ekonomi, boleh buat aku panic attack, vertigo and so on.

Tujuan aku tulis ini, sedikit sebanyak menerangkan ujian klinikal solidariti yang disertai Negara yang kita cintai.

Sebelum itu, buat yang tak notice, Malaysia telah menyertai dan dipilih untuk menyertai Ujian Klinikal Global Solidariti ‘amid pandemic’.

Hospital kerajaan yang terlibat termasuk Tuanku Fauziah Hospital, Sultanah Bahiyah Hospital, Penang Hospital, Sungai Buloh Hospital, Kuala Lumpur Hospital,

Melaka Hospital, Tengku Ampuan Afzan Hospital, Sarawak General Hospital dan Queen Elizabeth Hospital dan aku pasti ada penambahan hospital terlibat.

Kenapa aku susah payah tulis semua nama hospital sebab hospital-hospital ini akan berada dalam catatan sejarah, dalam usaha mencari solusi kepada permasalahan global sekarang.

Kalau boleh aku rasa nak tulis nama-nama “investigators” dan “participants” yang terlibat ( aku tak tahu lah malangnya, PDPA). Tapi kudos tu them and all medical team terlibat.

Ujian ini akan melibatkan empat protokol rawatan menggunakan kombinasi ubat-ubatan, Remdesivir, Lopinavir/Ritonavir (HIV), Interferon beta, Chloroquine and Hydroxychloroquine, yang lain korang boleh carilah sendiri dekat MIMS indication dia. Berkarat dah ilmu pharmacy aku. Haha.

Ok sebelum kita pergi jauh, klinikal trial tu apa?

Haritu aku tergaduh dengan anti-vax, sebab dia question kenapa Malaysia bangga sangat terpilih. Aku punya pulun explain, then aku tersedar, anti-vax rupanya. Maka aku pun undurlah diri. Haha, Maqam ilmu dorang aku tak tercapai, aku hanya picisan orang sains.

Sedikit peneranganlah, ujian klinikal ini adalah penyelidikan melibatkan intervensi kepada manusia.

Ujian klinikal dalam tangga kebuktian (level of evidence) dalam dunia akademik berada dalam tangga kedua tertinggi, bawah sikit daripada meta-analysis study and systematic review.

Sebelum sesuatu bahan yang nak digunakan untuk ujian klinikal ini sudah menghadap tangga-tangga bawah seperti ujian haiwan, dan other levels.

Dan kalau di Malaysia, untuk menjalankan ujian klinikal perlu dapatkan approval dari MREC atau badan2 lain, bahan kena berdaftar dan dapat approval from NPRA dulu.

Jadi, bukan senang ye dan protokol kenalah menepati apa yang ada dalam GCP.

Protokol ujian manusia dan ujian tikus makmal, totally different ye abang dan kakak, rajin2kan diri buka clinicaltrial.gov dan bacalah kalau ada protokol ujian manusia kat situ. Buka minda sikit.

Boleh juga pergi website Clinical Research Malaysia. Ada infografik. Alang2 pergi isi jadi volunteer join clinical trial.

Terpesong jauh dah aku sebenarnya, berbalik kepada penceritaan solidarity ini tadi, sebagai Malaysian, haruslah kita berbangga dengan kewibawaan dan kepakaran para-para medical team

(Mohon hargai semua medical healthcare team ye, dalam hospital tu bukan ada jawatan doctor dan nurse je, aku yang dok berlari-lari dulu dekat pharmacy nak filling ubat tu buat apa?)

Kita sehingga diberi kepercayaan dunia untuk menjalankan ujian ini.

Diberi kepercayaan dalam erti kata, eligible dari segi, kepakaran, number or pool of patients pun cukup, facilities hospital pun mantop, dan kriteria lain lah.

Maka sebagai rakyat yang mencintai negara, meskipun tidak terlibat secara langsung dalam hiruk pikuk di lapangan hospital dan jalanan.

(Polis semua, dengan mengikuti saranan sebaiknya menjadikan kita rakyat yang juga telah menyumbang kepada solusi pandemik ini. Malah rakyat berada di rumah lah penentu keberjayaan ini. Bosannya ayat, ayat tv la pula).

Akhir kalam, moga berjaya rakyat Malaysia. Teruskan kegemilangan.

– Tycoslay (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *