Salam semua. Nama aku Tasha, 33 tahun. Berkahwin awal tahun 2023. Bekerja dalam sektor korporat.

I know thing is not going right anymore bilamana pagi tadi aku tumbuk pintu toilet bertubi² tanpa sedar.

Aku stress tapi aku tak tahu nak tuju pada siapa untuk diluahkan. Buat masa ni aku tak ready lagi nak ceritakan masalah aku pada orang² terdekat tapi aku buntu dan semakin makan hati saban hari.

Suami aku tua 5 tahun dari aku. Kami berkahwin atas dasar suka sama suka. Peringkat² kami dari dia mula² jumpa mak abah aku, bertunang, sampailah ke berkahwin. Semua berjalan lancar.

Antara kedua² keluarga pun takda masalah dan boleh mingle around walaupun keluarga dia jauh dari pantai timur dan keluarga aku di ibu negara.

Selepas berkahwin, 2 bulan pertama adalah fasa bahagia. Dia masih lagi ambil berat pasal aku, suruh apa² laju je buat. Masih layan apa kehendak aku. Masuk bulan ketiga dia dah mula nak tunjuk perangai dominant.

Aku tak kisah sebab lelaki memang nak dominant pun tapi dia punya dominant tu, dia suka tiba² nak senyap, tak bercakap dengan aku tanpa sebab bila benda yang aku buat dia tak berkenan.

Aku dah pernah cakap dengan dia, aku masih dalam fasa belajar urus rumah tangga. Kalau ada apa² tegurlah. Kalau marah cakap. Bagitahu, bukan diam je.

Dia suka bagi aku silent treatment. Aku mula² tak paham. Tapi aku still mintak maaf dengan dia sebab aku taknak benda tu berlarutan berhari².

Dia pernah cakap dekat aku apa yang dia nak dalam bab bilik tidur. Dia nak aku once in a time, aku yang request dulu hubungan intim dengan dia. Dia nak aku bersiap pakai baju dan berwangian² untuk dia. Dia nak aku yang peluk dia time tidur.

Dia nak setiap hari, bila aku cakap penat. Dia akan silent treatment then mula la buat status whatsapp pasal tanggungjawab isteri melayani suami.

Oleh kerana kitorang berdua kerja. Aku pernah cakap dekat dia, untuk sama² bantu dengan kerja rumah. Kalau aku masak, dia mencuci. Kalau aku dobi baju, dia tolong sidaikan. Kalau aku vakum, dia tolong mop. Tapi dia cakap dia tak reti. Aku diamkan saja. Malas aku nak suruh² lagi.

Lepastu dia jawab, kalau larat buat, kalau tak larat biar je. Tapi dalam pada dia cakap macamtu, dia tak sedar yang sebenarnya dia bagi tekanan pada aku.

So I did. Aku buat yang mana aku sempat dan larat. Tapi lama kelamaan apa yang dia cakap tu tak serupa bikin.

Aku masih lagi masak untuk bekal kerja, dan makan dirumah but not on daily basis. Contoh dalam seminggu, paling² 3 hari aku akan ajak makan luar je.

Pernah sekali tu aku ajak dia pergi makan lepas balik kerja. Lepastu dia cakap dekat aku “Awak nak makan luar awak la bayar”. Tergamam aku dibuatnya.

Aku buat laundry every 2 days sebab aku risau kang ada baju yang dia nak pakai. Sebab dia pernah marah aku, pasal baju yang dia nak pakai tu aku tak cuci lagi. Mesin basuh kitorang kecik je so that’s why aku kena buat laundry dengan kerap and cannot wait until weekend.

Rumah aku akan vakum, mop setiap minggu. So does cuci toilet. Pendek kata setiap weekend rutin aku memang dirumah saja. Siapkan keperluan untuk the next week dan settlekan kerja² rumah yang aku tak sempat buat on weekdays.

Nampak macam simple tapi sejujurnya aku had hard times to adapt. Tahun pertama perkahwinan almost setiap bulan sepanjang minggu tu aku akan sedih dan menangis je. Sebab aku letih, dah tak tahu nak manage supaya kerja aku jadi ringan dan teratur.

Masalah suami aku, dia takkan marah direct pada aku tapi lebih kepada cynical. Bila dia sinis aku tak reti nak react. Sebab aku bukan sejenis kaki membebel atau melawan. So aku diamkan aje.

Kalau dia silent treatment, aku cakap je dengan dia macam biasa tapi siapa je boleh hadap bila kau kena palau. End up aku diam je la jugak. Nak cakap apa lagi?

Tapi dia anggap aku melawan. Lepastu bila jadi macamtu dia akan buat lagi benda² yang torture mental aku. Dia akan tinggalkan aku tidur sorang².

Pernah sekali dia nak keluar rumah tinggalkan aku tengah² malam buta. Aku geram aku tak tahan time tu aku cakap je “Baguslah tu nak tinggal bini macamtu”.

Fyi, gaji dia cukup² nafas je. Aku pernah bagitahu dia, aku bantu dengan bil api, bil air & perbelanjaan barang dapur. Walaupun itu bukan tanggungjawab mutlak aku, tapi dia pernah ungkit.

Sebab masa tu aku tak cukup nak rolling duit so aku mintak dia belikan barang basah. Dia cakap kat aku, “Kan barang dapur part awak”.

Bila dah gaji cukup² nafas, korang faham² lah. Duit nafkah dia tak bagi kat aku setiap bulan. 2 bulan, 3 bulan. Ikut pada dia nak bagi bila² dia nak. Dia bagi pun RM50, RM100.

Aku taknak bising dekat dia pasal duit sebab bagi aku, kalau ada duit, pakai je dulu. Aku pun taknak tekan dia pasal duit & expenses. Aku tak reti nak mintak². Ada, ada. Takda, duduk diam.

Pergi beli monthly groceries jarang dia nak ikut. Pernah sekali aku pergi beli barang sorang² then cashier tu tegur aku

“Banyaknya kak beli barang macam ni sorang². Husband tak ikut ke”

Sumpah time tu aku rasa pathetic gila.

Dan dia ada masalah dengan lifestyle family aku. Kitorang semua sejenis suka makan so weekend memang akan keluar carik tempat makan best² untuk self reward. Bukan la tempat makan mahal pun. Aku dah lama tak follow since kahwin.

Tapi dia selalu membebel kat aku pasal mak aku. Dia cakap mak tu asyik berjalan la apa la. Aku terasa kot. Itu mak aku.

Kalau tak keluar makan pun, kitorang akan buat potluck. Bukan la beriya mana pun, sorang bawak goreng pisang, sorang bawak sandwich. Yang penting we gather together.

Tempat tak tentu, kadang kat rumah maksu aku, kat rumah adik aku, kadang picnic kat taman. Dia tak suka dan dia tak nak ikut. It’s either aku pergi sorang² atau both of us tak pergi langsung.

Mak aku pernah cakap kat aku haritu, dia terasa dengan aku sebab aku dah jarang nak involve family activities macamtu. Aku diam je aku tak jawab apa² pun.

And so on. Actually kalau aku nak tulis panjang lagi tapi aku rasa aku melebih².

Aku pernah tanya dia, awak tak sayangkan saya ke. Dia kata sayang. Habistu kalau sayang, awak tak kesiankan saya ke. Dia diam. Diam sampai la both of us lupa.

Aku tahu ramai lagi yang hadap benda lebih teruk dari ni. Tapi aku buntu. Macam mana aku nak fahamkan dia. Supaya give and take dengan aku.

– Tasha (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

11 Comments

  1. sis dah boleh slow2 jangan ambik alih tanggungjawab dia, pass kat dia balik, bagi la alasan apa pun gaji kena potong ke apa sebab nampak dia macam tak pandai hargai bila orang dah tolong, pasal kerja rumah tegaskan balik buat sama2 sebab sama2 kerja. jangan nak mengalah dan diam nanti kita jugak yang stress kan. Pasal family sis tu kalau dia taknak pergi, sis mintak izin nak pergi sorang2, sebenarnya bila keluar dengan family tu la kita boleh healing. Jadi bila kat rumah menghadap perangai dia pun kita tak stress sangat. Ubah la dari sekarang sis sebelum beranak pinak payah nanti makin tak makan saman

    • Cakap terus terang.clarify balik semua benda@ tugas.sikap org melayu yg salah ialah pendam,cakap ja sis,jgn pendam.nanti jadi habit dia.sementara perkahwinan Masih baru,senang lagi nk betulkan.tak derhaka pun bila kita soft talk.kalau pendam lama2 mungkin nanti Kita jadi lagi derhaka pada dia .sikap dia yg introvert tu biarkan dlu memang ambik masa nk masuk dlm family baru as long as sis blh kluar dgn family,okay ja.tapi Bab tugas tu memang kena settle awal nanti klu dah beranak pinak lagi sakit

    • Klaw bole, perkahwinan kita nk bertahan selama mungkin, bak kata org, “hingga ke Syurga”.. tp tulah, sbelom sampai ke situ, mmg bnyak la dugaan nya.. dulu2 klau bule, mmg kita nk pilih pasangan yg beragama dan memahami kita dsb.. tapi klaw ‘kewangan’ tu slalu jd isu, dan masing2 buat ‘silent treatment’, masalah x slesai jugak, malah makin ‘merebak’ mcm barah, so nk tak nk kita jugak yg ‘mngalah’ sbb xnak keadaan semakin ‘teruk’ slepasnya.. begitulah seiring mse yg berlalu, sehingga beberapa lama.. nk merajuk ke, membisu ke, dah mcm x brkesan dah.. kdg2 nk je pesan kat ank2 pompuan yg semakin dewasa.. klaw nk cari pasangan nt, selain dari yg beragama dan syg kat awk, carilah yg ‘kukuh’ dari segi kewangan n rajin membantu di rumah, walau apa pon situasinya.. bkn nya kita ni ‘mata duitan’ ke apa, tp tulah, bila dah cukup2 mkn je or dhn keadaan ekonomi skrg ni, mmg ‘slalu x ckup’ mkn la, n isteri terpaksa la membantu (alasannya, dah dia bg permission utk bkerja, kna la bantu..) abis tu, bab nafkah kpd isteri n ank2 xkan nk abai mcm tu sje.. ntahla, kaum lelaki.. nk jd pemimpin (khalifah) dl kluarga ni bkn nya mudah, )itu belom jd pemimpin kpd rakyat dsb..), nt ampa nk menjawab dpn Allah d Akhirat nt, brp lama nk kna ‘hitung’ semua tanggungjwb yg x slesai tu.. klaw diorang sedar hal ti pon, dah ckup utk menjadikan diorang ‘prihatin’ tentang t/jawab msing2 ketika di dunia ini.. (ustaz kta, org pompuan, klaw slesai rukun islam n jaga kehormatan, dah ok – nmpak mcm senang kan..), tp yg nk sabar hadapi semua ini, agaknya yg agak susah ckit.. wallahu a’lam

  2. mesti rasa lagi happy time single kan. bila dah duduk 1 rumah baru tau perangai mcm mana. husband sis sgt selfish. dia ingat wife ni bibik ke kat umah. jangan diikutkan sgt. baju dia nak pakai belum cuci, dia tak ret ke amik cuci sendiri. tgn takde ke. keras sikit jgn ikut sgt. lama lama dibiarkan sis takkan happy pun dlm perkahwinan.

  3. cari salah dia balik kak, return back the energy. jangan diamkan je mengarah sikit. jadi jahat sikit

  4. We are on the same boat sis! High five! Silent treatment/palau buat bini jadi mental! Nasib baik sy ada anak2 perempuan, ada la juga bnda boleh berckap dgn mereka, sbb nature perempuan mmg kena berckap at least 20k more perkataan per day. Ckp dgn suami, hnya perkara penting sahaja, hal anak2, keperluan asas, dsbg. Kdg2 rs diri ni mcm x guna pun ada, being isolated. Bygkan hal2 keluarga dia mmg sis xtahu, dia sangat secretive. Sementahla hal2 kewangan pun sama. Perkahwinan dh 16thn, & until now mmg sy yg jd tukang cuci toilet! 😆 Kami sebaya ya sis. Allah, kdg2 perkahwinan ni mcm pelik pun ada… kdg2 gembira/kdg2 xgembira.. dia jenis x pernah nk bawa bincang tntg ‘perasaan’ masing2… yang tau, dia asik protes/majuk/silent treatment… itu je laa.. sy ok nk meluahkan cuma dia akan DIAM & NO RESPONSE! Huurrmmm… tiada nasihat utk sis, sbb akhirnya kepada ALLAH jualah sy curahkan segala2Nya… Bab urus EMOSI sy, sy mmg mengadu pd PENCIPTA..

  5. sementara belum ada anak ni, better sis cari jalan keluar. jap lagi dah ada anak lagi payah, lagi terikat dengan komitmen lain. nanti mesti rasa kesian anak membesar tanpa ayah. nanti mcm2 what-if yang timbul klu komitmen bertambah. kemain tak tahu malu ya suami awak tu. suami should be a provider. bila dia nampak awak senang dan ada gaji sendiri, memang dia akan lupa tanggungjawab dia. saya taknak awak jd mcm saya. sbb suami saya mmg lepas tangan bab nafkah isteri + anak2.

  6. Assalamualaikum sis..

    saya rasa suami sis ada narcisstic personality, dan sis pun kena analysis personality,
    lepas tu kalau lelaki tak diberi nafkah batin, memang air naik kepala. ngamuk. yg jenis narsistik la.
    jd cuba buat jadual utk nafkah tu..

    igtkan pada suami.. nafkah batin tu ada 3: nafkah bilik tidur suami isteri, nafkah rohani suami isteri dan nafkah emosi perasaan suami isteri

    bincang dengan serius, mulakan dgn bismillah dan alfatihah, dan masing2 kena tenang. serius dan tidak emosi.

    selalu doa Allah kurniakan sakinah pada diri dan suami.

    bab nafkah zahir – suami kena 100% tanggung melainkan 30% shj isteri topup. cth sebulan da letakkan 200 barg dapur, tapi kalau x cukup isteri tambah. tapindgn syarat bil2 letrik air sewa rumah kena suami. bil fon sendiri2.

    bab pakaian sebelum tidur memang kena wajib wangi, isteri mandi sblm tidur, pakai minyak wangi. ini sy belajar dr suami. suami jenis masuk tidur dia x nak diri dia berpeluh. dia nak tidur tenang , peluk dan bau kepala bini wangi. kita pun tenang tidur suami disisi dengan gembira.

    semuanya dengan bincang dgn cara baik. awal2 buat appoinment dgn suami ambil masa dia sekian2 utk bncg. x boleh bincg impromptu.. x jadi.. dan kita akan letih.

    bab mengemas rumah, buat jadual letak kat peti. sesape x buat, kena denda atau upah org yg buat. wahahahaha.
    im not your maid. you are not my babu. kita tolong sama kita. sama2 hati tenang.

    tapi ada masa bergaduh. ego suami ada. so kita lah mengalah minta maaf. dan bincang kenapa jd gaduh..kalau suami masih benda jd yg sama…biasanya la kan.. nnt 2 3 minggu nnt jd je perangai dia yg sama.. bincang lagi

    sbb itu pentingnya doa minta Allah beri sakinah- ketenangan hati utk diri dan suami.. kalau x tenang dua2 hati, setan datang, hasut utk marah dan cerai. itu adalah janji setan utk merosakkan hubungan rumah tangga.

    jaga solat , jaga ibadah. igt bab rohani suami akan culas, sikit2 kita ajak benda bassic dgn solat jemaah. dan minta dia nasihatkan bini. bab ngaji mungkin dia x ajak tadarus. tp cuba ajak ngaji yassin atau kahfi sama2…

    semua jangan drastic. pelan2. apa jf kita drastic sangat, dua2 pihak akan penat.

    tapi ingat. benda wajib bg dia buat. jgn cakap gajinkita tinggi dia paras2 ikan nak mati ke apa. ckp dia, saya x boleh tolak ansur.

    kalau nak nakfkah batin sekian2 hr, nafkah zahir kena buat dan jgn culas.

    manage your time, manage your work, kalau hr nak buat nafkah batin, jgn buat benda2 yg memenatkan spt masak ke, basuh baju..beli tapau, basuh baju weekend berkali2.. atau dobi layan diri, sambil dating..

    be strong, be firm , masa yg sama be soft.. peringatan utk diri juga.

  7. Saya jenis tak boleh orang marah2 tak tentu pasal, walaupun laki saya sendiri, saya akan leser kan balik

    Pernah suami mengamuk saya tak hantar seluar kerja dia untuk jahit , basuh baju yang dia nak pakai, saya marah balik kenapa tak ingatkan, saya kan banyak uruskan anak, lagi itu barang yang dia sendiri nak pakai, fia patot lebih alert dan perihatin barang sendiri, jangan nak harap bini, bini dah buat macam2, saya bukan bibik awak

    Kalau orang marah awak, awak kene marah dia balik dengan tone yang lebih tinggi, dia ingat, dia siapa2 nak marah2 orang

  8. Dia kan.. Sbb utama kita perempuan ni senang nak mental kan sbb duk pendam. Pendam la smpai nak meletup dada dgn kepala tu. Tambah lagi nak sesuai kan diri dgn perangai laki tak semegah mcm ni.

    Kita serupa sis. Laki aku sebijik mcm laki kau. Cumanya kitorg sebaya. Yer.. awal2 ko kawen ko mmg berangan la nak jadi isteri solehah misali bagai nak masak tiap2 hari la…bangun awal kejutkan laki la.. Iron kan baju la.. Well tu semua fairy tale. Sbb apa? Kita ni manusia dan perempuan ada limit kudrat. Tu belum ada anak. Tunggu ada anak.. salah atur mmg ko yg naik hantu. Aku ni smpai pergi la jumpa Dr. sbb aku rasa aku gila. Asyik nk marah and meletup tak tentu pasal. Its getting worse lepas kau bersalin. Org ckp meroyan.

    Laki aku pun org pantai timur yg mmg pemalas buat kerja rumah. Alasan sama sebijik sejiban tak reti. Padahal masa belajar dulu duduk asrama. Setahun kawen aku mmg stress. Tambah pregnant pulak. Aku suruh vacuum pun dok nanti2 smpai ke sudah. Bayangkan masa tengah pantang pun aku yg pergi sidai baju dlm bakul tu. Nak harap dia smpai kepam la baju tu dlm bakul.

    Hari ni dah masuk 5 tahun kami kawen. Laki aku ada la improve sikit dan masih ada perangai pemalas dia. Apa yg aku practice smpai hari ni.

    1. Baju dia aku basuhkan jgk tapi aku tak kan lipat dan gantung dlm almari. Aku lungguk je dlm bakul. Dia nak pakai dia cari. Dia nak guna dia iron sendiri. Aku sndiri keluar duit beli washing dryer sbb nak mudah kan aku. Pernah dia question kenapa tak iron kan. Aku jwb balik kenapa tak iron kan baju saya jgk? Org tolong basuh dgn kutip pun patut syukur. Ingt bini bibik ke? Tambah lagi kalau kau bengang dgn dia.. Kau basuh baju kau jer.. Baju dia biar. Yes. Aku buat.

    2. Masak. Kalau rajin masak. Tak rajin tak payah masak. Paham kita ni masak sbb nak jimat. Tapi dah kalau kita la masak kita kemas.. Kita pun penat kerja sbb nak tolong encik Laki gaji tak semegah.. Ewah2.. Since kau terkena dgn laki kau kena bayar sbb mkn dkt luar, lps ni kau makan siap2 sebelum balik rumah. Biar je laki kau kebulur dkt rumah. Dia suruh masak? Kau masak nasi dgn goreng telur. Bagitau saya penat.

    3. Kau beli groceries rumah tu.. Receipt kau capture wasap kt dia. Tajuk to claim (hutang). Dia tanya apa. Beli brg rumah. Tu mmg tanggungjwb dia. Kalau dia tak nak hulur langsung… Kau stop la beli. Tunggu je barang2 tu dh habis.. Contoh: dia tanya ubat gigi dh habis ker? Ckp la dah habis..dia tanya kenapa tak basuh baju ni? Jwb sabun baju dah habis. Nak tak nak dia kena beli jgk sbb dia nak guna. Sama jgk beras, brg basah. Dia suruh masak? Kau jwb je brg habis. Dulu aku rajin jgk restock. Dah ada anak 2 ni tak de pasal. Bnyk lg benda lain aku nak pikir.

    4. Bab melayan suami. Bab ni kena ada ilmu. Suami/isteri kalau tgh penat mmg tak de mood punya. Rela layan tdo. Kau share dgn laki kau artikel pasal ni. Suruh dia baca dan paham. Kalau dia rasa haritu nak bersama, suruh dia bagitau awal. So kau boleh ready haritu tak yah la buat kerja perform sgt.. Kemas gitu2 je tak nak bg penat..

    5. Lastly, gathering dgn family tu. Yg aku nampak tu la masa healing /me time kau. Laki kau tak nak ikut biar la kat dia. Kau pergi je la hora horei dgn family. Lain la kalau dia tak lepas kan kau pergi.

    Life after married sgt lain. Tapi kita kena pandai tune to suit us. It’s do take time. Betul, syurga isteri tu pada suami. Tapi jgn la taat solehah tak tentu pasal. Know your rights and sayang diri sendiri dulu. Belum ada anak kecik ni planning dulu. Ada anak tua ni pun dah stress mcm apa kan 🫢
    To keep me sane, saya selalu dgr podcast mufti menk dalam kereta masa pergi dan balik kerja. Somehow his lecture do calm me down. Cuba la sekali sekala. Semoga dipermudahkan segalanya sis 💪

    • Sama sis. Sy buat macam awk. Bising isteri tak buat kerja rumah. Padahal dua2 bekerja. Sy cuci baju sy dan anak je. Baju dia pandai2. Sy masak sy makan dgn anak. Sebelum tidur sy kemas masuk peti mana x habis. Dia nak makan dia cari sendiri. Merungut itu ini sedangkan dia xda membantu kerja rumah. Upah pengasuh anak pun sy byr utk 2 org. Anak pun 99% kita urus. Tu pun x bersyukur komplen tanggungjawab kita. Tanggungjawab dia lompong sana sini. Lama2 dia sedar sendiri. Baru nak minta maaf. Pada cik penulis, jangan bagi muka kat suami. Luah ja semua dan memberontak sampai dia sedar. Tak sedar dek untung tu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *