Assalamualaikum & salam sejahtera. Maaf tajuk agak kontroversi sedikit tetapi ini mungkin boleh dijadikan solusi. Semoga bermanfaat, maaf jika panjang.
Saya ada kenalan, beliau seorang yang berkerjaya tetapi pernah diuji dengan masalah anak perempuannya yang hamil di luar nikah.
Si anak yang ditatang bagaikan minyak yang penuh, diberi kasih sayang, kemudahan, didikan serta pendidikkan yang baik. Ternyata si anak di depan orang tua bagai pijak semut tak mati haa gitu.
Tetapi saya amat tertarik dengan solusi yang diambil. Saya kongsikan kisah ini dengan keizinan kenalan saya. Jika ada yang sedang mengalami situasi ini, bacalah ini hingga habis. Mungkin sedikit membantu dalam membuat keputusan.
Hal pertama setelah mengetahui, dia ambil tempoh bertenang. Setelah rasional. Dia berbincang dengan anak gadisnya, antara yang dibincangkan ialah, apakah yang anaknya cari dalam kehidupan, adakah dia tahu perbuatan ini salah dari segi agama serta undang2 dan setiap kesalahan akan ada hukumannya,
Selain itu mereka berbincang tentang masa depan dan kemungkinan2 yang bakal dihadapi, disebabkan masih di bawah umur dan masih di bawah jagaan ibu ayah jadi ibu ayah yang perlu buat keputusan.
Seterusnya dia panggil si lelaki serta penjaganya untuk berbincang.
Pada awalnya, pihak lelaki memang berniat untuk kahwinkan mereka untuk tutup malu tetapi kenalan saya menegahnya. Ada hal yang lebih besar perlu dipertimbangkan berbanding menjaga imej.
Secara jujur mereka masih muda, tidak matang dan mustahil jika berkahwin akan baik2 sahaja, adakah si lelaki mampu menggalas tanggungjawab sebagai seorang suami dan ayah di usia muda?
Begitu juga dengan anak gadis, mampukah menjalankan tugas seorang isteri dan ibu di usia muda? Adakah ini pengakhirannya? Si ayah pasti tidak redha anak gadisnya dilepaskan bawah jagaan lelaki yang belum mampu menafkahi anaknya.
Lalu mereka sepakat untuk menghukum anak2 mereka. Pertama sekali mereka memastikan anak2 mereka bertaubat.
Seterusnya yang perempuan dimasukkan ke pusat pemulihan, di situlah tempat hukumannya, dia perlu tinggal di situ untuk beberapa tahun selain belajar menguruskan anaknya, serta belajar mengubah diri.
Si lelaki pula, ya dia didakwa atas kesalahan merogol walau suka sama suka tetapi disebabkan bawah umur ia tetap salah, seterusnya dia di masukkan ke henry gurney.
Disebabkan masih di bawah umur, ia dilindungi dari direkod sebagai penjenayah dan masih ada harapan untuk ubah kehidupannya.
Setelah selesai menjalani hukuman, syukur kedua2nya insaf dan masing2 perlu fokus untuk sambung belajar. Dimulakan dengan ambil spm. Dan kedua2nya berjaya sambung belajar hingga ijazah.
Setelah si lelaki ada kerjaya tetap, ia pun melamar si perempuan dan mereka pun berkahwin. Si perempuan juga sudah ada kerjaya tetap.
Bagaimana pula dengan anak luar nikah itu? Ia di bawah jagaan kenalan saya, disebabkan semua pihak memilih jalan damai, syukur keluarga pihak lelaki sering2 datang melawat anak itu serta turut menghulurkan sedikit sumbangan bulanan.
Menurut kenalan saya, menggugurkan kandungan bukan penyelesaian tetapi ia pembawa mala petaka.
Sudah tentu ia salah dari segi undang2, ia dikira sebagai membunuh juga, selain itu tidak mustahil akan berlaku komplikasi kesihatan di masa depan, yang paling menakutkan perlu tanggung rasa bersalah hingga menjejaskan kesihatan mental seumur hidup.
Tentang menjaga imej pula, kenalan saya pilih untuk memberitahu orang sekeliling dengan mengatakan dia ambil anak angkat.
Tetapi dia juga beri cadangan, jika tidak mampu hadap pandangan orang sekeliling, mungkin boleh ambil jalan pindah rumah atau berhijrah ke tempat baru, katanya pihak lelaki ambil jalan berhijrah ke negeri sebelah sahaja.
Menurutnya, mulut orang kita takkan mampu untuk tutup tetapi kita boleh pilih untuk menjauh. Inikan kehidupan kita, kita yang akan jalani jadi biar kita yang pilih apa yang kita mahu, jangan sesekali biar orang yang tentukan.
Katanya lagi jika tidak berkemampuan untuk menjaga anak tersebut ataupun memang tidak mahu anak itu, boleh hubungi pihak berwajib untuk serahkan pada mereka, mungkin masa depan anak itu lebih terjamin atau mungkin akan ada yang ambilnya sebagai anak angkat.
Jangan sesekali buang mereka, ini juga dikira jenayah. Cukuplah sudah buat 1 kesalahan, lepas tu terpaksa buat kesalahan lain untuk tutup kesalahan itu lagi. Masalah takkan selesai kalau begini.
Menurut kenalan saya, jika kahwin satu2nya jalan, adakah mereka akan bahagia? Tak mustahil akan bercerai disebabkan masih belum matang.
Yang si perempuan, adakah dia mampu galas tanggungjawab sebagai ibu dan isteri dalam masa yang sama? Di usia mereka yang sepatutnya belajar tetapi, perlu menguruskan keluarga pula.
Yang si lelaki masih muda tetapi sudah perlu berkerja menafkahi keluarga, itu kalau dia ada rasa untuk menafkahi macam mana kalau dia tiada rasa tersebut? Bagaimana jika dia belum habis enjoy masa mudanya lagi?
Bohong kalau dia tidak cemburu jika kawan2nya boleh buat macam2 tetapi dia tidak. Bimbang kalau isteri hanya dijadikan objek melempiaskan nafsu, lepas tu mengandung lagi pula, masalah selesaikah?
Anak mula bertambah, menafkahi juga tidak betah apatah lagi mahu mendidik pula, tidak mustahil anak2nya pula akan mengulangi kitaran yang sama. Sampai bila ini akan berterusan? Sampai bila kita mahu lahirkan generasi yang tiada kualiti begini? Ini hanya sampah masyarakat.
Kita bukan nak normalisasikan hal ini ia tetap salah, tetapi selagi masih hidup mereka layak untuk diberi peluang kedua jika mereka benar2 insaf.
Berbalik pada kisah anak kenalan saya ini. Syukur mereka telah disatukan, pada masa yang sesuai ini dan saling memiliki kematangan di usia dewasa kini. Kalau tak silap, mereka bakal menimang cahaya mata pertama sebagai pasangan yang halal.
Anak sulung mereka juga sudah masuk sekolah rendah. Mereka menjalankan tanggungjawab sebagai ibu ayah dengan sangat baik.
Walaupun mereka telah berkahwin namun anak sulung mereka tetap tidak boleh ditukar ‘bin’ tersebut, itulah harga yang perlu mereka bayar atas kesilapan mereka di masa lalu itu dan ini akan menjadi pengajaran untuk mereka seumur hidup.
Serta sudah tentu mereka amat berterima kasih atas keputusan yang telah orang tua mereka ambil dahulu. Sesungguhnya sokongan ibu ayah amat penting dalam hidup anak2.
Ok baik, ini sahaja yang mampu saya ingat serta rajin untuk kongsikan. Maaf jika penulisan ini berserabut, sementara saya masih ingat, saya taip jelah. Semoga bermanfaat. Terima kasih sudi baca hingga habis.
– Jaja (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit