Ramadan baru ni kawan-kawan ajak berbuka di padang. Jadi kami pun pergilah ke bazar untuk beli makanan.
Bazar tu dekat dengan sekolah menengah lama aku. Sekolah sewakan tapak dekat situ. Dan masa tu, ada juga beberapa cikgu sekolah buat program apa entah, kat depan pagar.
Sebenarnya, ramai je cikgu-cikgu sekolah lama yang belum pencen. Tapi semua dah lewat 50-an mungkin… aku agak je lah.
Jadi, kawan-kawan aku pun excited la jumpa cikgu lama. Ada la beberapa orang je pun. Mereka berdiri dekat luar pagar. Kawan pun pergi tegur.
Tapi aku tak happy. Aku rasa janggal sebab ada satu cikgu yang aku tak suka.
Kenapa aku tak suka cikgu ni? Sebab dia rasis. Kawan-kawan excited tanya itu ini, tapi aku diam je… salam pun tidak.
Dan aku tahu cikgu tu masih ingat aku. Sebab dia dua tiga kali semak nama aku. Aku hanya angguk. Ye la, warna kulit aku tak berubah. Rupa pun sama. Tapi aku terkejut juga cikgu ingat nama aku.
Cikgu tu pun sama je… tak banyak berubah. Cuma sedikit chubby dan muka dimamah usia.
Lepas tu, seorang cikgu senior tanya kami kerja apa sekarang. Seorang kawan aku, Wawa nama dia, excited sangat cerita pekerjaan kami. Bila sampai turn aku, Wawa bagitahu aku doktor.
Cikgu rasis tu nampak terkejut. Dia tanya banyak kali. Doktor di mana, doktor apa, study kat mana dulu.
Mesti cikgu tak sangka aku ada masa depan cerah. Sebab dulu cikgu pernah hina aku.
Cikgu pernah kata aku ni layak kutip tin kosong. Buat apa datang sekolah, buang masa, sebab takde masa depan.
Cikgu hina ayah aku sebab dia seorang Indian Muslim. Cikgu petik warna kulit. Cikgu panggil aku anak keling… apa salah aku?
Aku selalu tertanya-tanya, apa salah aku pada cikgu? Kenapa cikgu tak suka aku?
Form 3 cikgu ajar aku. Mujur setahun je cikgu ajar. Kalau sampai SPM, mungkin aku mati sebab depression dengan kata-kata cikgu.
First impression cikgu, cikgu dah tak suka aku sebab kulit gelap. Jelas sangat cikgu benci aku.
Tanya soalan pun cikgu malas nak jawab. Selalu je cikgu abaikan aku.
Cikgu patahkan semangat aku nak belajar. Cikgu buat aku rasa down dan malu.
Saya 15 tahun cikgu… bukan 5. Saya ada perasaan, cikgu. Matang dah untuk usia tu.
Sampai bila pun saya tak akan lupa. Berkali-kali cikgu hina dan malukan saya depan kelas kalau saya jawab salah. Padahal orang lain pun jawab salah, tapi tak pernah kena macam saya.
Kenapa saya? Saya bukan budak nakal. Saya sangat pendiam.
Sampai cikgu pernah tanya saya agama apa. Siap tanya saya solat macam mana bila jumpa di surau.
Even kawan-kawan saya pun masih ingat. Sebab tu macam tajuk ni… kawan cakap saya sombong dengan cikgu tu.
Saya tak tahu sombong atau tak… tapi saya rasa cikgu yang rasis. Cikgu tak suka saya kan? Tak suka orang macam ayah saya. Tak suka orang berkulit gelap.
Jadi saya diam je lah. Buat apa nak berbual dengan orang yang tak suka kita. Tapi cikgu pula yang datang nak bercakap.
Saya masih hormat cikgu dan respon. Tapi cikgu dulu? Tak pernah respon pada soalan saya. Malah cikgu kata, “Buat apa sibuk nak tunjuk pandai, minat belajar. Nanti kutip tin jugak.”
Kadang-kadang buku latihan saya, cikgu tak tanda kalau betul. Tapi kalau salah, cikgu hina depan kelas.
Tapi terima kasih cikgu. Orang kata, kadang-kadang kata hinaan tu pemangkin semangat.
Saya dari kecil memang bercita-cita nak ubah masa depan keluarga. Saya tahu family saya susah. Ayah saya kerja jual tin dan kotak. Tapi kami tak pernah minta duit cikgu pun. Dan pekerjaan ayah saya halal.
Tapi lepas dengar kata-kata cikgu, saya jadi lebih kuat. Saya belajar sungguh-sungguh. Mujur masih ada cikgu lain yang baik, sudi ajar saya.
Sampai satu cikgu pernah cakap, abaikan saja cikgu tu. Kalau tak faham, tanya cikgu lain.
Saya dapat result yang baik masa PMR, dan saya mohon tukar ke sekolah asrama. Sebab saya takut bila naik tingkatan 4, cikgu tu ajar lagi.
Tapi saya tak pernah lupa cikgu. Walau bertahun-tahun dah berlalu. Kata-kata cikgu, “kau layak jual tin kosong”, saya ingat sampai bila-bila.
Satu hari saya tanya mak, pekerjaan apa yang semua orang hormat, tak kira warna kulit atau bangsa?
Mak jawab, doktor.
Jadi saya putuskan, kalau saya tak mampu jadi doktor, maknanya memang saya layak jual tin kosong.
Saya minta nasihat kaunselor sekolah, dia kata saya kena ambil aliran sains. Masa tu saya dalam aliran akaun. Tapi saya minta tukar. Alhamdulillah, cikgu tukarkan sebab result saya bagus.
Saya fokus belajar. Remaja lain sibuk enjoy, saya hanya tahu belajar. Saya tahu saya belajar dengan tajaan. Kalau gagal, tak boleh repeat macam orang lain.
Saya tak pernah keluar kampus pun kecuali masa housemanship. Saya tak pernah terlibat dalam hubungan percintaan. Fokus saya cuma belajar.
SPM saya bagus. Dapat tajaan ke luar negara. Family gembira. Tapi saya tak… saya berdebar.
Kebahagiaan sebenar saya bila saya pakai stetoskop buat kali pertama. Masa tu saya rasa saya juga manusia yang layak dihormati.
Setiap pesakit ucap terima kasih lepas rawatan. Masa tu saya faham kata-kata mak.
Saya bangga jadi doktor. Sebab saya tak jijik macam cikgu saya. Saya tak pernah tengok kulit atau bangsa pesakit. Siapa pun mereka, walau ada AIDS sekalipun, saya layan dengan ikhlas.
Saya sayang semua pesakit saya. Dan saya sentiasa doakan mereka sembuh.
Tapi saya masih tak mampu lupakan cikgu. Cikgu pun tak pernah minta maaf. Sebab cikgu rasa cikgu tak salah.
Allah temukan kita semula selepas bertahun-tahun. Pasti ada sebab. Cikgu mesti tahu.
Saya tak sangka akan jumpa cikgu lagi. Dan saya baru tahu cikgu tak pernah kahwin. Mungkin sebab perangai cikgu, Allah tak bagi jodoh?
Atau kalau anak cikgu alami benda yang saya lalui dulu, mungkin cikgu akan rasa peritnya.
Wawa tanya saya, kalau cikgu tu datang dapatkan rawatan, adakah saya akan ikhlas merawat?
Tanpa berfikir saya jawab, ya. Dalam dunia perubatan, musuh pun kita rawat sebaik mungkin. Kita nak semua orang selamat.
Cikgu pun begitu. Saya akan layan cikgu sebagai pesakit, bukan sebagai guru yang tinggalkan luka pada saya. Saya tak kejam nak balas dendam. Dendam saya ialah kejayaan.
Tanpa cikgu, mungkin saya tetap jadi doktor. Tapi tanpa hinaan cikgu, saya mungkin tak sekuat dan setekad hari ini. Saya sangat puas dengan usaha saya.
Dulu saya selalu nak give up. Tapi bila ingat muka dan kata-kata cikgu, saya teringat ayah saya. Saya tak nak penghinaan tu berterusan untuk generasi akan datang.
Lepas kita jumpa hari tu, saya buat solat taubat. Mungkin betul… saya ada rasa sombong dan bongkak.
Saya teringat cikgu-cikgu yang pernah tolong saya. Dalam sibuk, saya tak pernah cari mereka semula. Tapi saya tak pernah lupa doakan mereka.
Sekarang, saya rasa saya kena cari semula cikgu-cikgu yang ikhlas ajar saya dulu. Moga mereka panjang umur dan sentiasa dilindungi Allah.
Akhir sekali, saya tak pasti confession ni akan lepas atau tidak. Mungkin sebab ada isu sensitif. Terpulang pada admin.
Tapi kalau lepas, terima kasih banyak dear admin.
Saya harap korang doakan hati saya lembut untuk maafkan cikgu tu ya.
Saya cuba, tapi masih belum ikhlas. Tapi harapnya zaman sekarang, perkara macam ni tak berlaku lagi.
Saya alami semua ini tahun 2005. Zaman tiada viral. Zaman cikgu marah, rotan pun tak berani cerita kat parents.
Apa-apa pun, pasti ada hikmah Allah simpan untuk kita.
Terima kasih, pembaca.
Assalamualaikum.
– doxycycline (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
Terima kasih cikgu-cikgu yang baik…terima kasih doc yang baik.. sama2 kita ambil pengajaran!
1. Selalunya, orang yang sama sekolah akan menyokong satu sama lain kerana mereka tahu betapa susahnya zaman sekolah dahulu, tetapi dalam masa yang sama, betapa seronoknya pengalaman itu. Kebiasaannya, semua orang melalui tadika dan sekolah (sekolah rendah hingga menengah) di hometown mereka.
2. Hometown adalah sebahagian daripada sejarah kehidupan seseorang, tempat di mana mereka sepatutnya boleh kembali dengan perasaan paling aman dan tenang. Hometown juga selalunya mempunyai rumah keluarga. Homeboys/homegirls dan rakan sekolah adalah sebahagian daripada sejarah hidup. Bila seseorang memadam sejarah hidupnya (tadika, sekolah, hometown, warga hometown, dan rumah keluarga), dia kehilangan identiti. Dalam kehidupan semua manusia, tolak tepi perkara material, yang tinggal hanyalah identiti.
3. Di sekolah, semua orang berkawan tanpa ada persaingan dari sudut ini mahupun rupa paras, maka persahabatannya dianggap lebih tulus. Di sekolah, kita selalu tak selesa dengan orang sebab dia poyo, kita tak pernah tak selesa dengan orang sebab beg dia lebih fancy dari kita. Orang handsome/cantik di sekolah pun yang kutuk orang lain orang panggil poyo. Selalu yang famous di sekolah tak poyo.
4. Nampak juga tak kenapa anak angkat sentiasa mencari keluarga kandung, anak keluarga berpisah sentiasa mahu kenal seluruh ahli keluarga, sebelah ayah dan sebelah ibu, sebab itu adalah identiti.
5. Bayangkan seperti dalam buku majalah sekolah, apabila gambar seseorang dipadam, dia dikatakan bukan lagi pelajar sekolah itu. Pelik, kan, jika kita berfikir begitu? Tak suka dengan pelajar paling handsome yang menjadi ketua pengawas sekolah? Lupakan saja perasaan tidak suka itu, dia tetap handsome dan pernah jadi ketua pengawas. Tak suka dengan seorang perempuan cantik di sekolah? Bukannya ada seorang sahaja yang cantik (cantik itu subjektif). Membenci mereka, mereka tetap cantik. Takkan nak padam semua orang sebagai alumni sekolah?
6. Sedangkan, zaman sekolah adalah antara sejarah hidup terbaik seseorang kerana sekolah adalah tempat kita menjadi versi terbaik diri sendiri. Sebab itu juga, apabila seseorang sedang mengalami cabaran hidup, kita sering mengingatkan mereka, “Dulu di sekolah awak seorang yang sangat positif”.
7. Kenangan positif sewaktu di sekolah itu boleh mengembalikan semangat seseorang. Sekolah selalunya tempat di mana kita menunjukkan sikap paling positif dalam diri.
8.Sebagai contoh, anda sendiri—walaupun ada cikgu yang mengutuk fizikal, anda tetap membalas dengan belajar rajin-rajin. Sejak kecil, sudah cukup matang.
9. Secara asasnya, orang yang tidak dapat pulih daripada trauma buli di sekolah berasa sukar menerima kenyataan kerana ketika interaksi di sekolah masih pure and innocent, mereka tidak menyangka ada orang yang boleh memperlakukan mereka sebegitu. Cikgu ni kenapalah dengan pelajar sekolah pun nak bergaduh.
Dalam hal anda, terasa seperti ada diskriminasi di situ sebab kenyataan yang rasis. Tapi anda juga perlu tahu, hanya seorang begitu belum tentu cikgu lain juga begitu. Ini juga disebut dalam cerita anda.
10. Perkara seperti itu boleh jadi besar bila ia disebut ulang-ulang dan disebut di hadapan orang ramai. Kalau cikgu terlepas cakap begitu di hadapan anda, mungkin anda selesaikan personal dengan cikgu kerana bersikap ignorant.
11. Sebab itu buli di sekolah memberi kesan yang sangat besar kepada seseorang—kerana di sekolah, semua orang sama, siapa yang belajar lebih, dia dapat lebih. Sekolah tidak seteruk masalah di tempat kerja, perlumbaan kejayaan dunia, mahupun peperangan.
12. Tetapi, saya juga perasan orang yang hidup berpaksikan trauma dibuli di sekolah sering berfikir bahawa apabila mereka sudah berjaya, mereka akhirnya akan mendapat penghormatan daripada pembuli mereka (walaupun cikgu).
13. Hakikatnya, itu jarang berlaku. Jika seseorang dipanggil ‘loser’ dahulu, berjaya macam mana pun, dia tetap dianggap ‘loser’ oleh pembuli. Sebab itu, jika pernah dibuli, samada confront, demand awareness, ataupun berlalu pergi (jika tidak melibatkan fizikal). Jangan terlalu berbual dengan orang yang membuli. Kalau ini bab berkawan, pergi cari kawan lain.
14. Tetapi, paling penting, jangan anggap semua orang mempunyai pemikiran yang sama dengan pembuli di sekolah. Jangan sesekali menganggap diri dibuli oleh orang yang tidak pernah pun membuli anda. Bukan semua orang against diri anda. Ramai orang rasa kawan mereka terer, skillful, rajin, samada akademik atau bidang bukan akademik. Tadika friend, school friend, hometown people rooting for you bak kata orang.
——-Yang orang pening bila dia tension kena panggil loser, bila semakin improve orang pun cakap bagusnya tapi mereka tetap nak rasa orang ada isu dengan mereka. Kiranya ada pula isu kalau tak jadi doktor atau ada sampai PhD, tak berjaya. Tak tahu nak cakap apa dah macam ni. Cakap ini pun tak kena, itu pun tak kena. So biar mereka figure out sendiri apa mereka nak buat dengan kehidupan mereka. Dia nak pergi jadi doktor, dia pergi lah masuk universiti semula. Dia nak sambung ke peringkat tertinggi, dia pergilah register, suka hati lah nak buat apa.
15. Situasinya mungkin ramai yang melihat anda sudah berjaya dan tiada apa yang kurang dalam hidup anda, cuma di mata pembuli sahaja, anda tetap tidak bagus. Maka, jika ada orang yang menyokong anda, ambillah semangat itu—yang membuli? Abaikan saja. Walaupun pembuli itu adalah seorang cikgu. Sepatutnya, seorang cikgu tidak boleh berkata perkara yang berunsur diskriminasi.
16. Jika anda mahu bersikap lebih matang, anda boleh mengatakan:
“Saya tidak selesa apabila cikgu pernah bercakap tentang isu sensitif. Saya lebih suka cikgu bercakap hal akademik sahaja (Ini yang selalu kita nampak di kuliah-tertiary education)”
17. Jika anda tidak mahu bersikap matang, anda boleh berkata:
“Saya tidak selesa apabila cikgu bercakap tentang hal sensitif, dan (membuat andaian percakapan cikgu = jodoh, walhal mungkin juga ada faktor lain).
Sukalah diingatkan dalam masyarakat majmuk di Malaysia, perkahwinan pelbagai bangsa ini adalah perkara biasa maka jika sengaja pilih untuk bercakap hal rasis semata-mata kerana memang sengaja itu memang menghairankan. Semua pelajar pun tak suka orang mengata mereka berdasarkan kaum. Ramai cikgu pun tak suka pada pendapat saya.
Saya juga tidak suka dengan sikap rasis sebab saya secara personal pernah ada guru (berbangsa Cina) dan babysitter jaga anak saya (berbangsa India).
18. Anda boleh memilih untuk menyuarakan isu, menjadi pemendam (sebab anda kata anda tiada dendam,- ini memang ciri-ciri seorang doktor, do no harm), atau menjadi seorang yang lebih baik (be a bigger person).
19. Akhirnya, anda telah mencapai cita-cita anda—anda sudah bergelar doktor.
20. Jadi, tanpa menulis ‘confession’ ini pun, cita-cita anda sudah tercapai. Jadi, apa lagi yang perlu dikisahkan tentang kata-kata buli oleh cikgu?
Kalau tanya sombong ke tak, sombong tu bila rasa dapat cita-cita, dapat berjaya kerana diri sendiri, hakikatnya kerana Allah SWT.
Orang yang dibuli di sekolah kerana hal begini memang mereka boleh tertekan, kerana di sekolah mereka hanya ada identiti, maksudnya umpama anda wujud tetapi tidak diiktiraf. (Invalidation of identity). Umpama anda ada tetapi tidak diterima. Rasa seperti outcast. Not included. Begitulah.