Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada semua kipas susah mati confession. Daripada dulu sampailah sekarang seronok baca luahan kisah orang lain kan, lagi-lagi yang pernah terkena di batang hidung sendiri, haha.
Okay baik, aku ni orang panggil budak gila dan ‘risk taker’. Apa-apa benda baru memang aku kepala gila hendak join dan hendak tahu benda tu apa lebih-lebih lagi bila melibatkan duit. Aku gila duit okay, aku tak tahulah korang ni gila apa selain daripada gila baca coretan ni.
Okay back to the point, walaupun aku gila duit tapi aku ni jenis yang jaga dua benda. Satu, benda aku join tu aku wajib tahu cara untung rugi tu dan kedua, patuh undang-undang dan patuh syariah.
Amacam, alumni UIA, biasalah brothers & sisters sekalian. Itu pantang larang aku. Pantang larang ni selepas aku kantoi sontot.
Okaylah, dipendekkan cerita aku ni ada join sistem beli emas dapat dividen, beli kripto guna robot, beli saham lepas sehari belajar, dan banyak lagilah pelaburan-pelaburan yang aku decide untuk join tanpa nak tanya mak ayah aku apatah lagi tanya bini, aku dah kahwin okay, jangan provok-provok.
Okay, adalah satu sistem buat duit ni yang aku join, beli kripto tapi ‘park’ unit tu dalam wallet macam Klever wallet, you all google saja nanti tahu punya. Lepas tu setiap hari dapat dividen 1-1.5% daripada unit yang aku beli. Gila duit hari-hari dapat tanpa buat apa-apa brother…
Hari berganti hari, minggu berganti minggu, tak sampai 2 bulan. Duit tu nampak dalam app tapi tak boleh keluar bro, boleh tengok saja…. Ha apa kau rasa, b0d0h yang amat kan.
Itulah tu aku nak bagitahu jangan ingat hari-hari kau untung dalam benda alah yang kau tak jelas ni. Sampai hari ni dah masuk 7-8 bulan, aku masih nampak duit tu tapi tak boleh keluarkan brother, haha.
Okay setel cerita app Klever tu. Tapi itu cerita sontot, jom dengar cerita okay pulak. Kripto ni banyak platform, sampai sekarang aku masih ada akaun Trust, Luno, Tokenize dan Binance.
Semua masih aktif jual beli kripto dan aku dah balik modal pun guna kaedah buy low sell high, day trade dan lain-lain.
Kesimpulan akulah, kalau join benda-benda ni asal kau tahu ‘game’ dia macam mana , In Shaa Allah kau tak rasa b0d0h sangat sebab kau tahu risiko dia, tau naik turun sebab apa dan sebagainya. Bukan naik saja memanjang.
Next, jom sembang bab emas. Aku ni dah lama beli emas, kau namakanlah emas apa yang aku tak join. T** B******, G****** G***, K******* B*****, apa lagi? Haha, tak adalah, semua tu aku tak join, aku tak tahulah siapa yang b0d0h sangat pergi join gold yang menjanjikan dividen. Fuh.
Okaylah okay aku mengaku la aku pernah b0d0h jugak. Ceritanya, aku ada join Bursa emas ni dengan budak UIA jugak, beli hari ni, tiap-tiap bulan dapat 5%, hujung tahun dapat balik modal. Kau agak-agak aku untung tak?
Kusangkakan panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengah hari. Ya, aku rugi.
11 bulan bayaran cantik, bulan ke 12 senyap sepi, hangus la dividen aku sekali dengan modal tu sekali. Tapi masih okay la nak compare dengan batch aku yang lain, bukan student saja join, lecturer pun join dan sontot brother, percaya punya pasal.
Ada yang tamak tak nak ambil dividen bulanan hendak tunggu dividen tahunan sebab dijanjikan 10% setiap bulan terkumpul. Ha ambik kau, selepas setahun, habuk pun tarak.
Tup-tup kepala skim tu sibuk duduk jual itu ini kejap jual sofa kejap jual buah kejap jual barang China hendak cover loss ke apa ke tak tahulah, boleh tahan makian jugak, mula-mula ada di facebook, sekarang dah MIA.
Dengar kata duit orang yang masih belum jelas RM5 juta minima brother. Aku dengar sampai RM20 juta pun ada. Macam gampang padahal bisnes tak sampai setahun. Ponzi oh ponzi.
Okay bila aku fikir balik, di mana silapnya? Satu, aku main join tanpa ada dokumen pembelian atau pelaburan ke simpanan. Tiada apa-apa. Rekod ada pun di whatsapp atau facebook messenger. Email pun tiada. Kira main percaya bulat-bulat la, tunggu duit masuk.
Kedua, aku join sebab hendak dividen tanpa tahu apa modus operandi yang digunakan untuk menghasilkan dividen tersebut. Itu yang paling bahaya, tidak jelas, gharar bahasa omputeh eh arab lah, alah korang janganla serius sangat, baca saja pun.
Ketiga, aku join sebab tgk ramai join termasuk lecturers. Ha itu tambah confident aku padahal tiada kaitan pun ye dak.
So nasihat aku kau ni janganlah join sebab ikut-ikutan ye. Orang untung RM10k kau pun nak RM10k padahal dia keluar modal RM1k yang kau, RM100 pun macam gampang tak nak keluarkan, risiko kepala bana. Fair play la brother.
Alright, setel bab b0d0h aku pasal kripto dan emas. Lepas daripada kejadian ni adakah aku stop? No brother.
Pengalaman mengajar aku untuk salahkan diri sendiri dan buat proper due diligence sebelum join satu-satu benda. Apa maksudnya, adakah aku kena faham 100% benda tu baru join? Lagilah tak.
Mana boleh kau nak tunggu kau faham 100% baru kau join. Itulah tindakan paling tak logik.
Macam solat la kau start solat dulu sebab mak ayah paksa kau kan? Kan? Subuh dah solat? Dah mak. Pembohong kau ni. Betul tak? Lama-lama kau akan terbiasa ditambah dengan ilmu dan kematangan kau seiring usia.
Fuh. Dapat sesuatu? Kau cantikkan solat tu dengan ilmu dan kefahaman secara berperingkat. Ha macam gitulah pelaburan pun. You have to start somewhere.
Okay, dah cukup. Ceritanya sekarang ni aku bergiat aktif dengan emas jugak lah tapi memang aku kaw-kaw buat investigation kali ni. Setakat hari ni aku dah buka beberapa akaun yang patuh syariah.
Setiap company ni ada kelebihan masing-masing dan aku suka sangat siap bersyukur lagi bila pernah tersontot aku jadi lebih bersedia dengan persoalan dan jadi orang yang betul bertanya untuk tahu sesuatu bukan untuk kecam.
Yelah dulu kau nak kena ada modal berapa untuk start beli emas betul tak? Sekarang ada company2 ni, kau ada RM10 pun dah boleh beli.
Latih diri simpan awal-awal. Disiplin la sikit brother. Kau nak pakai duit kau jual atau pajak la emas. Aku ni setiap minggu pajak emas, okay saja, padahal gaji bukan banyak pun.
Baru aku tahu boleh pairing pajak dengan komitmen bayar rumah, kereta, bayar bil dan lain-lain. Hujung tahun aku hotel hopping dan renew insurans & roadtax guna profit pajak. Kau nak bagi ke? Tak kan.
B0d0hnya aku sebelum ni platform dh ada yang legal tapi join yang bagi dividen. Mana boleh kau janjikan pulangan, salah tu.
Yang lagi lawak apa tau, kau nak beli emas takut sebab takut beli pada harga pucuk.
Alahai apa bengap, emas ni long term brother, kau punya horizon mesti jauh, emas ni mother of currency, tengah-tengah kau tunggu harga emas jatuh tu bank-bank dunia sekarang ni tengah membeli tau tak,
Lagi satu yang memperjuangkan gila-gila technical analysis untuk emas, kau nak buat untuk saham boleh la lebih tepat.
Kau punya technical kata emas jatuh, tup-tup esok US keluar statement nak hantar askar ke Korea. Kau rasa? Harga emas CONFIRM naik brother dalam situasi ekonomi yang tidak menentu. Baca balik apa jadi kepada duit kertas Iraq ketika perang.
Okay, kau rujuk balik graf. Cycle atau kitaran emas paling teruk setiap 5 tahun kau akan nampak. Kau bukan beli emas tapi kau tukarkan duit kau tu kepada emas. Boleh saja jual balik betul tak?
Duit kau dalam bank itu walaupun nombor tu nampak banyak jangan biarkan, gerakkan duit tu. Senang cerita cmni la duit RM10k kau tu tak sama nilai dia 5tahun akan datang. Inflasi brother. Dan emas tahun ni lagi rendah daripada tahun lepas. Grab bro.
Itulah emas, ada ilmu teknikal itu bonus tapi bukan kau nak bergantung kepada benda tu. Banyak catalyst emas ni. Mak bapak kita dulu-dulu beli emas tak tengok chart pun. Dan emas itulah yang dipajak gadai untuk besarkan kita brothers and sisters. Ingat tu.
So itulah sedikit sebanyak yang aku boleh share, kau joinlah apa pun, pastikan kau tahu modus operandi dan money trail sebelum kau join sesuatu tu.
Bagi aku istilah ‘too good to be true is true’ provided kau dah lepas proses due diligence kau tu,
Nilai risiko tu dan tanya balik kalau ditakdirkan tersontot adakah ada tempat untuk buat aduan atau ada sebarang insurans yang cover loss tu atau paling tidak pun kau ada semua black & white yang kau patut ada.
Bagi aku kalau kau ada yang tu dan kau pulak ada ilmu memang boleh pergi jauh dalam apa pun.
Selain tu, sebab apa aku kata ‘too good to be true is true’ adalah kau tak akan tahu level mana ‘too good’ tu tanpa ilmu.
Bagi kau ‘too good’ tapi bagi orang ada ilmu itu biasa dan achievable. Ilmu itulah sebenarnya yang menjadikan kau berlipat kali ganda untung bukan platform tu.
Yelah kau cakap main saham bursa itu patuh undang-undang tapi adakah semua orang untung? Tidak kan.
Tapi ada saja untung 1000% dalam sehari. Adakah ‘too good’? Tak kan. Maksudnya untung rugi itu pada ilmu. Lagi-lagi sekarang zaman teknologi semua kau sendiri boleh google.
Okaylah sebelum aku melalut , last word, tidak salah berhati-hati tapi jangan menjadi paranoid.
To invest is a risk taken and not to invest is a risk of losing opportunity to buy at a lower price and inflation. So we have to balance between these two. Do run your own due diligence and risk assessment before enter into any market. Ha ambik omputeh kau.
Assalamualaikum dan kekalkan kuasa beli anda dengan melabur di tempat yang patuh undang-undang dan syariah. Mulakan dengan Bismillah. Bella Caio!
– Pejuang Due Diligence (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit