Songsang Bertaubat

Nama aku Potato, dan aku seorang lelaki, pertama sekali, aku nak minta comment yang positif dan baik dari semua orang, dan minat tolong faham golongan yang macam kami ni, sejujurnya aku tak sokong golongan sejenis macam ni, jadi tolong la faham kan situasi ni dulu.

Actually aku ada perasaan suka pada sejenis ni sejak dari tadika lagi, masa kecil dulu aku seorang yang lembut sikit, sampai la di bangku sekolah menengah. Perasaan suka perempuan tu memang ada, tapi kalau diikutkan persen tu dalam 30%-40% sahaja.

Secara jujurnya aku memang tak sokong sejenis ni, jauh di sudut hati aku ni kalau malaysia membenarkan sejenis, memang aku menentang keras dan sanggup buat apa sahaja untuk islam.

Malah nak pergi thailand, dan couple pegang tanggan lelaki dgn lelaki pun aku geli, kalau depan orang la. Sebab tak normal.

Tapi hakikat sebenar, memang jiwa memberontak sangat, hanya Allah sahaja tahu. Selalu aku tanya pada Allah kenapa Allah bagi aku macam ni, ujian ni sangat besar bagi aku, sebab melibatkan masa depan aku sendiri.

Aku cemburu bila tengok lelaki bercinta dengan perempuan, happy, suka, gembira, kawin dan dapat anak.

Hari hari aku tanya Allah kenapa aku macam ni, jangan cakap la aku tak hentak kepala aku dekat dinding, sebab aku nak feel bercinta macam tu pada perempuan. Tapi balik balik, lelaki juga aku tengok, lelaki juga aku pandang.

Masa zaman diploma, aku tukar watak aku dari lembut, jadi lelaki biasa, tapi agak sukar sedikit, kadang kadang kantoi juga nampak lembutnya,

Tapi aku pendiam sikit zaman ni, dan tak bergaul, suara pun orang dah tahu, ada lengok lembut sikit, zaman diploma pula aku ada sejarah hitam bercinta dengan lelaki tapi cinta tu tak sampai 60% merasa bahagia dan tulus cinta aku pada dia tu,

Tapi lelaki ni di luar dari universiti, melakukan benda yang dosa tu memang ada, tapi tak lama dalam 2 semesta sahaja, sebab aku fikir akan dosa, sampai bila aku nak hanyut dan jauh dari Allah, last last aku balik semula dan single.

Masa tu aku tak rasa kecewa dan sakit pun, malah aku happy sebab dapat kembali pada Allah.

Masa zaman degree, aku tukar watak semula, dan betul betul jadi lelaki, usha awek, main futsal, pergi gym, ramai kawan, peramah dan ramai sayang aku.

Di sebabkan peramah, aku mula ada hati pada kawan lelaki aku ni, dia straight, dan ada awek, ye aku tahu tu dosa tu, tapi hati, susah nak diperkatakan,

Hari hari aku cuba dan cuba untuk dekatkan diri dekat dia, sampai dia kecundang pada aku, sampai la aku doa pada Allah nak merasa cinta yang betul betul 100% aku sayang, ini yang aku sayang tau, yang sanggup buat apa sahaja untuk dia.

Duration cinta tu adalah dalam 3 tahun, dan semestinya melakukan hubungan tu ada, tapi kami tetap solat dan tak nampak pun bercinta, as long kau tahu kau aku punye, dan aku pun tahu kau aku punye, perangai pula masuk air, happy2, pergi clubing dan sebagainye,

Tapi kami masih tengok video straight dan sudah tentu aku berlakon konon2 aku usha perempuan, dan tengok awek awek lawa, padahal tak ada hati pun,

Tapi terpaksa, supaya aku nak dia angap hubungan ni bukan 1 benda yang songsang, tapi just for fun but still suka perempuan, goda tu, kadang2 dia pun nak about hubungan atas katil, bukan setakat aku je.

Tapi hubungan tu tak sampai kemana, bila awek dia tak suka aku, die orang bertengkar dan aku pula cuba pujuk hati untuk lepaskan dia.

Sebab bagi aku, aku kesian dekat dia, aku tak nak rosakkan hubungan orang lain, dan kebahagian orang lain, aku cuba undur diri,

Hampir setahun aku nak betulkan kepala hotak aku yang biol ni, sehingga la aku couple dengan perempuan. Awek aku sampai sekarang. Dan alhamdulilah, dah 3 tahun dah, tapi tak kawin kawin juga, huhu.

Dalam duration aku kenal dengan awek aku ni, aku suka sikap dia, baik dan tak susahkan aku, cuma persen cinta pada dia tu cuma 50% sahaja. Aku cuba macam macam, tapi susah sangat nak rasa sayang dan bernafsu.

Lagi 1, aku ada part yang aku tak suka dia sebab raut wajah dia yang lebar pada dagu, jadi susah nak ada feel.

Tapi kalau aku tengok kawan perempuan office mate aku yang dah kawin tu, ada pula nafsu. Tapi pada dia tak ada, tapi kalau aku tak dapat dengar suara dia ke, atau tak dapat berbual ke, hati macam kosong. Macam hilang sesuatu.

Dalam duration aku dengan awek aku ni, sudah tentu, aku ada lelaki yang aku minat dekat tempat kerja, mula mula dia macam tunjuk yang dia nak rapat dengan aku, tapi bila aku cuba elak, dia mula jauh diri, aku pula terasa kosong, actually dia dah da awek dah, dan dia lelaki memang lelaki la, bukan lembut ke apa ke.

Setiap kali aku keluar dengan dia, aku rasa puas, happy tengok wayang tu macam wow.. Best gile wea, macam dunia ni kau punye la..

Yela kau keluar dengan orang yang kau sayang, memang happy la.. Sanggup la kau bagi dia apa je, janji dia ada depan mata kau, kalau boleh hari hari kau nak tengok dia.. Menyakat dia, gurau pegang tanggan dan sebagainye.

Tapi bab pegang tanggan tu, ada sekali aku saja pegang tanggan, dia genggam tanggan aku, happy wea, sampai aku cakap, ya Allah, andai kau bagi aku masuk syurga nanti, aku nak ada feel macam ni, walaupun dunia aku tak dapat, tapi aku nak dekat syurga.

Cuma aku tahu dunia ni hanya tipu tipu, so aku pun cuba la elak kan apa yang patut dengan lelaki ni, sebab awek dia macam mula curiga sebab kita orang selalu keluar. Dia pun saja cemburukan aku dengan awek dia. So the point, balik la pada fitra.

Now sekarang aku tengah pujuk hati aku ni, walaupun aku rasa berat sangat, hanya Allah sahaja tahu.

Dan aku pula hari hari sedih sebab kenapa aku tak boleh bahagia macam orang lain, setiap kali tengok pasangan couple bercinta, aku cemburu, aku muram, sedih, nak nangis. Sampai aku minta ada feel macam tu. Yang tak ada dosanya suka sama suka, pasangan laki bini pergi sana sini.

Aku sampai kata kenapa macam ni, kenapa macam ni, sampai aku jijik dengan diri aku ni. Sape tak nak kawin, siapa tak nak ada anak, siapa tak nak gentel anak. Umur dah nak masuk 3 series dah. Takut sangat.

Hari hari aku doa pada Allah, supaya ada perempuan yang aku suka gila, dan boleh buat aku bahagia kalau aku pergi mana mana. Aku nak rasa ada feel, kalau boleh nak tengok muka bini aku je hari hari. Sebab ada rasa sayang kerana Allah. Doa kan aku dapat jalan yang Allah redha dan jauhkan aku dari neraka. AamiIn.

The point is, jangan la hukum orang macam kami, demi Allah dan demi rasul, sikit pun kami tak minta macam ni. Kalau boleh nak mati dalam husnul khatimah cepat cepat, duduk dalam kubur, biar tak ada rasa sakit bila kau suka seseorang yang kau tak boleh dapat dan jadi haram.

Beruntung bila kau tidak di uji dengan benda ni, sebab nak berubah sangat sangat la susah, sampai kepala aku pun dah benjol sebab hentak kepala dekat dinding, kerana terasa hina sangat.

Aku percaya orang yang tak pernah rasa ujian macam ni, korang semestinya tak akan faham. Dan korang akan cakap berubah la. Percaya lah, dah banyak kali aku cuba fight benda ni. Apa apa pun aku harap aku kuat sangat iman ni. InsyAllah. AamiIn.

– Potato (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

8 Comments

  1. saya pun ada pengalaman lebih kurang sama. memang setuju dengan statement potato.. sebab perasaan bukan benda senang nak buang apatah lagi kalau dia dah macam jadi habit. alhamdulillah, aku jumpa lelaki yang baik dan sayang aku. dan syukur juga sebab masa zaman songsang aku tak pernah berbuat perkara atas ranjang sesama jenis atau dengan jantina lain. aku doakan potato dapat terus istiqamah lawan nafsu dalam diri potato! Allah takkan uji seseorang melebihi kemampuannya. kau memang kuat potato

  2. aku benci orang macam kau. orang macam kau ni la yang runtuhkan rumahtangga aku, rampas suami aku. semua impian aku musnah.

  3. 1. Nak tanya video straight yang kamu maksudkan tu p*rn ke? Jauhkan lah kalau betul tu video p*rn sebab tengok p*rn pun salah satu penyebab kenapa ada perasaan suka sejenis ni.
    2. Tahu susah susah nak stop buat benda yang kita suka tapi try je. Kalah dengan nafsu try lagi dan lagi jangan pernah give up.
    3. Aku tak de apa² comment pasal wanita yang kamu berkenalan tu tapi cuba kamu ubah persepsi kamu, jangan sebabkan satu kelemahan yang dia ada kaburi segala kelebihannya. Apa apa pun fikirkanlah yang terbaik untuk dia dan untuk kamu. Kalau kamu nak kan bahagia dia pun sama nakkan bahagia dia, anak dia dan family dia pun nak tengok dia bahagia jugak.
    4. Yang paling penting kalau Allah dah tutup aib kita jangan pula kita canangkan dan buka aib tu sendiri. Kalau dah tutup biarkan dia tertutup.
    5. Ha lagi satu try puasa. Best tau puasa. Aku memang tak de kat tempat kamu tapi kita sama² berjuang, berjuang untuk jadi yang terbaik di sisi Allah.

  4. Aq “tomato”, (bln nma sbenar).. tp aq sorang ‘female’, tp aq rse aq bole agak mcmne yg potato rse tu.. dlu aw pernah skolah asrama (semua pompuan).., mula2 mmg normal la, kita berkawan dgn semua org, ada bestie (kwn rapat) dsb.. tp lma kelamaan, mmg akn ‘timbul’ perasaan suka kaum sejenis, sbb dah mmg xde student llaki, di skolah tu plak ada jenis yg ‘tomboy’ – (bkn pengkid ye..), dan scara x langsung ada kegiatan ‘coupling’ antara pompuan, esp. dgn seniors dll.. keadaan ini spt ‘biasa’ dlm asrama yg mcm tu, ada juga yg ‘terlebih’, sehingga membawa kpd hubungan yg ‘intim’, tp ramai juga yg hanya suka2, spt hubungan adik n kakak yg ‘rapat’.. dipendekkan cerita fenomena ini terbawa2, sehinggalah masuk ke IPT, tp yg jd ‘neutral’ pd mse tu, sbb ada students lelaki, so perasaan tu lma2 ‘hilang’ dan boleh jadi ‘
    “back to normal” sbg fitrah perempuan.., so moral of the story, jgn sekali2 ‘pupuk’ perasaan ini.., bla prasaan tu mcm nk ‘datang’, cepat2 tepis dan istighfar betul2.. mula2 mmg sukar, tp boleh buat.. mcm yg potato ‘hantuk’ kpala tu, tiap2 kali rse nk hantuk tu, bca istighfar bnyak2, klaw bole 1000x sehari, (maybe boleh pecahkan kpd 200/kali lps solat mcm tu), yg penting zikir n doa bnyak2 utk bebaskn diri dari perasaan tu, minta dlm solat hajat, supaya Allah campak jauh2 perasaan tu.. cth mcm org yg mngalami ‘ketagihan dadah’ lah, mmg sukar nk hilangkan, tp klaw usaha n doa sungguh2, insha Allah boleh.. sya doakan potato berjaya utk hapuskan perasaan itu n dpt pasangan yg akn ‘membahagiakn’ awak.. till jannah.. aamiin YRA

  5. bertaubatlah. jgn rosakkan lelaki lain sial..lelaki tu straight kau nk rosakkan. kesian awek dia. ape punya lelaki la kau ni . ptong jela

  6. aipp,Allah mmg bgi kau lembut tpi kau yg pilih jdi lembut mcm mna ni dh smpai cp sesama jenis buat hubungan terlarang ni dah langgar hukum Allah,harap jumpa perempuan ye

  7. Kalau bernafsu straight pon masih kena jaga.. x semestinya kena layan nafsu. Ada je org nafsu straight sampai ke tua x kahwin2.. diorg pon ada nafsu semua. Tapi kena ke buat dosa seks ringan/berat ikut nafsu?.. Perasaan dan nafsu tu mmg ujian berat. Bila x diuji dgn ujian yg sama mmg senang cakap. Nafsu kalau layan mmg best. Tp persoalan nya ada kah kita kena layan nafsu tu?..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *