Assalamualaikum semua. Sebelum aku mulakan cerita, sedikit tentang diri aku, aku perempuan berumur akhir 20-an, belum berkahwin, alhamdulillah syukur masih dipelihara Allah dari buat maksiat dengan asbab puasa.
Aku suka baca orang komen dekat confession orang lain yang punyai masalah sama macam aku, dalam masa sama aku ambik buat pedoman, terima kasih.
Sebenarnya addicted about s** ni sangat lah real n ujian berat bagi sesiapa yang mengalami, mungkin orang yang tak pernah rasa dia akan rasa macam hinanya orang macam kami ni.
Tapi semua ni ujian, siapa yang nak semua ni, kalau aku diberi pilihan, aku rasa seronoknya orang yang hidup dia dari kecik tak terdedah dengan s** n after kawen baru tahu. Tapi apa boleh buat, semuanya telah ditaqdirkan.
Aku dari kecik dah start kena s**ual harassment oleh orang sekeliling aku, Dan persekitaran dapat kawan2 yang rosak sejak dari sekolah rendah membuatkan aku tahu tentang s**.
Dan disebabkan faktor usia kecil yang mempunya curiousity yang sangat tinggi. Tapi yang ni sangat pelik sebab aku pun taktau macam mana aku reti untuk mastr***** seawal usia 8 tahun. Seawal usia ni aku dah ada naluri ataupun perasaan semula jadi tentang nafsu? Entah laa.
Awalnya aku hanya mastr***** sendiri, cuma di luar sahaja sebab aku macam confessor, ada rasa sakit. Taktau la normal ke tak. Kadang2 aku rasa aku ni tak normal sebab aku rasa cukup untuk mastr***** sorang diri saja,
Bayangkan berapa tahun aku buat benda ni, aku penat, aku pernah doa supaya Allah tarik rasa sedap ni, biar aku berhenti buat.
Dia akan berulang dan ulang, berhenti, menyesal, taubat, buat lagi, menyesal lagi, taubat lagi, hampir berputus asaa, tapi aku cuba dan cuba untuk kuat, ibadah takpayah cakap la, semua buat, doa, solat, taubat, dan ia berulang dan berulang. Mungkin ujian aku di dunia ni.
Dan makin aku besar aku terjebak dengan p*** pula, aku jadi addicted, tapi jenis aku, kalau tengok tu tengok ja, kalau mastr**** tu mastr**** ja, aku bukan jenis buat sambil tengok. Tapi aku lagi addicted dengan tengok, dan masalahnya aku suka tengok perempuan,
Aku perempuan tapi suka tengok perempuan, rasa sangat tak normal huhu. Aku tak berapa minat lelaki, mean dalam s**, tapi kalau minat yang crush tu tetap lelaki. Cuma kalau dalam s** punya organ aku lebih berminat dengan perempuan.
Aku memang rasa tak layak nak kahwin, aku takut suami aku tak dapat bagi kepuasan dekat aku, aku sendiri rasa bersalah sebab aku tak minat organ lelaki,
Apa perasaan suami aku kalau tau sebenarnya aku punya minat ni tak normal, huhu. Memang kahwin bukan semata-mata tentang s**, tapi bagi kami yang bujang ni, inilah ujian kami, kalian yang dah berkahwin masa bujang takkan takda ujian nafsu langsung.
Aku rasa bertuah sangat perempuan yang dalam hidup dia tak pernah terlibat dengan semua ni. Tapi apa yang aku boleh buat, aku tak boleh jadi perempuan begitu, sebab dari kecil aku dah didedahkan dengan semua tu. Dan semuanya telah pun terjadi dan sudah ditaqdirkan.
Apapun doakan aku di bulan mulia ini, mana tahu yang baca ni ada yang doanya mustajab. Semoga aku dapat istiqamah tinggalkan semuanya,
Aku nak jadi hamba Allah yang baik, dan kalau aku ada keturunan aku taknak keturunan aku jadi macam aku, aku nak mati dalam husnul khatimah, dalam keadaan Allah dah ampunkan dosa aku, dah Redha dengan aku,
Walaupun aku banyak sangat dosa dan rasa sangat tak layak dan malu sangat dengan Allah. Anggota badan yang sama yang mengingati Allah, anggota badan yang sama melakukan maksiat, hinanya aku.
Semoga Allah memberi jalan keluar dan hidayah kepada kita semua. Dan kepada yang diuji semoga Allah berikan kekuatan untuk mengharungi ujian di dunia ini.
Semoga Allah teguhkan keimanan dan ketaqwaan kita semua. Semoga Allah sentiasa pandu dan pelihara kita semua di dunia ini, dengan Rahmat dan Kasih Sayang-Nya, Aamiin..
– Syasya (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit