Assalamualaikum dan salam sejahtera. Moga semua readers berada dalam keadaan sihat sejahtera. Firstly, terima kasih kepada admin andai tulisan ini di published. Aku harap sangat admin post cerita nie.
Sedikit intro pasal aku, aku Haru (bukan nama sebenar). Bulan 12 tahun lepas aku habis degree kat IIUM. Then sementara menunggu konvo (ntah bila since covid-19 tak selesai lagi), aku mula kerja dekat pam minyak.
So aku nk cerita tentang SOP pam minyak since aku tengok ramai yang tak paham dan keliru.
Pam minyak walaupun tak selalu dikunjungi, tapi korang kene tahu apa boleh buat dan tak boleh buat. Terlalu ramai yang salah paham tentang SOP pam minyak. So aku harap melalui penulisan nie semua amik note tentang benda nie.
Oh ye, aku tak pasti kalau semua pam minyak sama (aku rase sama je) tapi aku lebih menjerumus kepada pam minyak Shell.
So, few things yang semua kene tahu ialah:
1. Minyak perlu di isi sendiri.
Yes, benda nie common sense tapi ramai yang terlalu selesa mengarahkan pekerja isi minyak untuk korang. Untuk makluman semua, kami TIDAK DIBENARKAN untuk mengisi minyak untuk anda.
Budak2 yang duduk dekat pam tu hanyalah untuk MEMUDAHKAN PEMBAYARAN. So tolong lah jangan maki kami, marah kami andai kami suruh anda isi sendiri. Benda tu salah dan bos kami memang suruh kami menolak untuk mengisi minyak untuk anda.
Benda nie makin teruk sejak ada wabak nie. Jangan guna alasan tak pandai lah, takut lah. Kami bukan sengaja taknak tapi Tidak Dibenarkan. (Unless ade ibu mengandung, orang tua or yang ade anak kecik dalam kereta. Tapi semuanya atas dasar budi bicara antara anda dan pekerja tu).
Nampak remeh tapi terlalu ramai yang selesa mengarah2 kami atas alasan kalau kami isi pelanggan akan makin ramai. Nope, korang yang terlalu selesa sebab biase yang duduk dekat pam tu bangla kan atau pekerja asing. So bila kami yang melayu nie tak nak buat korang maki kami.
Ingat tak dulu ade kes yang mana pekerja asing tu isikan untuk customers, tetiba kene lempang sebab kotoran yang tertinggal pada badan kereta customers.
Disebabkn insiden nie, kerajaan tak benarkan pekerja asing diambil serta customers diarahkan untuk isi minyak sendiri. Weh, kereta kau kan, pandai guna pandai la isi. Jangan nak maki budak dekat pam tu sebab depa hanya mengikut arahan atasan.
Aku pernah kene maki dengan pasangan suami isteri tau sebab refuse isi minyak dalam kete diaorang. Berlinang air mata aku. Bukan sikit2 maki. Dah la dua2. Apa hina sangat ke kerja kami nie sampai takde adap lansung ngan kami?
Ade jugak yang buat tabiat hulur duit ikut tingkap je, tak kluar kereta. Kau expect apa? Semua benda kene self service okay. Tak perlu maki marah kami. Tolong la. Konsep sama mcm korang pergi pasar raya or kedai fast food.
Ade kau suruh pekerja die angkat barang isi dalam troli? Takde kan. So samalah dekat pam minyak. Dah budak tu menyenangkan korang, dah tak perlu jalan jauh semata nak bayar, alih2 kene maki. Kesian la kami.
(Kalau korang cakap elok2, keluar kereta dan hulur duit dengan hemah, sesetngah pekerja ada je yang isikan sebab apa? Sebab kami rase dihargai).
And benda nie berjangkit ye, bila sorang buat, abis semua nak dilayan begitu. Tak pasal2 orang lain kene tunggu lama sebab kami nak layan kau sorang. Jangan la buat perangai macam nie bila peak hours. Sangat menyusahkan.
2. Baki pembayaran.
Okay, ramai yang tak faham konsep ambil baki. Macam nie, bila korang bayar dekat kaunter, baki duit korang kene ambil dekat sana. Tapi, kalau korang bayar dekat budak2 yang duduk tepi pam tu, kene ambil baki pada budak tu. Faham?
So korang kene ingat dan peka pada siapa korang bayar. Tak boleh sesuka hati minta baki pada orang lain sebab budak tu akan short nanti. Bila short, kene potong gaji. Kesian la dekat dia. Dan jangan malu untuk ambil baki anda. Walaupun seposen je anda ada hak untuk minta baki anda.
Ramai yang bla gitu je bila ade baki. Sayang lah. Sebab yang dapat kedai bukan kami pekerja. Melainkan korang cakap dengan jelas ‘dik, baki tu amik ke awak..’
Kalau korang cakap macam tu baru kami ambil sebab korang cakap dengan jelas. Tu dikira niat sedekah. Ramai jugak yang buat gitu bila baki bawah RM1. Tapi benda nie tak wajib, so tuntutlah baki anda.
3. Penggunaan istilah ‘Full’.
Okay, untuk pemahaman korang, bila mana korang cakap je ‘isi full’, wajib bagi anda untuk tinggalkan deposit. Tak boleh isi dulu baru bayar. Bagi la RM50 paling sedikit untuk deposit. Bila dah siap isi, pergi semula untuk ambil baki atau tambah duit. Okay faham?
Yang selalu menjadi masalah ialah bila korang guna istilah full tu dan bagi RM50.
Tapi bila korang selesai, kene bayar lebih sebab full tank korang lebih dari duit yang korang bagi. Jangan nak marah kami ye, sebab bila korang sebut full, automatik kami akan release pam, bukan key in amount yang korang bagi.
So, kalu korang nak isi RM50 je dan tak nak tambah duit, jangan sebut full, sebaliknya just sebut RM50. Kalau ade baki, datang ambil semula. Dan kalau ngam RM50, bagus, anda tak perlu dah ke kaunter untuk tambah atau ambil baki. Jelas kan?
4. Bonuslink.
Lain pam minyak, lain kad keahlian dia. Kami Shell guna Bonuslink. Kad nie boleh dipakai untuk pembayaran minyak dan juga pembelian barang kedai. Yes, tidak terhad kepada pembayaran minyak shj. Ramai yang keliru tentang hal nie, so aku harap semua paham sekarang.
Penebusan point pulak boleh dilakukan untuk pembayaran minyak atau barang kedai. 100 point bersamaan RM1.
So sebelum korang bayar tu, cakap dekat pekerja nak check balance point. Kalau banyak, korang tak payah pakai cash instead just guna point. Dan point jangan diperam lama2. Sebab akan ada tarikh expired. So better guna dari rugi point.
4. Penggunaan kad kredit/ e-wallet.
Korang boleh pakai both of them cuma bila nak bayar tu, tolong masuk ke dalam kedai untuk memudahkan urusan. Jangan ke window pay kalau nak guna dedua bende alah tu.
Sebab kalau guna kalu bank/kredit, korang kene isi no pin. Kami tiada paywave, hanya debit. Dan e-wallet kan kene scan bar code, so better masuk dari guna window pay.
5. Sebut dengan jelas amount dan nombor pam.
Haaa.. nie last point aku. Bila anda dah bergerak ke window pay, pandang atas dulu dan tengok anda di pam berapa. Lain pam lain susuan nombor.
Lagi satu, sebut dengan jelas anda nak minyak Kuning (ron95), Hijau/Merah (ron97), atau Diesel. Jgn assume kami tahu anda pakai minyak apa. Kalau anda tak cakap minyak apa, automatik kami akan set minyak biase iaitu minyak Kuning.
Andai anda terlupe nak cakap, just angkat pam warna apa yang anda nak guna dan mesin cashier akan notify kami anda nak minyak apa. Tunggu dalam 30 saat, kami akan tukar dan set kepada minyak yang anda nak. Tak perlu nak angkat dua2 nozel. Kejap kuning kejap hijau. Angkat je salah satu.
Kalau lama sangat, letak semula dan angkat lagi sekali warna yang sama. Kalau tak pekerja akan keliru anda nak warna apa.
Tak boleh nak marah kami sebab anda tak nyatakan dengan jelas anda nak warne apa. Kalau nampak orang ramai beratur tu, bagi kami seminit dua untuk set up smula. Tak perlu marah2 dan jerit2.
Okay, setakat nie dululah. Ada banyak lagi point aku tapi panjang sangat nanti jenuh korang nak bace. Minta maaf ayat tak sedap sebab jarang dah menulis sejak dah habis belajar nie, hehe. Kalau ada masa lagi, nanti aku buat part 2 untuk sambung point aku.
Terima kasih sekali lagi pada admin. Kalau boleh aku harap penulisan nie di post sebab ramai yang tak jelas benda nie. Terima kasih jugak pada readers. Korang boleh comment soalan kalau ade yang tak jelas.
Akhir kata, layan lah kami pekerja pam minyak dengan hemah dan budi bahasa. Walaupun kami nie hanya pekerja pam minyak, kami juga ade perasaan.
Sekian.
– Haru (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit