Sosial Media

Kau rasa antara Sosial media dekat Malaysia ni mana yang paling kalian suka. Aku sebenarnya agak sama rata. Tapi yang paling utama Facebook dengan Twitter. Instagram ni aku guna kalau nak chill tengok gambar. Manakala facebook dengan twitter ni lebih banyak aku guna berbanding instagram.

Antara facebook dan Twitter pun ada benda yang aku suka dan aku tak suka. Contohnya isu semasa, isu semasa ni aku lebih suka Twitter berbanding Facebook. Bagi aku facebook ni dekat komen terlampau banyak troll. Memang ada komen yang bagus tapi payah. Twitter ni pula lebih “kemas” memanglah ada troll dan komen mengarut juga. Tapi bila baca isu semasa dekat twitter ni lebih senang dengan fungsi search keyword tu semua. Hastag dan lain-lain.

Tapi kalau baca artikel panjang tak kira lah apa dia. Aku lebih suka facebook, baca ayat berperanggan tu memang lebih senang aku nak hadam. Berbanding thread twitter yang kadang aku rasa agak annoying. Apa lagi kau kongsi cerita punya tweet. boleh pula yang tweet tu, kejap eh ada hal kejap lagi sambung. Makan lah berak lah. Jadi kau tengah sedap baca tiba2 stop terus potong stim. Tapi bila kau baca facebook. Boom! Sekali baca terus habis.

Tapi yang paling aku kurang minat tentang facebook ni sekarang hal komen tu je. Bagi aku komen dekat facebook ni agak “kanser” kau baca pun tak best. Dan ulang benda sama, itu tak masuk troll lagi dan komen mengarut. Twitter ni pun ada juga yang mengarut reply tweet dengan quote tweet tu. Tapi banyak tweet yang aku rasa memang sangat bgus berbanding facebook. Tapi sebenarnya lebih kurang je dua-dua ni.

Kalau komuniti macam mana pula. Komuniti aku lebih suka facebook sebab fungsi rakan dalam tu. Kau boleh komen like gambar dan banyak lagi kalau nak chat pun tak ada masalah antara kena layan je tak. lagi satu friends dekat facebook ni kau boleh jadikan kawan dalam kehidupan sebenar. Aku berapa ramai yang awalnya kawan dekat facebook je. Tapi dah setahun dua berbalas komen last2 ada jumpa berkawan dekat luar dengan tenang. Twitter ni bagi aku payah, memang lah ada tapi payah. Lain lah kalau kau tu tweet famous confirm orang nak jumpa kau.

Tapi pengguna facebook sendiri tahu twitter ni macam mana. Memang twitter ni bebas maksud aku bebas tu diorang boleh luah kan dan tunjuk apa sahaja. Contoh kau nak declare kau gay lesbian trans etc. Teruskan, sebab twitter ni memang ramai kebanyakkan support benda ni. Tapi dekat facebook tak boleh . Hal sembang seks dekat twitter ni pun merata ada. Hal confession lagi lah, aku tak tahu kenapa diorang suka confess hal seks dekat twitter. Facebook pula selalu confess hal suami isteri. Jadi biasa page atau twitter yang macam melampau ni. Aku elakkan

Jadi korang tahu yang twitter ni dia punya community dalam tu unlimited. Facebook pun sebenarnya unlimited juga tapi ada beberapa benda dekat twitter yang orang agak tak berani bawa ke facebook. Tapi sekarang banyak post dari twitter bawa ke facebook. Sebab twitter ni bagi aku kalau kau nak cari benda kelakar twitter ni lagi best. Facebook ni, aku kadang-kadang tengok orang malaysia cuba meme macam tak sesuai pula. Sarcasm pun tak sampai. Tapi dekat twitter mudah je kau nak dapat.

Tapi kalau nak chill, nak elak baca benda itu lah ini. Gaduh sini gaduh sana aku pergi instagram. Balik2 komen atau tweet politik padahal post tu tak kena mengena dengan post je. Jadi bagi aku baik facebook atau twitter ada baik dan buruk. Tapi sekarang ni facebook bagi aku dah macam making kurang, banyak sangat post “kanser”. Jadi aku sekarang lebih memilih ke twitter. Nampak post mengarut aku report terus.

Dan lagi satu sebab facebook ni banyak “makcik, pakcik” aku bukan anti ke apa. Cuma kalau kau baca post atau komen diorang aku rasa macam geram je dah lah tak ada kena mengena lepastu lari maksud. Balik balik “pengalaman”. Aku tak tahu kenapa makcik pakcik ni macam payah nak terima kata-kata orang muda.

– Mizal

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *