Sosial, Stress Dan Sedih Berpanjangan

Assalamualaikum dan hai kepada semua pembaca iiumc. Aku nak cakap terima kasih bebanyak kat admin iiumc kalau confession aku ni dipublishkan.

First thing first, nama aku Along, seorang remaja perempuan yang sedang menyambung pelajaran di peringkat asasi di sebuah IPT di Semenanjung Malaysia dan aku berasal dari tanah Borneo. Tujuan aku tulis benda ni tidak lain dan tidak bukan hanya untuk meluah apa yang aku rasa sejak aku masuk uni. Aku nak mintak maaf kalau penulisan aku ni tak menarik dan ayat aku sedikit berterabur.

Sebelum aku mula, aku nak bagitau yang hubungan aku dengan kawan-kawan sekolah menengah aku sangatlah rapat dah macam lebih dari adik beradik dan aku sayang dorang sangat-sangat. Diorang la yang banyak ajar aku macam-macam dari bab study sampai la bab agama, bantu aku berubah jadi manusia yang dekat dengan agama. Kiranya diorang la penyebab aku rasa bahagia gila kat dunia ni selain dari parents dan keluarga aku.

Sebahagian readers mungkin akan anggap aku ni childish la or tak boleh move on dari diorang la tapi tak pe, sebab bagi aku bila kita dah sayang seseorang tu, even dah jauh antara satu sama lain, kita tetap akan ingat, rindu dan sayang diorang. Bagi aku, ini lah ukhwah, bila kita berkawan atas landasan agama dan saling memperingati antara satu sama lain.

Jujur aku kata, tiga hingga empat hari berturut-turut aku nangis sejak aku masuk uni. Dan hampir setiap dua hingga tiga minggu sekali sampai sekarang (sem 2), aku masih lagi nangis sebab rindu dengan diorang dan zaman sekolah aku.

Untuk pengetahuan korang, dari sekolah aku, aku sorang je yang masuk uni kampus ni sebab lain2 majoriti nak sambung course agama, Ting 6, dip dan matriks. Aku sangka aku akan okay, boleh survive kat sini sorang2, tapi tanggapan aku salah sama sekali. Aku tak boleh! Kalau boleh pun, susah! Merangkak aku.

Macam entah apa2 je kan aku kata aku selalu nangis macam budak-budak kan. Tapi tu la apa yang aku rasa. Masa mula2 aku selalu rasa lonely sebab aku tak de kawan. Dengan rumet2 aku pun aku segan gila dan dorang pun masing2 dah memang ada kawan sendiri sejak sekolah menengah. Tambah2 lagi diorang selalu balik rumah sebab dekat je.

Even parents aku dah pindah ke semenanjung atas urusan kerja, tapi uni dan rumah baru aku lain2 negeri, so aku tak la balik kecuali cuti seminggu++. Masa diorang balik rumah la selalunya aku akan nangis sorang2 kat bilik. Pernah jugak aku nangis mase dorang ada kat bilik. Tapi azabnya tahan suara dan nafas tu masa nangis sambil tekup muka dengan bantal, allah je yang tau.

Sampai satu tahap, aku paksa diri aku untuk bergaul, berkawan dan bersosial walaupun aku ni introvert sebab aku nak hilangkan rasa lonely yang melampau tu. Orang yang tak kenal aku, dorang akan anggap aku ni pendiam la or anti-sosial, tapi sebenarnya kalau aku dengan kawan sekolah aku, aku lah paling bising dan sebagainya. Aku cuma reti gaul jadi diri aku sendiri bila dengan dorang je sebab kitorang dah kenal lebih 6 tahun dah, dan ada yang sampai 12 tahun.

Bukan aku nak kata yang aku tak suka gaul dengan rumet2 dan classmate2 aku. Tak. Bagi aku dorang baik sangat, takde sorang pun yang toxic. Cuma aku je yang takut, paranoid nak bergaul dengan orang baru, aku introvert sangat2 dengan orang baru. Aku tau banyak pasal dorang, tapi pasal aku, aku tak pernah cerita. Bila dorang tanya baru la aku jawab.

Kadang2 aku rasa bersalah bila have fun dengan diorang sebab aku takut kalau aku ‘curang’ dengan bestfriends aku walaupun diorang pun dah ada kawan masing2 kat sana. Aku tau bunyinya agak pelik tapi aku try untuk positive sebab aku tau cara aku ni tak betul.

Aku selalu jealous dengan orang2 yang ada kat uni aku ni terutama rumet2 bila diorang ada kawan rapat nak pegi outing la, join program la, having fun together la. Tapi aku tak da semua tu. Aku selalu sorang2. aku selalu rasa lonely. Bagi aku uni aku ni la uni paling best sebab banyak program best dan dekat dengan bandar, tapi kurangnya satu, aku tak ada kawan2 nak pegi program2 dan tempat2 best tu.

Dan akhirnya aku lawan perasaan introvert aku ni dan cari kawan rapat dalam kalangan classmate walaupun dengan cara aku tak jadi diri aku sendiri. Alhamdulillah, ada lah 3 orang yang paling aku rapat. Dalam kalangan rumet pun sama, aku paksa diri aku untuk selalu tegur diorang, cakap dengan diorang, ucap hai bye setiap kali aku atau diorang keluar/masuk dari bilik. Bila aku rasa diorang dah boleh terima aku, dah boleh faham macam mana habit aku, aku mula tunjukkan true colour aku sikit2.

Trust me, aku google tau cara2 nak bergaul dengan orang sebagai seorang introvert. Ha ah, aku search kat google weih! Sekarang aku dah rasa lebih selesa nak bercakap dengan diorang tapi tak sampai nak meluah pasal cerita dan masalah peribadi lagi walaupun sekarang dah masuk Sem 2. Setakat ni, aku baru 3 kali keluar outing.

Ya, sepanjang sem 1 (5 bulan+), baru 3 kali weih. 2 kali pegi dengan rumet, sekali pegi dengan classmate. Aku selalunya duk bilik je huhu. Sunyi. Tapi lama2 aku jadi selesa pulak dengan perasaan sunyi tu. Entah la. Aku cuma ada kawan untuk borak dan bercakap je. Tapi kalau nak luah dari hati ke hati, someone that I trust the most tu tiada. Aku susah nak percaya orang. Paranoid!

Belum masuk cerita aku stress dan rasa sedih yang memanjang. Baru masalah social (benda yang paling aku takut kalau pegi tempat baru) yang baru aku bukak. Jujur aku kata, masa exam mid term, result aku teruk gila sampai ada yang gagal, dapat E!. Sebab aku tak dapat banyak sokongan terutama dari bestfriends dan parents sekali. Wish dan support melalui call dan chat wasap tu tak cukup bagi aku. Selama ni, aku dapat achieve semua kejayaan aku pun sebab dorang selalu support right beside myself.

Sejak dapat result yang teruk gila tu, aku rasa down. Down sangat2 sampai rasa nak sakitkan diri sendiri, nasib aku masih waras, seminggu jugak la aku nangis, aku tak pernah bagitau parents aku pasal E aku tu. Dekat seminggu tu aku rasa murung gila. Makan tak selera even aku lapar. Yang aku tau cuma baring, tidur berjam2 lama dari biasa sebab bagi aku, mimpi aku tu lagi indah dari realiti yang aku kena hadap sekarang ni, dan gi kelas termenung ja even mata kat depan.

Perkara ni, pasal result aku, pasal semua benda yang terjadi dekat aku, bukan aku tak pernah luah dengan best friends aku. Aku selalu citer dekat wasap jelah, kalau tak pun call. Tapi beza luah face to face dengan luah cara camtu. Aku pun tak nak diorang selalu risau pasal aku, aku tak nak diorang nampak aku macam sakit dan menderita.

So caranya, kalau aku join apa2 program ke (even sesorang) outing ke, aku akan post kat status wasap yang cuma diorang je boleh nampak dan acah2 aku okay dan tengah seronok bergembira walaupun sebenarnya aku tak rasa bahagia pun.

Dalam hidup aku, aku tak pernah rasa stress even masa aku SPM dulu. Semuanya sebab diorang, kawan2 sekolah lama aku, best friends aku, dorang yang buat aku bahagia, rasa syok stiap kali pi sekolah, bila cuti pun rindu nak gi skolah. Tapi sejak masuk uni, hidup aku berubah 360 darjah, sebab apa? Sebab diorang tak da dengan aku kat sini. aku dah mula rasa stress, ya allah, begini rupanya perasaan stress. Azabnya ya allah. Sakit sangat.

Belum masuk aku tetiba rasa sedeh yang mendalam time nak dekat2 dengan final. Selalu ingat pasal diorang ja, sampai aku rasa menyesal sebab masuk uni ni dan bukan dengan dorang. Tapi tu la, lain orang lain impian. Aku da mula susah nak concentrate. Tapi aku paksa, bila aku paksa, aku stress. Bila aku stress, soal kesihatan aku langsung aku tak jaga. Yang aku tau masa study week tu cuma study, study, study je.

Kadang tido atas meja study. Aku kena kerja keras sebab result mid term aku dulu teruk. Carrymark aku pun rendah. Tak sampai pun 40 dari 50 pun. Mid term aku ada E, ada C. Tapi cita2 aku besar. Nak bawak pegi mana dengan result macam entah apa2 tu.

Nak dekat2 final tu la makin kuat aku punya rasa sedih, aku pun tak tau kalau ni adalah depression atau tak. Yang aku tau aku stress, penat, lapar, tak cukup tido, study pun kadang tak masuk. Tapi aku paksa sampai aku tetapkan kat diri aku, selagi aku tak habis study satu bab tu, aku tak boleh makan.

Kan best kalau diorang ada, tak la aku jadi macam ni. Result sentiasa okay even tak gempak 4 flat pun tak pa. Perut tak lapar memanjang, nak outing boleh pegi selalu, tak stress, tak rasa sedeh. Happy memanjang, enjoy dengan zaman student aku. Kadang aku rasa macam diri aku ni tak berguna, kadang rasa nak putus asa, nak sakitkan diri aku sendiri sebab aku dah tak tahan.

Tapi aku redah je, sebab aku tak nak kecewakan parents aku, keluarga aku, kengkwan aku yang letak harapan tinggi pada aku. Semua aku buat ni untuk dorang, even aku sakit pun tak pa. Aq cuba positive kan lagi diri even susah yang semua sakit ni kejap je sebab dorang dah buat banyak untuk aku. Tiba masanya aku balas balik jasa dorang kat aku selama ni.

Akhir kata, 2019 adalah tahun paling azab sekali bagi aku sebab semuanya start berubah. Pada kawan2 aku yang mungkin baca confession aku ni. Aku nak korang tau yang aku sayang sangat kat korang. Doakan lepas aku habis belajar kat sini, aku dapat sambung degree dekat dengan korang so kita boleh selalu jumpa. Yeah!

Sekian, terima kasih kepada readers sebab sudi baca sampai habis. Doakan aku bahagia tau. <3

– Along (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *