Spacedollah & Yakjuj Makjuj

Salam, hai, kalini aku nak tegur perangai korang yang bash Spacedollah dengan Yakjuj Makjuj tu.

Aku tengok bila Spacedollah update video pasal ilmu sains atau apa2 bersepah komen perli dia pasal Yakjuj Makjuj.

Sebab podcast haritu jemput Spacedollah, bila dekat part Yakjuj Makjuj dia seolah2 tak dapat nak explain atau memang berlakon tak tahu.

Sedih tengok netizen tunjuk perangai toksik masing2. Macam ilmu tu dah sampai tahap ilmu Tuhan. Kita mengaji sampai mati pun ilmu takkan habis2.

Aku bukan penjilat Spacedollah, cuma aku rasa kesian tengok dia sekarang ni.

Kalaulah lepasni takde update apa2 video akedemik dia, korang nak gali dekat mana lagi?

Sekolah pun ponteng. Kelas sains tak masuk. Matematik pun fail. Mengaji agama setakat nak lulus paper exam PAI. Hmmm.

Hargai siapa pun yang sebar ilmu walaupun zahir orang itu “kafir”.

Hargai dengan cara kita tak menghina, tak merendahkan dan apa sahaja perangai yang buatkan orang tu sakit hati.

Kalau terasa dengan confession saya ni, saya minta maaf ye. Maafkan saya.

– Siman (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *