Assalamualaikum semua. Tujuan saya confess dekat sini adalah untuk mendapatkan nasihat & teguran dari kalangan orang-orang yang positif, kerana saya percaya pembaca di page ini dari kalangan orang yang berilmu dan berpengalaman.
Okay, saya kenalkan diri. Saya seorang isteri, mempunyai 2 orang anak, berumur awal 30-an dan berkerjaya.
Saya sudah berkahwin hampir 6 tahun, pernah diceraikan dengan talak 1 kerana sifat baran dan ketelanjuran kata-kata suami. Tetapi, kemudian kami rujuk semula kerana memikir anak-anak yang masih kecil & suami menyesal dengan perbuatannya.
Panas yang disangka sampai ke petang rupanya hujan di tengah hari, suami kembali ke tabiat lama.
Kembali melepak dari tengah malam hingga ke subuh, minum ketum, berkawan dengan geng acah-acah hobi kami mahal, melepak dengan orang yang kerja & perangai tidak semenggah (maaf jika kurang sopan), mulut kembali kerap memaki, dan beberapa kali naik tangan dengan saya.
Geng melepak suami ramai yang bekerja sendiri & ikut waktu sendiri untuk bekerja, makanya suami pun terikut- ikut masa untuk mereka melepak dan itu menjadi masalah buat suami & saya.
Bila dia melepak hingga ke awal pagi, hampir masuk waktu subuh baru dia nak tidur dan memang payah untuk saya kejutkan dia untuk berkerja.
Saya menjerit macam tarzan pun dia tidak akan bangun, sudahnya saya yang lambat pergi kerja sebab nak pastikan dia bangun dari tidur dan bersiap untuk berkerja, at last saya pagi lagi mood sudah hilang.
Puas sudah saya merayu, melarang suami untuk keluar malam during weekdays, tapi ada saja alasannya.
At the end, kami bergaduh dan bertumbuk. Suami saya selalu tidak hadir ditempat kerja atas alasan MC & EL sebab bini or anak sakit, padahal bantai tidur sampai petang.
Sekarang ni pihak atasan tempat kerja suami memandang serius masalah kedatangan suami dan baru-baru ni saja boss suami siap call saya dan datang ke rumah mencari suami.
Malu saya dengan orang tua saya, memandangkan kami tinggal di rumah orang tua saya. Tapi suami saya tetap dengan egonya, mengatakan boss sengaja memperbesarkan hal ini, sedangkan ramai lagi rakan sekerjanya buat perangai.
Puas saya nasihat dan tegur suami tapi at the end kami bergaduh besar dan bertumbuk lagi.
Kami bertumbuk sebab suami naik tangan dengan saya, and saya memang tidak boleh berdiam diri lagi jika ada physical touching pada diri saya,
Setakat mulut yang berbisa saya boleh ignorekan lagi. Saya perlu pertahan kan diri & masa ni la untuk saya praktikan martial art yang pernah saya belajar.
Suami memang jenis orang yang tidak boleh ditegur. Apabila dalam keadaan marah atau ketika kami bergaduh, suami akan mengungkit segala hal dan meletakkan kesalahan dan keburukan pada orang lain.
Kadang kala suami juga tanpa rasa malu dan bersalah mengutuk & memaki orang tua saya, tanpa sedar yang diri itu berpijak dan menumpang di rumah orang tua saya.
Dia juga pernah menghalau mak cik saya yang sering bertandang ke rumah. Seolah bila dia dalam keadaan baran dia sudah hilang hormat pada orang sekeliling.
Saya betul-betul rasa koyak dengan sikap suami. Jika ada saudara mara datang kerumah, jangan harap suami mahu beramah mesra, bersalam pun dia tidak mahu.
Hanya terperuk saja dalam bilik tidak keluar. Kenduri kendara juga begitu baik pada belah keluarga saya mahupun belah keluarga dia, susah untuk turut serta ada saja alasan dia. Tapi jika jemputan dari kawan-kawan dia, utara selatan pun dia sanggup pergi.
Saya kesian pada anak-anak saya yang kurang perhatian dari ayahnya. Bayangkan balik rumah dari kerja apabila anak sudah tidur, balik hanya untuk mandi, makan, melihat muka saya tidak sampai 20 minit kemudian keluar semula untuk melepak.
Waktu pagi anak-anak dah bersiap untuk ke rumah pengasuh, suami masih belum bangun tidur. Suami tiada skandal diluar, tapi dia memang suka melapak di luar macam orang bujang.
Saya selalu curi-curi check handphone suami dan memang benar dia keluar dengan kawan-kawannya bukan dengan ‘orang lain’. Saya sudah tidak tahu hendak buat bagaimana lagi.
Puas saya nasihat, tegur, dan berdoa setiap kali selepas solat agar tuhan lembut kan dan bukakan pintu hati suami untuk berubah.
Banyak kali juga saya terfikir untuk bercerai, saya sudah tiada lagi rasa cinta, tiada lagi spark. Yang ada hanyalah rasa hormat dan sayang padanya sebagai bapa kepada anak-anak saya.
Saya buat segalanya yang terbaik untuk dia, saya sediakan makan pakainya (bahan makanan semua saya beli dengan duit saya sendiri. Suami beli? Boleh dikira dengan jari),
Bila dia tidak cukup duit setiap tengah bulan saya top up kan, pendek kata zahir batin saya sediakan untuk dia. Tapi begini layanan dan sikap suami pada saya.
Setakat ini saya sendiri buntu, jika ikut kata hati saya nekad untuk minta cerai, tapi orang tua saya melarang katanya kasihan pada anak-anak yang masih kecil.
Tapi saya tidak tahu sampai bila saya mampu bertahan dengan sikap suami yang toxic. Saya memang makan hati & koyak dengan perbuatan suami.
Kadang kala saya terniat untuk menceritakan perangai suami pada keluarganya, tapi bila mengenangkan ibu mertua saya tidak sihat dan emosi nya yang tidak boleh terganggu, saya pendamkan saja niat itu.
Saya harap saya akan terus kuat, mengharapkan keajaiban dan perubahan yang positif berlaku dalam perkahwinan saya.
Saya harus bersedia untuk segala kemungkinan yang akan berlaku. Harap juga saya dapat kata-kata nasihat dari pembaca yang budiman dan berilmu untuk apa yang perlu saya lakukan dalam menangani masalah ini. Terima kasih di dahulukan..
– Mommy Hana (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit