Hmm entahlah yek, kadang aku terfikir kenapa wujud makhluk yang kurang ajar keterlaluan di muka bumi ni.
Aku Tulip, kerja di sektor gomen sekarang. Aku suka dengan kerja aku, my colleagues ok je semua, bos-bos pun ok.
Yang tak ok, sebilangan perempuan yang lain unit tapi masih sama bahagian, yang kurang ajar dan mulut celupar, tak padan diri tu pembantu tadbir je.
Sorry la ye, aku bukan menghina jawatan tu. Aku ni pun kuli jugak. Cuma aku takleh brain dengan attitude diorang tu.
Kami ni dah arif sangat perangai diorang tu, so memang avoid, tak mendekat & buat hal kami sendiri je. Tapi tetap kena jugak!!
Kalau ikut panas hati, nak je lawan balik mulut celupar diorang tu. Tapi aku malas nak layan spesis IQ rendah ni.
Dalam kalangan member unit aku ada jugak yang emosi, aku tak salahkan dia sebab memang mulut perempuan-perempuan tu macam bangkai.
Terpaksalah aku tenangkan member aku tu sebab bagi aku, tak berbaloi buang tenaga atau stress dengan spesis low class macam tu.
Mesti korang wonder jugak kan, mesti ada sebab kenapa tetibe je kitorang kena macam tu.
Sebenarnya kat bahagian kitorang ni ada pertandingan dalaman, pra-EKSA la lebih kurang. Juri-jurinya dari kalangan pegawai-pegawai bahagian kitorang jugak, pertandingan antara unit.
Cut to the chase, unit aku la menang dan dapat pujian jugak daripada bahagian lain. So kami suspect itulah yang trigger diorang. Tak puas hati dan dengki dan cakap pemarkahan tu unfair.
Entahlah nokkk, dah menang tu mestilah kami happy walaupun dapat hamper je, tidaklah dapat duit berjuta pun.
Dan bila ada meeting bahagian, SUB puji unit kami, takkan kami nak tunjuk muka sedih, senyum la masing-masing. Ehh terus terdengar kat telinga ni, ‘ingat hebat sangatlah tu, senyum pun macam monyet’. Allah…
Aku ni dah kerja 20 tahun dalam servis, faham dan mengakui memang ada spesis macam ni, kat mana-mana pun.
Kita dah menghindar, tapi kalau dah sama bahagian, tetap akan bertemu jugak. Memang kena kentalkan hati dan set dalam otak, diorang tak penting pun dalam hidup aku.
Aku pun ada cara tersendiri agar tak mudah rasa sakit hati bila terkena macam ni.
Tapi kawan aku cakap cara aku ni kejam dan macam body shaming jugak. Aku lantakkan aje, asalkan aku tak sampai tahap membunuh orang.
Mak aku selalu pesan dulu-dulu, kita ni biar rupa tak cantik asalkan perangai molek. Ini dah la muka hodoh, perangai pun hodoh, lagilah orang benci.
So mekanisme pertahanan aku, aku buat analogi macam tu la. Sebab yang mulut-mulut celupar tu diorang badan gemok, pendek dan hitam, markah tambahan pulak sebab diorang celupar kan, memang mendapat la.
Jadinya setiap kali diorang biadab dengan aku, aku cepat je set dalam otak, ‘oh mereka serba kekurangan dan tak educated, tak usah ambil hati ye Tulip, losers memang insecure’.
So aku ok, aku ignore je diorang dan aku happy je dengan life aku.
Maaflah readers, bukan niat aku untuk menghina, tapi betul la kata mak aku.
Kalau kau tak cantik / tak hensem tapi perangai kau molek, orang tetap akan suka. Tapi kalau kau cukup pakej hodoh + bodoh + biadab, bagi aku kau adalah manusia paling keji sebab tak sedar diri. Noktah!
– Tulip (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
LEL SAMA JE PENULIS NI, KUTUK BELAKANG 2 X 5 MAK KAU HIJAU
so what spesis kteorng celupar and cakap lepas. ada kaco laki ko ke?? kalau xtahan resign je, buat menyemak je dlm opis. ko sorng jela yg TERPALING!
Kau ke tu yuyu yg celupar pakej gemok pendek hitam tu? Tak baik dowh ckp kt org mcm monyet.
Minta maaf, saya pon dah lma dlm servis ‘gomen’ ni, mmg bnyak jer species yg macam ni, x kira la jwtn or gred apa pon, jgn xtau, yg gred tinggi pon ada prangai mcm org x sekolah ni, silap2 org yg x skolah pon lagi ‘brtamadun’ dari depa ni.. mmg org2 camni x bule ‘lawan balik’ on the spot, nt lg haru dibuatnya.. org2 camni kna ‘hajar’ dgn cara yg ‘professional’ jer.., baru diorang tu nmpak mcm org yg asal dari ‘zoo’ je.. caranya, tingkatkn lagi ‘prestasi’ u all, capai lbh bnyak ‘kejayaan’ n klaw buat inovasi yg buat bos ‘bukak mata’ & lbh sayang kpd u all.., mmg la agak ‘sukar’ tp x mustahil.. klaw bule mse lps menang tu, u all buat mkn2, or buat ‘open table’ di restaurant mne2, collect la sorang ckit, ajak bos skali ke, then u all buat ‘baju koporat’ u all sendiri, or pegi buat excursion (lawatan sambil melancong) di hujung minggu ke.., mng lagi ‘berbulu’ la mata diorang bla tahu u all lg bertambah ‘maju kedepan’, n bersatu hati, compared to them yg masih d takuk lama, dgn kemahiran ‘membawang’ je yg terserlah.. lama2 nt, taulah diorang nk ‘senyap’ sbb sedar akn kekurangan diri sendiri, whereas u all x rugi apa2 pon, malah lbh beruntong, sbb dpt mngeratkan tali ‘Silaturrahim’ dlm unit u all sendiri.. wallahu a’lam.. gud luck
Bertabahlah dan abaikan semua tu. Yang penting hasil kerja kita berkualiti. My mom pon selalu pesan hati-hati dalam berkawan, bukan semua orang kita boleh percaya.
Teruskan usaha u untuk tingkat kan kualiti kerja. Bak kata Prof Muhayya jangan kita biarkan diri kita di basement tahap bawah sekali.