Spesis Yang Tak Reti Beri Nafkah

Assalamualaikum dan Hello,

Sebelum saya kena chop feminazi, saya nak buat disclaimer dulu. Saya bukan feminazi dan saya sudah berkahwin. Ada anak seorang. Confession saya ini untuk meluahkan rasa tidak puas hati terhadap spesis lelaki yang tidak bertanggungjawab. Bukan semua lelaki macam tu. Dan memang ramai lagi lelaki yang baik. This confession is just for the species that I am about to mention later.

Disclaimer 2 : Ada ciri-ciri humble brag. Siapa yang nak termuntah baca orang humble brag boleh berhenti baca sekarang.

Saya bukan lah dari keluarga yang kaya. Kami golongan keluarga ‘pemakan gaji’. Suami saya pun dari keluarga yang sederhana. Dia kecundang semasa semester kedua degree dalam Engineering. Sebelum tu dia dah ada diploma. Lepas kena dismiss dia terus kerja dengan construction site. M&E Work supervisor macam tu. Gaji RM3,000 sebulan.

Saya habis sampai degree. Jadi gaji saya memang lagi tinggi. Acah-acah Engineer. Hampir double dari dia. Namun, dia tak pernah pun meletakkan sepenuhnya beban perbelanjaan rumah pada saya. Kami separuh-separuh dalam semua benda kecuali barangan runcit dan bil. Barangan runcit, bil dan makan semua dia yang bayar.

Kami menyewa dirumah sendiri dan duduk di pinggiran Kuala Lumpur.

Dalam kepala otak saya selalu fikir, pandai betul dia manage duit. Mana nak beri pada saya. Nak beri pada mak dia. Nak bayar itu ini dan duit belanja dia lagi. Saya yang gaji lagi besar pun hujung bulan mintak ‘advance’ dari suami saya. Hehe. Malu minta tapi mahu.

Masa mula-mula nak kahwin, saya ragu-ragu yang dia boleh tanggung saya. Persepsi budak mentah la katakan. Tambahan pula kawan-kawan semua kahwin dengan orang yang ada degree. Itu persepsi saya dulu. Sekarang saya dah nampak, degree atau diploma, engineer atau technician, kaya atau miskin bukanlah kayu ukur yang seseorang itu akan jadi suami yang bertanggungjawab.

Confession saya ini based on true story. Yang kawan-kawan keliling saya hadapi. Sketsa realiti yang jauh dari drama-drama TV3.

1. Spesis tak reti nak kerja dan duduk tak buat apa di rumah :

Spesis ni tak kerja sebab kena buang(ekonomi meleset), berhenti sebab bergaduh dengan boss atau memang tak nak cari kerja. Dalam keadaan tak bekerja, spesis ni boleh lagi buat selamba duduk rumah tak buat apa. Main game, layan internet dan tengok TV. Masih mengharapkan bini settlekan semua kerja rumah selepas balik kerja.

Ada yang saya recommend untuk buat kerja admin on contract di pejabat saya. Tapi menolak. Katanya apa kelas ada degree buat kerja kerani. Ada juga memperlekehkan kerja yang saya nak offer tu. BTW, kerani saya sekarang pun degree holder. OK je.

Yang paling buat saya menyirap, anak-anak masih hantar ke taska. Kalau tidak dapat bekerja dan menyumbang dari segi kewangan, boleh tak menyumbang dari segi tenaga? Saya tak pernah dengar housewife yang hantar anak dia ke taska, tak masak dan tak kemas rumah. Kenapa kamu tak boleh jadi house husband? Ada je housewife yang ada master PhD. Kamu yang takat degree ni tak boleh pegang penyapu dan sudip?

Saya ada seorang kawan yang suami dia jadi house husband beberapa bulan. Masa harga crude oil jatuh dan ramai orang hilang kerja. Tapi dia tak kisah. Sebab segala urusan rumah tangga termasuk anak suami dia uruskan. Jadi taska untuk 3 orang anak tak perlu bayar untuk beberapa bulan. Makan dirumah hari-hari suami masak. Kompromi dan toleransi.

2. Spesis ada kerja tapi hidup macam orang bujang.

Spesis ni memang kesian kat isteri dan anak-anak. Tak hulur duit kat bini. Duit gaji yang dia dapat tu memang untuk diri sendiri. Dengan anak-anak dan isteri punyalah berkira. Bila isteri minta dia kata isteri mata duitan dan kuat mengungkit.

Duit untuk keperluan tak ada. Tapi duit untuk kemahuan dia ada pula. Handphone nak canggih. Kereta nak kena tuning. Upgrade speaker. Tambah accessories itu ini. Tapi makan KFC pun bini bayar. Tiap-tiap kali makan bini sahaja yang bayar.

Yes. True story. Ada kerja. Ada gaji. Tapi rumah, makan minum, pakai dan segala bala perbelanjaan rumah ditanggung isteri seorang. Tak ada perasaan ke? Rasa bersalah? Rasa macam parasit?

Buat masa ni saya baru jumpa dua spesis ni. Saya harap dua orang kawan saya tu tabah.

Dari segi kerja rumah, saya nasihatkan, berbahagilah kerja. Terutama sekali kalau isteri tu bekerja. Bila isteri kamu tu tidak terlalu letih, sempat lah dia melayan kamu nak makan apa. Masak yang special sikit. Dapat lah dia melayan kamu dengan penuh tenaga. Untuk kebaikan kamu juga. Ini, bila isteri tak melayan, terus cari spare part. Spare part kamu boleh la melayan. Tak perlu uruskan makan pakai kamu. Uruskan bab berdating dan bermaksiat sahaja.

Semoga Allah jauhkan kita semua dari lelaki yang tidak bertanggungjawab untuk dijadikan suami dan perempuan yang tidak bersyukur untuk dijadikan isteri.

– Avid Listener

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit