Assalamualaikum pembaca IIUM Confession sekalian.. sekadar berkongsi kisah benar yang berlaku pada anak saya sendiri di asrama semalam (30.11.2021).
Sebelum diteruskan, anak-anak saya dikurniakan deria keenam sejak dari kecil. Seorang dinampakkan ‘mereka’ yang baik-baik. Manakala seorang lagi dinampakkan ‘mereka’ yang menakutkan.
Hingga kini, saya tidak pasti siapa lelaki yang sentiasa mendampingi dan menjaga anak saya Aysar (bukan nama sebenar)walau di mana dia berada.
Kisahnya, seminggu sebelom masuk ke asrama, anak saya didatangi mimpi lelaki tua yang sama, berbisik dan berpesan ‘hati-hati’. Anak saya terjaga, anak saya buka mata, lelaki tua tersebut ada depan mata dan hilang.
Kemudian sehari sebelum masuk asrama, dalam perjalanan ke kampung (Aysar belajar di kolej yang terletak di kampung saya), sekali lagi ada sesuatu berbisik di dalam kereta pada Aysar, ‘hati-hati’.
Sesampai di rumah mak saya, lelaki tua itu muncul lagi, hanya memerhati dari jauh. Dan Aysar kata, sekali lagi dia terdengar bisikan ‘hati-hati’. Tapi saya kata diamkan, dan dengar sahaja. Aysar menurut.
Mari kita mulakan…
Dari yang diceritakan anak saya dan cikgu anak saya. Saya satukan.
Kitaorang semua tengah dalam bengkel. Tiba-tiba ada sorang budak perempuan menjerit macam kena histeria dari kelas lain.
Tiba-tiba Aysar pening. Macam terlelap.. Lama-lama Aysar nampak ada benda tengah mencangkong dalam bilik air. Tak nampak muka. Dan no 7 (tak tau apa kaitan no 7).
Aysar call nenek. Nenek kata cuba buat tak peduli dan azan. Aysar cuba sekali azan. Terasa berat. Sangat berat.
Yang berpakaian serba putih bersilih ganti dengan yang berpakaian buruk dan rupa yang hodoh, muncul.. badan terasa amat berat. Aysar berhenti.
Cuba azan kali kedua, semakin berat. Semakin banyak yang menakutkan datang dari pelbagai arah.
Aysar semakin takut. Terus duduk di lantai, peluk kaki yang dirapat ke dada, dan genggam hp yang dipegang dari tadi sekuat hati.
Satu badan menggigil ketakutan. (Cikgu kata ketakutan yang amat sangat), berpeluh menahan takut yang sukar digambarkan. Terlalu berat dan sangat rasanya. Terlalu sakit. Dan Aysar keras kan badan.
Aysar rebah.
Masa ni, cikgu ceritakan pada saya, apa berlaku pada anak saya.
Sebelum rebah, Aysar ada bagitau ustaz di mana benda tu berada. Tingkat berapa, toilet yang mana dan pintu nombor berapa, juga no 7 yang tak diketahui maksudnya. Memang betul ada di sana.
Kemudian Aysar rebah. Dibawa kawan-kawan dan cikgu ke rumah ustaz.
Untuk elakkan dari berjangkit ke kawan-kawan lain. Ustaz memulakan rawatan.
Dalam masa yang sama, ustaz yang rapat dengan keluarga kami, sejak dulu lagi, bantu dari luar asrama. Aysar dah dianggap macam anak sendiri. Lama juga.. semasa sedang dipulihkan, ustaz di asrama menguis-nguis bahu dan kaki.
Aysar sedar dan dia kata nak muntah. Cuba tapi tiada apa yang keluar. Cuba lagi. Hingga longlai. Aysar diberi air dan rehat.
Rupanya benda tu diseru. Diseru pelajar lain yang bermain spirit of the coin. Pelajar dari dorm lain. Allahuakhbar.. natijahnya pelajar lain yang terkena.
Malam tu, majlis bacaan Yaasin diadakan di surau asrama. Kata ustaz benda tu mengamuk dan marah, kerana memanggil yang di luar masuk ke dalam kawasan asrama.
Oh ya.. ada 2 pelajar perempuan lain yang histeria, dan dihantar balik.
Manakala Aysar sentiasa ditemani kawan-kawan lain dan ustaz yang merawat Aysar. Hingga kini, kata Aysar badan terasa letih. Penat sangat, sakit semua badan.
Nasihat saya pada anak-anak lain yang duduk di asrama. Tolonglah… kami ibu bapa risau jika berlaku apa-apa pada anak kami.
Jangan sesekali bermain dengan spirit of the coin atau sebarang permainan yang memuja-muj.. Saya ada tanya pada Aysar, adakah dia turut sama bermain permainan tersebut.
Katanya tidak. Kawan-kawan lain juga mengatakan tidak. Cikgu juga kata anak-anak yang bermain telah dipanggil dan saksikan apa natijahnya pada kawan-kawan lain. Mereka juga mengatakan Aysar tidak terlibat.
Mohon doakan anak saya kuat, kembali sihat (sekarang demam)dan mampu menyelesaikan peperiksaan yang bakal dihadapi minggu depan.
Saya ada berhubung dengan anak saya tu. Katanya ibu jangan risau, dia kuat.
Cuma terkejut itu kali pertama rasa terlalu takut. Saya juga ingin bertanya pendapat jika ada sesiapa yang berpengalaman seperti saya, anak-anak yang terbuka hijabnya.
Siapakah lelaki tua, tinggi, berjubah putih, berjanggut panjang putih, bertongkat, bercahaya dan tidak nampak muka itu. Adakah sesuatu yang diberi atau didatangi sendiri.
Saya yakin, hal ini berpunca dari masjid yang kami singgah pada hari jumaat semasa Aysar berusia kurang setahun. Wallahualam.
Terima kasih admin kerasa siarkan. Moga jadi pengajaran.
– Ibu Aysar (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit