Assalamualaikum dan salam sejahtera pada warga IIUMC sekalian. Saya bahasakan diri saya kepada kakak dan abang2 dalam ni sebagai “aku”. Baru ada feel nak cerita. Hehe.
Aku berumur 17 tahun dan sekolah menengah aliran agama di selatan tanah air. Apa yang aku nak ceritakan ialah pasal perkara yang seboleh2nya dielakkan oleh pelajar2 tingkatan 5 iaitu SPM.
Perkara tu bagi aku adalah penentu diri aku untuk sambung belajar atay stay di takuk yang lama. (apa2 pun segalanya di bawah kekuasaan Allah)
Aku risau sebab aku akan hadapi SPM awal bulan 10 nanti. Tapi bukan tu aku risaukan, tapi aku risau kalau aku dapat keputusan teruk. Aku ni dah macam hilang identiti diri.
Apa yang aku nampak kat Malaysia ni SPM cemerlang je yang pandai. Orang kerja buruh bagi aku tak ada nilai. Sehinggakan bila aku nampak pekerja2 buruh lalu depan rumah aku including jiran2 aku yang kerja buruh, aku stress.
Aku nampak diri tu diri aku masa depan. Walaupun aku study and faham apa yang aku baca, aku terus lupa tak lama selang beberapa hari selepas tu.
Aku ada beberapa kenalan yang lebih tua dari aku, dorang selalu cerita kat aku yang dorang menyesal result SPM dorang dapat. So, bila time borak2 tu aku dah stress. Seolah2 aku disuntik dalam minda satu konsep bahawa “SPM penentu segala2nya”.
Dengan perangai cikgu2 lagi yang menekankan kesan buruk tak ada keputusan SPM yang cemerlang bahawa hidup akan terumbang ambing lepas SPM.
Aku bukan apa, aku ni jarang didedahkan dengan dunia luar so aku pon tak pasti baik atau tak baik pemikiran aku terhadap orang tak ada keputusan cemerlang SPM ni.
Atau adakah aku dah kehilangan identiti diri? Kalau dulu aku tak kisah pasal benda ni semua, tapi sekarang aku seolah2 pemikiran yang rasional. Aku mintak moral support dari sekliling. Alhamdulillah, orang bagi suppoet tapi aku tetap gelabah dan down sebab lagi bulan depan SPM dah!
Orang selalu kata “tak ada SPM pon boleh berjaya” masalahnya, bagi aku kejayaan tu bukan terletak pada banyaknya duit dan harta tapi ILMU.
So, bila tak ada result SPM exam yang awesome, bagi aku orang nampak aku bodoh. Hahahaha. Dan tentu2 lah nak dapatkan ilmu yang tinggi2 adalah dengan masuk ke universiti. Seriously, aku tak nak kerja dulu tapi aku nak sangat ilmu kat universiti tu.
Dan kepada kakak2 dan abang2 yang dah berjaya lepas SPM ni, macam mana cara study yang effective?
Ok lah. That’s all. Sebenarnya aku mintak pada korang semua komen pendapat korang and nasihat korang dekat aku supaya diri aku ni tak ada lah down dan dapat ubah persepsi diri aku ni.
Sekian~
– Calon SPM (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc. com/submit