SPM Itu Dunia Saja

Assalamualaikum semua. Kalau aku punya confession ni terpilih untuk disiarkan, alhamdulillah bersyukur.

Aku agak buntu nak tanya siapa, tapi aku harap ada ustaz, ustazah diluar sana sudi bagi pendapat dalam masalah yang aku hadapi ini.

Cerita ni tentang adik aku. Dia sekolah menengah tahfiz yang dekelolakan bawah satu NGO agama, aku rasa tak perlu bagitahu NGO mana.

Dari umur dia 13-18 tahun dia belajar agama, tiada akademik dan banyak lebih kepada hafazan. Alhamdulillah katanya dah habis khatam 30 juz. Dia follow la semua kerja2 dakwah sepanjang dekat tahfiz tu. Alhamdulillah.

So,masa umur 18 tu. Mak ayah aku suruh dia ambil spm, supaya dengan ilmu yang dia ada tu. Dia dapat kerja yang perlu kelulusan spm. Macam biasalah. Memang apa2 kerja sekarang ni nak tengok spm, hatta kerja kfc ke mcd ke.

Orang yang ada degree dan master pun susah nak cari kerja. Apatah lagi kalau yang tiada spm ni. Bagi aku spm dan sijil2 akademik ni alat la untuk dapatkan dunia.

Aku dan adik beradik lain Alhamdulillah dapat kerja yang agak stabil dengan sijil degree yang kami ada. Di sektor kerajaan. Jadi kami nak terbaik untuk adik kami. Kami nasihat dia ambil spm dan buat elok2.

Tapi… Dia ni memberontak. Kata spm tu tak penting. Dia nak sambung belajar pondok lagi. Dia kata spm tu sebab nak dapat kerja je. Kita tak boleh nak kejar dunia. Dia kata dia plan nak kerja jadi ustaz kat sekolah pondok je. Which is gaji bawah RM1500.

Kami ni tak setuju la. Dalam dunia yang mencabar ni, RM1500 tu.. Masih sedikit. Lagi2 kalau dah ada keluarga. Dia kata tak pe. Nanti boleh usaha lagi. Buat dua kerja ke..

Dia sanagt2 mengidolakan ustaz2 atau kawan dia yang juga jadi ustaz di skolah pondok. Tapi masih cukup semua nya.

Bila kitaorang tengok2 balik ustaz yang dimaksudkan tu, dari keluarga yang kaya. Memang la tak mustahil cukup semuanya. Adik aku ni seolah2 redha dengan apa akan jadi. Dia tak fikir dah. Dia nak belajar agama. Dan tak nak ambik sijil2 akademik ni. Dia kata itu dunia je.

Selain tu. Adik aku ni juga, boleh katakan agak kasar la cakap dengan mak ayah dan kakak2 nya. Demi pertahankan dia punya pegangan tu. Tak nak ambik sijil2 tu. Sehingga kan buat mak aku mengalirkan air mata.

Dengan aku memang kasarla dia cakap. So aku macam, eh ini ke yang nak belajar agama tu.. Boleh berkasar dengan ibu bapa? Pelik aku.

Dia ada bagitahu, dia nak sambung belajar dekat kolej kelantan. Ambil masa 8 tahun la kat sana. Dan bayar bulan2 tanpa ada ptptn.

Jadi mak aku mcaam fikir tak mampu la nak bayar bulan2 RM500 selama 8 tahun. Itu belum masuk duit poket dia lagi apa semua. Kalau dapat pinjaman pelajaran ok lagi.

Tengok dia tak fikir mak ayah aku susah nak cari duit. Dia fikir dia nak belajar agama je. Kerja tak kerja belakang cerita. Aku tak tahulah. Bila aku nasihat dia. Dia kata aku ni nak dia kejar dunia je. Aku buntu. Aku salah ke?

Harap ada ustaz / ustazah ataupun sesiapa sahaja di luar sana yang sudi berikan pandangan.

– Suraya (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *