SPM, STPM, Ijazah, dan Alam Pekerjaan

8 tahun yang lalu aku juga sama seperti mereka. Lulusan STPM sebelum melangkah ke menara gading. Cuma aku tiada kenangan bersama ibubapa, rakan-rakan dan para guru berkongsi kegembiraan menerima keputusan STPM.

Hari keluar nya keputusan STPM, aku tidak dapat pulang kerana waktu itu aku sedang bertugas sebagai guru sekolah tadika di Johor Bahru dan keputusan STPM aku perolehi melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) sahaja. Tidak cemerlang seperti rakan-rakan yang lain namun aku seronok dapat membahagiakan kedua ibu bapa aku dengan keputusan yang melayakkan aku menyambung pengajian ke peringkat Sarjana Muda di UiTM kampus Jengka, Pahang.

Sudah berjaya? Definisi berjaya bagi aku terlalu luas. Mungkin tak sama dengan pandangan sesetengah yang lain. Jujur aku katakan yang aku masih belum berjaya mencapai apa yang aku mahukan dalam hidup aku. InshaAllah suatu hari nanti pasti akan aku gapai bintang di langit sana.

Cuma disini aku nak berkongsi sedikit tips dengan adik-adik semua ketika ingin melangkah ke alam pekerjaan.

Awal tahun 2014, selepas 3 tahun tamat pengajian di UiTM, aku merupakan salah seorang active job seekers. Celah mana aku tak pernah drop resume?Semua lubang aku apply kerja. Malah pernah sepanjang satu hari aku dan seorang rakan, menyelusuri Jalan Tar di KL untuk walk in hantar resume ke pejabat-pejabat yang ada bagi memohon pekerjaan. Dan dipanggil untuk sesi interview. Banyak dan terlalu banyak tapi ada satu kenangan yang aku ingat sehingga ke hari ini.

Aku dipanggil interview oleh sebuah Travel Company untuk jawatan Training Administrator. Bangga betul usung satu fail sijil bersama Degree Certificate sebagai senjata utama lulus Interview. Masih aku ingat lokasi nya di Masjid Jamek dan the interviewer adalah seorang Indian guy, let’s we called him Mr. Brandon. Tiba giliran aku, masuk sahaja ke dalam bilik beliau aku disapa mesra. Dan part ni aku ingat sampai mati bila beliau kata kan:

“Degree holder kan? Takpe sijil degree awak tu tolong letak dibawah. Saya taknak tengok. ”

Aku just..”haa ok” sambil senyum manis. Then beliau sambung lagi,

“Kelurkan sijil yang lain selain dari Degree Certificate awak tu. ”

Elok pun aku susun sijil STPM dihadapan sekali kemudian Sijil SPM dan disusuli dengan sijil-sijil yang lain. Macam biasa lah sambil beliau scan sijil-sijil aku tu, aku diminta perkenalkan aku punya background dan sebagai nya. Usai aku perkenalkan diri, soalan pertama yang diajukan ialah,

“Awak budak pure Science tapi kenapa result subject Science awak macam ni?”

Ya, aku admit, semua result subject Science aku adalah D dan E sahaja. Aku collect A pun hanya untuk subject English, BM dan PAI. Jangan tanya aku kenapa ok. Bodohnya dan betapa naifnya aku jawab,

“Masa masuk form 4, pihak sekolah yang tentukan kelas untuk setiap pelajar. Saya tak minat science tapi saya minat seni.”
Senyum penuh kebanggaan aku jawab. Ahhhh malu dan bodohnya bila diingatkan balik. Kemudian beliau katakan pada aku,

“How come awak minat seni tapi awak biarkan pihak sekolah letakkan awak didalam kelas Sains yang awak tak minat, and end up result awak macam ni?” Aku dah dapat tangkap senyuman sinis Mr. Brandon dan aku dah mula sedar yang aku tak akan dapat position ini. Tak apa lah Ayu, at least kau dah ada pengalaman Interview so lepas ni dah boleh get ready dengan Interview yang lain.

Dari situ aku dah mula sedar, macam mana aku nak diterima bekerja sedangkan aku sendiri tak boleh nak stand dengan decision aku. Ibaratnya, if aku bekerja, aku adalah seorang pekerja yang tersangat mudah dipergunakan, disuruh buat kerja yang bukan bidang aku dan kualiti kerja confirm merosot. Jatuh teruk wey. Betul kan? Aku adalah pekerja yang tak boleh nak buat keputusan sendiri. Hahahha, memang tak lah orang nak hire aku kan. Tersipu malu aku waktu tu. Lepastu, beliau sambung lagi,

“Oh awak ambil STPM dan subject Geografi awak A.” Kata nya sambil tersenyum. Aku mula nampak seperti ada sedikit sinar dan peluang untuk aku dapat peluang kerja ni. STPM aku 1A3B kot, and Geo aku A weh. Kembang sikit lah hidung ni kan. Then, beliau sambung lagi,

“Berapa jumlah penduduk Malaysia sekarang ni?” Ketika itu tahun 2014 ya.
Geografi Kemanusiaan aku ambil periksa tahun 2009, yang aku hafal dari buku teks tulisan Rusly Musa, fakta nya mesti lah telah berubah kan. Dan aku tetap menjawab mengikut standard skema jawapan soalan STPM tu. Alangkah bodohnya aku ketika itu. Ayu tak prepare baca current issue dan fakta kependudukan Malaysia terkini! Ayu hanya get ready mengenai Company Background dan segala ilmu Office System yang dipelajari ketika di UiTM dahulu sahaja.

Dan seterusnya, aku ditanya mengenai dengan isu harga minyak Malaysia waktu itu. Hampir kesemua yang ditanya adalah mengenai isu semasa dan tidak ada satu pun mengenai apa yang aku pelajari ketika di U. Dari situ aku mula belajar sesuatu, knowledge is not about what you learn in class but knowledge is universal. Sebagai graduan, kau perlu buka mata serta cakna dengan semua perkara yang berlaku disekitar kau, isu dalam negara serta isu dunia. Semua tau. Dan jika tak ditanya dalam Interview pun kau tetap tak rugi apa-apa malah ia menjadi satu kelebihan kepada kau. Graduan with brain adalah yang memenuhi kehendak majikan. Majikan tidak memerlukan pekerja yang menghafal nota sebab confirm susah nak solve critical problem yang memerlukan critical thinking.

So, keputusannya aku memang tak berjaya pun dalam Interview tersebut dan aku tak kecewa langsung. Learn from mistake, lepas tu setiap kali nak pergi interview aku akan prepare baca current issue dan macam-macam lagi persediaan. Bagus betul Mr.Brandon sebab beliau dah bagi aku satu ilmu yang aku tak dapat dari orang lain. Aku tak dapat bekerja disitu, tetapi aku dapat ilmu dari situ yang aku boleh gunapakai sampai bila-bila. Terima kasih Mr.Brandon. Seterusnya aku berjaya dengan Interview yang lain dan mula lah memasuki alam pekerjaan.

Jadi, apa yang aku dapat simpulkan, segala ilmu yang kita dapat tolong simpan dan hargai ilmu tersebut. Masuk ke alam University tak bererti kau patut lupa segala apa yang dipelajari diperingkat sekolah terutamanya. Hargai jasa guru yang mencurahkan segala ilmu, rela membakar diri bagi lilin dan kenang lah jasa ibu bapa yang banyak berkorban untuk memastikan kita semua berjaya. Buat semua guru, terima kasih kerana mendidik anak bangsa. Dan buat semua guru Tingkatan Enam, teruskan usaha dalam melahirkan bakal graduan yang berkualiti. Untuk cikgu-cikgu yang mengajar aku semasa di tingkatan 6, Cikgu Salida, Cikgu Laila, Cikgu Azma, Cikgu Firdaus, Cikgu Noraini, Cikgu Sabri, Teacher Fazliza, dan semua cikgu tingkatan 6 terima kasih kerana jasa kalian aku berjaya masuk ke Universiti. Tahniah diucapkan kerana kalian, SMK Chini menduduki tempat yang ke-11 antara sekolah-sekolah dalam negeri Pahang yang mendapat Gred Purata Sekolah terbaik. Tidak lupa juga buat cikgu yang mengajar semasa aku tingakatan 1 hingga 5, kerana jasa kalian juga aku menyambung pengajian ke tingkatan 6. Semuanya adalah asbab jalan cerita aku menjadi indah hingga ke hari ini.

Buat adik-adik yang berjaya mendapat keputusan yang cemerlang dalam STPM, tahniah diucapkan. Teruskan usaha lagi dan semoga terus maju dimasa akan datang. Buat yang tak berjaya mendapat keputusan yang memuaskan, kau rileks sikit dik and tenang dulu. Kejayaan itu bukan sahaja bilamana kau dah berjaya masuk ke University dan berjaya makan gaji, tetapi kejayaan sebenar adalah apabila kau telah mampu untuk membina kehidupan yang lebih baik dari yang tidak baik. Tuhan tidak pernah menjanjikan rezeki kejayaan itu hanya untuk mereka yang masuk University sahaja. Siapa usaha lebih dia dapat lebih.

Assalammualaikum dan salam sejahtera semua.

Nor Idayu Ros Almi,
STPM 2008-2009,
SMK CHINI, PEKAN.

– Nor Idayu Ros Almi

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *