Staf Gedik di Pejabat Suami

Assalamualaikum semua.

Terima kasih admin kalau penulisan saya ini disiarkan.

Saya cuma nak tanya pendapat semua tentang perkara yang akan saya ceritakan ini.

Saya berumur lewat 40an dan telah 23 tahun berkahwin, ada 4 orang cahayamata. Rumahtangga saya alhamdulillah bahagia, gaduh2 manja suami isteri tu biasa lah sebagai pengikat hubungan.

Saya seorang pegawai kerajaan dan suami berjawatan pengurus di syarikat swasta. Kami tiada masalah dalam hubungan. Suami sangat memanjakan saya dan sangat romantik.

Walaupun telah 23 tahun berumahtangga hubungan kami masih ada “sparks”. Suami adalah ketua sangat baik dengan staf-stafnya.

Untuk makluman, dalam 90 peratus staf pejabat suami adalah kaum perempuan. Saya tidak mengenali staf-staf suami secara rapat tapi kadang-kadang suami ada juga bercerita mengenai staf-stafnya.

Apa yang nak saya kongsikan, ada seorang staf suami (perempuan), telah berkahwin dan telah mempunyai anak agak rapat dengan suami saya.

Tahap kerapatan hubungan mereka tu sampai tahap panggilan “abang” pada suami saya.

Apabila saya bertanya, kata suami dia dan perempuan tersebut telah lama kenal, sejak suami belum dinaikkan pangkat sebagai pengurus lagi.

Baik, itu saya boleh terima tetapi apa yang saya rasa sangsi, penulisan perempuan tersebut di dalam whatsapps pada suami saya, ala-ala manja.

Dan percakapan dalam telefon juga macam mengada-ngada padahal dia telefon suami atas urusan kerja.

Saya berasa sangat sakit hati kerana apabila saya meminta suami menegur cara percakapan perempuan tersebut agar lebih beradab dengan suami orang, suami mengatakan yang di pihak dia,

Dia profesional dan tidak melayan cara perempuan tersebut bercakap dan semua panggilan telefon atas urusan kerja.

Saya tidak faham kenapa perempuan tersebut begitu, seharusnya dia lebih peka tentang bagaimana cara dan adab berurusan dengan ketua yang juga suami orang.

Sebagai penjawat awam yang juga berjawatan tinggi, saya cuba bersikap profesional dalam perkara ini walaupun macam tiada jalan penyelesaian kerana suami memberi alasan yang dia tiada perasaan pun pada perempuan tersebut.

Apa yang saya perlu lakukan ye? Nak biarkan saja ke? Saya juga nak jaga rumahtangga saya sebelum apa2 yang buruk berlaku.

Sekian sahaja penulisan saya. Terima kasih sebab sudi luangkan masa untuk membacanya.

– Kakak Love (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *