Staf HR Ini Menerangkan Perkara Yang Salah Sewaktu Mohon Kerja

First of all, thanks admin hide profile aku ni.

Aku bekerja sebagai HR di sebuah company, tak lama mana pun (hanya 3-4 tahun je baru).
Sedih dengan gelagat sesetengah manusia yang mohon kerja nowadays, dengan ekonomi yang agak bermasalah sekarang. Pada aku, SESETENGAH golongan yang memilih ni betul-betul membawa masalah. Aku list kan :

1. Resume / CV
-Tak complete. Kau letak je kerja mana, tahun 2016 (dari bulan mana sampai mana??). Bulan 11 pun tak wujud lagi dalam 2016 ni, nak aku assume sampai bulan mana??
-kau tak brief betul-betul “job description” . contoh :kau letak as a Sales Marketing, then JD kau letak seketul je which is “doing sales”. Oiiii!! Kau ingat sales ni buat HR ka apa?
-worst part yang aku paling tak boleh terima, kau letak gamba selfie sambal duck smile. Itu ke delete items aku tahu tak?sebelum hiring manager yang masuk delete items diorang, aku tolong amal jariah diorang sikit.
– first impression comes from your CV guys.
-walaupun nampak remeh, tapi hiring manager ni la tapis bab-bab ni. Kalau yang remeh tu pun kau perlekehkan, macam mana kau nak buat task yang besar? Faham? Dekat sini la mana-mana hiring manager yang ada extra 6th sense tu buat kerja diorang. Dari CV anda wahai pencari kerja.

2. Benefits / faedah
Let say CV kau ok semua. GREAT!!TAHNIAH aku ucapkan. We are welcome you here!!
Tapiiii…masa kau sign offer letter, semua ok… bile aku terang kan part by part…OK!!PAHAM!!
Lepas tu… datang lah kau dekat HR in private bertanyakan soalan yang mungkin kau dah susun dalam otak 2 hari sebelum kau bertemu HR which are:
– Tak de parking allowance ke? Oiii…kau ni bertuah betul …dah aku terangkan awal-awal masa ko sign offer letter.
– Takde entertainment allowance ke? Lagi sekali oiiii!!! Kau kerja IT nak entertainment mana??? Apa kau ingat kau jumpa
client kahkahkah??
– Kau ni baca ke tak masa kau sign offer letter? Ke kau main taram sign je? See, surat pun kau main sign je apatah lagi
surat-surat yang maha dasyat punye terms.

3. Resign
Yang ni lagi serabut aku fikir, yang boleh menaikkan darah tinggi aku naik mendadak. 2 hari kerja dah nak resign dengan alasan, “im not suitable for this” OR “ini bukan life saya”.
Ayat yang memang mohon surat berhenti kerja tu ku lemparkan ke muka mu wahai pekerja.
Baru 2 hari kau duduk kat sini….2 hari oiiiii….apa yang kau expect dua hari??? Orang baru masuk 2 hari tu…tengah baca SOP yang bersimpang – siur berselirat bagai tu.
Yang paling aku geram, kau Missing in Action (MIA)…ohoi!!!kau ingat kau MIA dapat gaji… sila mimpi sampai ke bintang…

Pesan aku, kau kerja untuk build experience..untuk bina portfolio kau..untuk orang-orang atasan mahupun orang luar nampak keupayaan kau walaupun jerit-perih kau tu kadang tak dihargai pun. Untuk kau bina portfolio kau, ini lah yang perlu di telan…yang di maki-hamun, yang gaji kau complaint tak setaraf dengan usaha keras kau. Ini lah yang kau wajib telan untuk jadikan experience pada masa depan. Aku sendiri merangkak lagi. Bukan tak boleh memilih, tapi dengan ekonomi sekarang, apa pilihan kau ada?? Aku sendiri usahakan mana-mana CV yang aku boleh tolong, tapi kau sendiri tak datang interview lepas aku call. Macam mana??

Usahlah kau di momokkan dengan drama-drama acah2 CEO tu…meja diorang tu kosong…DUSTA semata…kau tengok meja aku aku dan officemate lain ataupun si pekerja di office mana-mana pun..berlambak files..proposal tunggu turn nak aku kerjakan…even meja MD tu pun bertimbun files nak tunggu approve!!

Wake up wahai si pencari kerja.

Dari,
HR

– HR

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit