Staf Restoran Paling Penat

Assalamualaikum, pertama sekali aku nak ucap ribuan terima kasih kepada admin sbb sudi siarkan luahan hati aku yg telah berbelas tahun tersimpan.. mula2 izinkan aku perkenalkan diri, aku berasal dari selangor dan hampir 15 tahun menceburkan diri dlm perniagaan makanan.. selama hampir 15 tahun itulah aku rasa aku hari2 kena menyakit darah tinggi sbb almost every day aku tpaksa hadap perangai pelanggan yg belagak, acah2 kaya, tak ada adab, penipu, main ilmu hitam dan last sekali jenis tak penyabar.. kenapa aku ckp mcm tu? Sebabnya

1. Jenis Tak Penyabar.

Kalau da namanya kedai mkn, tolong lah paham keadaan kedai makan tu mcm mana..maksud aku kalau time tu tgh sesak dgn customer and kena pula waktu puncak, korang kena lah bawa bersabar byk2..korang sebagai customer kena paham juga situasi pekerja restoran mcm mane waktu tu.hape korang ingat senang ke nak handle customer waktu genting? peniaga kedai makan waktu tgh bz, byk benda berlegar dlm otak dorg.mksd aku, ada customer nak air kosong, ada nak tisu, ada nak baby chair, ada nak nasi tambah, ada nak sambal belacan andddd byk lagi lah..senang cite pekeje kedai makan ni kena bertukar jd robot yg ada 10 tgn sbb kena settlekan apa yg customer nak dlm 1 masa. kalau pmintaan korg x ditunaikan, please bagi tahu balik pada pekeje sbb dorg terlupa..ye lah da byk sgt benda kena buat. lps tu kalau korang order makanan tu, xyah la tanya lama lg ke nak siap ni? kalau pertanyaan tu korang tanya waktu kedai tu ada korang je its ok, but bila korang tanya waktu kedai tgh penuh dgn customer, mmg pekeje tu akan maki dlm hati..korang kena paham, nak masak menu yg berbeza bkn senang, tambah lagi klu korg order yg xnak sayur,xnak cili, xnak bilis, nak nasi colour mcm ni, nak cili 3 btg je..korang kena sedar benda tu amik masa tukang masak lg2 kalau 1 meje tu order makanan yg sama tp byk request mcm yg aku taip kat atas tu..kalau order mee goreng 5, tukang masak boleh masak sekali and korg pun akan dpt makanan cepat. tu blm lagi ada masalah teknikal kat dapur, gas habis la..tggu nasi masak lah, pekeje solat sekejap and so on..byk benda tsembunyi yg blaku tp rata2 customer xnak paham and pikir..

2. Membazir.

Ni 1 lg benda yg aku paling menyampah. Ya Allah dtg kedai mkn tu nak hadap rezeki jgn lah membazir..mkn tu beringat, tu sume rezeki..tp sbb sifat suka membazir tu la punca korang ni xde sifat bersyukur.yg aku pasan, 1 meja 2 org tp order mcm 10 org..ni kes bawa awek nak tunjuk berkemampuan la konon..eeee menyampah aku.sisa2 mkanan yg korg suka membazir tu nasib baik ada yg nak sbb nak bg haiwan peliharaan dorg mkn..klu xde yg nak, aku pun rasa berdosa besar mcm buang anak baru lahir korang tahu.

3. Berlagak.

Ya Rabbi ni lagi 1 sifat yg aku kena telan hari2. sbb ape? sbb slogan CUSTOMER ALWAYS RIGHT. ni klu aku tahu sape yg cipta slogan ni mmg aku hempuk dgn kuali pusaka atok aku.sbb slogan ni la aku rasa 1 dunia susah. sbb ape? sbb kita tpaksa terima yg customer tu betul walaupun customer tu gebang and nak tegakkan benang yg basah. sbb nak jaga maruah tempat keje? sbb xnak aibkan manager? sbb customer tu berduit? come on la wei, sampai bila kita nak dididik mcm tu.byk masyarakat skrg xde adab, sivik kurang, xnak terima teguran and sentiasa rasa diri betul. Da salah tu terima la dgn hati terbuka ye dak? ni x.. eeeeee…

4. Penipu & ilmu hitam.

Aku yg da lama berniaga ni aku da byk kali merasa duit hasil aku hayun senduk hilang begitu saje..mula2 rasa geram, da lama aku mampu berdoa kat Allah moga si pelaku terima balasan.and mmg betul, Allag makbulkan doa aku.aku pun tahu sape yg buat tp malas nak panjang cite sbb aku yakin Allah dgr doa aku..customer x nampak kedai aku buka, makanan aku cepat basi, kedai aku bau bangkai tgh mlm and masakan aku baru msk customer komplen da sejuk sume aku da rasa..ingat, business org melayu susah nak maju sbb sifat dengki yg amat tinggi. x boleh org lebih dari dia.

5 . Order biar jelas, terang lagi bersuluh.

Korang klu nak something, ckp pandang tatap mata pekeje tu bia dia nampak and dgr jelas apa yg korang nak..ni tak, bila pekeje dtg, sume hadap fon..tsengih sorang2..order pun main ckp je, bila mknn sampai, terus tak ngaku..padahal diri sendiri yg ckp..pleasa la kalau pekeje tu dtg nak amik order..ckp jelas2. suruh pekeje tu ulang balik pun xpe. tu lg bagus.

6. Ringan tulang.

Klu pekeje tu dtg nak hantar hidangan, please la alihkan segala khazanah korang atas meja tu..klu x alih mcmne nak letak hidangan tu atas meja kak kiah oiiiii..lepas tu, tolong la ringankan tulang passingkan mkann tu ke meja sebelah..ni x, tengok je pekeje tu tpaksa jengket letak pinggan kat tempat kosong.korang ingat yg tukang hantar mkanan tu tahu korang mkn ape,bkn dia yg order, so dia x tahu.lps tu, tlg la apa yg patut ringankan beban talam yg sarat dgn pinggan tu..klu talam tu penuh, angkat la 1 2 pinggan letak atas meja..Nak dpt customer mcm tu 1 dlm sejuta korang tahu x?

7. Terima kasih.

Lps pekeje tu hantar minuman or makanan, ucaplah terima kasih..sumpah, telinga and hati dorg terus sejuk bila dgr pekataan tu..hilang penat dorg.

8. Jangan order 1 demi 1.

Korang ingat pekeje tu hingin nak dtg meja korang byk kali? klu 2 kali dtg xpe ni sampai 56 kali, mengamuk pekeje tu..nak air kosong,nak tisu, nak pinggan kosong,nak baby chair,nak straw..Ya Rabbi, please la mudahkan kerja pelayan kedai mkn ni.

Setakat ini saja luahan hati aku, senanya byk lagi pengalaman aku tp ini yg aku pasan budaya masyarakat kita.korang ubah dulu apa yg patut bedasarkan apa yg aku da luah tu..kita ubah slow2 ok..x susah pun. Thanks.

– THANOS

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *