Staf Senior

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Terima kasih kalau artikel ni di siarkan. I nak share sikit pasal perangai-perangai senior staff yang patut dielakkan dan tak patut buat. Rasanya semua orang pernah tempuh kot hal hal macam ni. Kita patut bagi kesedaran la dekat diorang ni. Jangan ingat kita dah kerja lama, we can do whatever that we like.

Dalam etika kerja ni, hormat tu sangat penting walaupun dalam keadaan yang tengah tegang atau sangat sangat teruk. Like my case, i will share perangai perangai senior staff yang I tengah dan pernah tempuh dekat syarikat yang I tengah dan pernah kerja Ini bukan nak complain or what tapi I cuma rasa sedikit pelik kenapa SENIOR STAFF suka buat perangai macam ni. Mungkin tak “SEMUA” tapi mesti ada perangai yang macam ni.

Antara perangai perangai yang I perasan masa dekat ofis lama and and baru ni adalah senior staff yang sejenis bengis tak tentu masa dan suka emo tak kena masa. Pantang nak tanya sikit, nak timba ilmu sikit, menengking saja. I memang tak boleh nak hadam la orang yang sikap tak profesional macam ni. The reason yang i dapat tau kenapa dia jadi so bossy sebab dia da kerja lama dalam syarikat tu. Sampai boss pun dia boleh maki. Is it the right reason senior staff boleh buat perangai macam boss kalau da kerja lama? Memang tak boleh nk adapt betul dengan environment macam ni.

Selain dari tu, apa yang I perasan, kalau nak rapat dengan senior staff, kita kena ikut rentak dia. Kalau dia tak suka dengan boss A, kita kena join sama tak suka. Kalau dia tak suka dengan staff A, kita pun kena turut serta sebagai tanda solidariti. Kalau kita tak ikut, tak boleh jadi gang.
Mengarutnya. Sepatutnya sebagai senior staff yang dah kerja lama, yang dah banyak timba pengalaman dan dah tau selok belok hal company, kenalah kerjasama. Janganlah pilih bulu, nak berurusan dengan orang yang kita suka saja. Kalau dengan orang yang dia tak berkenan tu pandai pandai la cari informasi kalau nak. Eh macam tu pun boleh ye? Sebab tu orang malas nk respect sangat senior staff ni. Sebab takde nak bagi positif impact langsung. (tapi tak semua la. Kalau yang baca ni terasa, harap berubah lah)

Akhir sekali, kebiasaannya yang buat perangai macam boss ni sebab dia tak pernah kerja tempat lain and dia cuma kerja dekat 1 tempat je dengan jangka masa yang lama. Jadi dia dah terbiasa dan terbawak-bawak perangai selesa dia tu sampai orang lain yang baru masuk company jadi tak selesa sebab perangai yang suka menghasut, yang dengki sepanjang masa dan sentiasa nak dia je betul sebab dia lagi banyak ilmu.

Buat senior senior staff yang tak ada perangai negatif macam ni, tahniah I ucapkan sebab you all lah kita junior staff ni dapat kembangkan lagi ilmu yang sikit dan cara kerja yang lebih baik dalam keadaan yang sihat, Mana salah kita baiki sama sama. Terima kasih.

Buat senior staff yang rasa macam diri tu boss, you should change yourself. Orang lain bukan tak nak tegur tapi dah malas nak ulang cakap yang sama tapi result perubahan takde apa apa. Menyusahkan lagi ada bila kena senior staff yang kaki carut. BERUBAH lah untuk kebaikkan masyarakat sekeliling. Sekian!

– Sarah

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit