Assalamualaikum readers. Aku ni sekadar meluahkan perasaan. Hati tengah sakit dengan technician aku. Macam ni ceritanya, aku ni jurutera kanan salah sebuah syarikat swasta. Bukan tu yang aku nak highlight kan. Bawah aku ade sorang penolong jurutera dan 9 lagi technician.
Aku dengan technician ibarat kawan2 yang boleh duduk semeja berborak, bergurau dan bercerita pasal semua topik. Jadi, memang banyak perkara aku sangat longgar dengan technician2 aku sebabnya aku tak nak ade sebarang jurang antara kami semua. Semua aku letak atas dasar percaya.
Contohnya, aku ni jenis yang luluskan semua cuti tanpa aku tengok pon tariknya. Ok yang ni aku mengaku aku silap. Jadi, aku mengharap pada technician2 aku supaya sebelum apply cuti mohon bagi tau aku dulu supaya aku boleh manage kerja2 yang ada. Oleh kerana technician banyak kene jaga site, jadi aku perlu arrange siapa yang akan handle sementara technician yang sepatutnya jaga site tu cuti.
Tapi apakan daya, mereka ambil kesempatan. Mereka tau yang aku approve cuti mereka tanpa tengok, jadi mereka tak bagi tau aku awal2. Sudahnya bila hari2 yg aku perlukan contohnya site nak commisioning, baiki defect dan sebagainya tiba2 mereka cuti. Bila dah kerap bagi tau supaya inform aku dulu sebelum cuti tapi masih lagi perangai sama, sekarang aku tengok cuti sorang demi seorang. Tiada lagi sistem percaya.
Keduanya, dulu aku sekali imbas je tengok claim technician. Tapi sejak ade yang menipu, claim outstation tapi actual nya tidak, jadi aku serba sedikit dah hilang percaya. Aku dah start teliti satu per satu claim technician. Kadang2 aku tau, ade je technician yang claim mileage kereta masing2 tapi sebenarnya pergi dengan satu kereta kongsi 4 orang.
Sedihnya, 4 orang tersebut akan claim mileage yang berbeza. Bersalah kah aku jika aku approve claim tersebut? Ade juga yang kongsi satu bilik hotel tapi masing2 masih claim lodging. Dalam kelayakan syarikat, memang mereka layak claim tapi entah lah kenapa aku rasa bersalah bila approve claim mereka. Pada aku, macam hilang keberkatan kat situ. Perlu ke menipu? Hmmm.
Aku ni jenis pentingkan keluarga. Jadi, bila technician2 aku minta cuti untuk pergi melancong, uruskan persekolahan anak2, ada hal keluarga atau balik kampung, aku tak pernah halang melainkan keadaan memaksa iaitu ketika projek tengah ade urgency. Malah, kadang2 aku hantar mereka pergi outstation hari khamis contohnya dan hari jumaat adalah hari travelling dan boleh terus balik kampung. Ibaratnya, balik kampung pon company tanggung sebab boleh claim outstation hari khamis tu.
Aku tak nak sekat atau berkira dengan technician sebenarnya sebab aku anggap jika aku mudahkan urusan orang, moga Allah turut mudahkan urusan aku. Tapi, kadang2 keadaan memaksa dan aku reject cuti technician, mereka akan marah contohnya “Tak ape bos, hidup saya memang utk kerja je dan saya takkan tengok mak ayah saya lagi.” Padahal bulan lepas aku bagi seminggu outstation yg berdekatan dengan kampung die malah aku approved lagi cuti seminggu.
Kalau diikutkan, gaji aku kurang sedikit dari technician sebabnya mereka boleh claim overtime dan milage ke site yg mereka pergi setiap hari. Jadi claim mereka je dah sama dengan gaji aku tambah pulak dengan gaji basic. Aku bukan ape, aku cuma terkilan kelonggaran yang aku beri tak nampak sebarang kebaikan pon pada mata technician. Yang mereka nampak, kenapa aku reject cuti, kenapa aku reject claim dan kenapa aku bagi markah kpi sedikit.
Sebenarnya kalau atas kertas, kpi yang aku bagi melebihi dari kpi sepatutnya yang mereka dapat. Macam sebelum2 ni aku calap yang aku tak nak berkira sangat pada benda yang melibatkan toleransi ni. Itu pon masih ade yang tidak berpuas hati dengan markah kpi masing2. Aku serba salah. Aku bagi semua atas 85% jadi ape lagi yang kurang pd mereka? Itu aku tak pasti.
Pernah engineer lain bertanya, kenapa kau duduk makan semeja dengan technician? Nanti mereka pijak kepala. Bagi aku, aku tak nak bataskan pergaulan aku antara engineer dengan technician. Lagi pula, masa duduk semeja banyak perihal kerja yang boleh dibincangkan antaranya masalah2 kat site. Bila masih ade technician yang salah anggap dengan teguran aku dan bermasam muka berbulan2 malah suka bila projek yang aku handle ade pelbagai masalah, aku jadi kecewa.
Agaknya perlu ke aku berkeras dan bertegas dengan technician2 selepas ni? Atau layan sahaja seperti yang ada sekarang ni? Entah lah. Aku buntu. Itu je lah nak luah. Rasa lega sikit hati ni. Terima kasih baca luahan aku ni.
– Iman
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit