Staff Buntu

Hi, Aku Sya (bukan nama sebenar). Aku seorang isteri dan ibu pada seorang baby boy. Aku nak cerita tentang tempat kerja aku.

Macam ni, selepas tamat belajar aku sudah mula dapat kerja, dan kahwin. Selepas kahwin aku ikut suami ke ibu kota, dan aku kembali bekerja semula ditempat baru.

Selepas mengandung dan melahirkan, aku resign atas sebab jarak ke tempat kerja aku agak jauh dan kerja tersebut aku kurang suka.

2 tahun aku bekerja dirumah saja. Kerja online contohnya jadi ejen, dropship dan partime. Alhamdulillah ada juga gaji bulanan dan mencukupi waktu itu.

Bila anak aku mula nak masuk 2 tahun, aku nampak dia kebosanan duduk dirumah dengan aku, dan kami decide hantar playschool. Dan dia serasi dan seronok.

Banyak perkembangan lain juga selepas masuk playschool. Tapi bukan itu masalah aku sekarang. Masalah aku ialah aku pun mula mencari kerja yang boleh aku keluar 9am-5pm.

Alhamdulillah rezeki aku, dapat offer kerja berhampiran rumah jarak dalam 15-20 minit kalau traffik okay. Aku juga dapat boss dan kawan office yang baik.

Cuma masalah sekarang, tempat kerja aku tiada tempat untuk aku solat zohor. Tempat kerja aku tak ramai melayu. Aku sebagai admin dan ada seorang lagi rakan kerja melayu perempuan cuma dia tak solat.

Waktu aku datang interview, boss aku cina dan aku tengok ada staff melayu, aku fikir mungkin ada tempat solat, jadi aku tak tanya lagipun boss cina kan.

Tandas pula sangatlah kotor dan berkongsi dengan lelaki dan perempuan tak kira bangsa. Agak kegelian sebenarnya, tapi aku selalu tahan setiap hari. Hahaha.

Aku sudah kerja hampir 6 bulan disitu, waktu zohor aku kadang2 pakai botol spray untuk berwuduk, tapi kadang rasa ragu ragu.

Sah ke atau semua rata atau tak?

Kadang aku simpan wuduk dari rumah. Tempat untuk aku solat pula memang tiada, aku selalu solat tempat mereka simpan stok.

Kadang ada staff bukan melayu lalu lalang waktu aku nak solat lah. Entahlah.

Boss baik, tempat solat pula tak ada. Staff melayu lelaki kat situ pun tak pernah solat. Aku sahaja yang solat.

Kadang rasa nak resign sebab tak ada tempat solat ni rasa macam tak berbaloi, sebab setiap hari aku memang akan usaha juga untuk solat.

Kalau lelaki memang senang, ini perempuan rumit sangat. Dengan tandas jauh.

Nak berhenti cari tempat lain risau tak serasi dengan boss pula. Lagi sekarang cari kerja pun susah. Aku ni pun rezeki sangat dapat kerja sini.

Gaji okay dalam 2k lebih. Stress tu hanya 20% saja sebab kerja lebih kepada spm level ja. Sangat mudah.

Dan kalau company aku untung banyak, boss akan bagi bonus & belanja makan.

Aku ada juga nak bincang dengan boss pasal tempat solat ni, tapi masalahnya aku sorang je islam yang solat dekat situ. Hahaha.

Staff perempuan dan lelaki total dalam 8 orang macam tu islam tak solat. Kalau korang dekat tempat aku, apa solusi korang buat?

Solat wajib, dari kecil lagi aku didik untuk solat walau apa pun. Bagi aku kalau aku tak solat nanti Allah akan tangguhkan segala permintaan aku.

Korang doakan semoga suatu hari nanti aku dapat kerja baru yang ada tempat solat yang selesa, dapat boss baik macam sekarang ya.

– Sya (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *