Staff Pengotor

Sebenarnya saya tulis kat sini sebab dah buntu sangat bila semua jalan tak berkesan ke atas staff ni. 

Saya ni kerja kerani di syarikat pengawal keselamatan. So staff semua lelaki. 

Dulu company ada sediakan hostel untuk staff. Lepas tu ramai staff dah mula keluar sewa sendiri. Sebab rata-rata dah berumahtangga. 

So company nak short cost, dia tak sewa hostel dah sebab staff tinggal sorang ja. 

Potongan sewa kat staff seorang 50 ja termasuk api air. Tapi company bayar sewa hostel dekat seribu. 

So company rugi banyak bila hostel hanya tingal sorang ja. 

Saya pendekkan cerita, tinggallah laki yang nama Mizi (bukan nama sebenar) ni, dia sorang saja ibarat tak mau cari rumah sewa sendiri bila company maklumkan kita tak sambung kontrak rumah sewa. 

Dia nak company tolong fikir untuk dia. Sedangkan gaji dia 3000 tuan puan dan dia bujang lagi. Umur 45 tahun. Komitmen apa pun tak dak. 

Guard lain gaji rendah dari dia pun nak kemajuan sanggup sewa rumah 500 demi keselesaan sendiri. Sanggup apply rumah ppr semata-semata nak ada rumah sendiri. 

Tapi dia ni sangat berkira dan hanya fikir untuk jimatkan dia ja. Mungkin jenis mentality dia macam tu kot. Dia fikir selama-lamanya dia boleh hidup macam ni kot. 

Sebab alasan dia, buat apa nak sewa mahal-mahal, sedangkan sewa dengan syarikat murah. Bazir katanya bayar kat luar mahal-mahal. 

Ok itu dulu, sekarang kan hostel dah tak de. Tapi dia masih lagi berharap syarikat tolong fikir untuk dia. 

Saya skip la drama dia yang tah apa-apa semata-mata tak mau sewa kat luar. 

So bos jadi kesian kat dia dengar drama sedih dia tu. 

Memandangkan dia seorang je yang tak de rumah, so bos buat keputusan bagi dia tinggal dalam office kami. 

Lagipun dia dah lama setia dengan syarikat ni, so bos kata kita kena jaga kebajikan staf tambah-tambah staff lama macam ni. 

Nak dijadikan cerita, kebetulan office ada satu bilik yang saya guna sebagai bilik solat. Bos suruh dia pindah situ la. 

Bermula la stress saya kat sini. Pejabat saya full karpet. Cleaner sebulan 2 kali je datang clean. 

So sementara nak tunggu cleaner datang, macam-macam stress saya dok hadap. 

Office ni saya seorang ja kerani. So saya jaga office dengan sangat bersih macam jaga rumah sendiri la. 

Lagipun saya ni memang tak boleh nampak kotor sikit-sikit pun, mesti saya tak senang duduk. 

Tapi sejak Mizi ni duduk sini, ya Allah, tak tahu nak cakap macam mana. Pejabat ni dah macam tong sampah bagi saya. 

Ok saya point kan benda saya tak senang dengan Mizi ni. 

1) Rambut penuh dalam toilet sebab dia kan mandi dalam toilet. Lantai toilet mozek, mesti dia nampak ja rambut dia penuh sampaikan dalam toilet bowl ada rambut dia. 

Tapi dia buat tak peduli. At least sembur dengan air pun takpe bagi rambut tu hilang. Tapi dia tinggalkan macam tu ja. 

2) Atas lantai, atas toilet bowl bersepah barang-barang mandian dia. Tak susun elok-elok, serabut mata memandang. Kita nak guna toilet pun rasa geli.

Nak wangi-wangi kat luar, tapi dalam pengotor. Sebab sabun mandi ja berbotol-botol dengan jenama berlainan. 

3) Karpet hari-hari kotor kesan pasir dan kesan apa lagi tak tahu la. Dia berjalan sana sini dalam pejabat dengan kasut agaknya. Karpet biru ni sekarang dah jadi warna selut. Mop pun dah tak hilang. 

4) Sisa makanan selalu ada atas meja sebab dia tak lap meja lepas makan. Contoh sisa makanan, tulang ikan. Biji buah-buah, sisa nasi, sisa gulai tumpah atas meja, kesan susu pekat. Sebab dia bancuh air dan masak dalam office. 

5) Cawan, sudu tak basuh penuh dalam sinki. Lepas tu sinki pun penuh dengan sabun basuh baju dan sebagainya sebab dalam tandas dah tak de ruang nak letak.

Padahal boleh je letak semua tu dalam bilik dia. Masa nak guna baru ambil, tapi jenis orang nak semua senang ni mana nak susah-susah buat macam tu. 

6) Sisa makanan dia buang dalam tong sampah pejabat yang kita hanya buang kertas ja. Kami ada tong sampah besar kat luar office untuk buang sampah besar. Tapi mungkin nak buang kat luar sangat susah untuk dia kot. 

Benda-benda ni menyebabkan semut tikus dah mula buat sarang. Dulu-dulu takde pun masalah macam ni. Sejak dia ada, office dah jadi macam apa ja. 

Hari tu cleaner datang nak kemas bilik solat tu. Terkejut saya dengan cleaner tengok bilik yang dulu bersih lapang kosong sekarang dah takde ruang untuk berjalan. 

Penuh dengan beg plastik sana sini. Pakaian berterabur, barang tah apa-apa. Kalau boleh attach gambar kat sini, saya dah tunjuk dah kat semua. 

Bau tak payah cakaplah. Bila tak de pengudaraan sebab dia tak pernah buka tingkap, so bila buka pintu ja bau macam apa je. Saya tak tahu macam mana dia tidur dalam tu. 

Sedih saya tengok bilik solat saya yang saya jaga macam surau tu dah bertukar jadi bilik stor.. 

Cleaner nak kemas pun tak gamak. Dia minta extra payment sebab bilik tu dah macam tokang pecah. So bos kata bilik dia biar dia sendiri kemas. 

Ok balik pada cerita tadi. Disebabkan office hari-hari jadi kotor. Saya ambil pendekatan bersihkan sendiri sebab saya hadap office tu 8 jam. 

Bukan macam dia, keluar pagi balik malam. Bukan dia duduk seharian kat sini macam saya. 

Tapi orang macam ni duduk 24 jam pun mesti dah immune dengan bau dan kotoran tu kan. 

Kalau nak tunggu cleaner datang baru buat, saya rasa mahu saya kena darah tinggi dengan orang perangai macam ni. 

So toilet pun saya bersihkan sebab rasa jijik bila nak ambik wuduk tengok rambut banyak kat lantai. 

Kemudian tindakan kami? Of course kami dah tegur dia. Tapi Mizi ni jenis ya ya ja. Tapi buatnya tak pun. 

Cakap dengan dia ibarat curah air ke daun keladi. Bukan kata saya ja tegur, bos tegur pun takde kesan. 

Barang mandian dia hari ni saya kemas, esok pagi saya tengok dah selerak balik dah. 

Rambut dia sendiri pun dia tak buang. Kadang saya terfikir la, islam amat menitikberatkan kebersihan. 

Tapi masih ramai yang susah nak apply benda tu dalam diri. Sebab saya agak Mizi ni jenis sembahyang. 

Sebab hari tu saya nampak ada sejadah kat lantai bilik. Orang solat biasanya jaga kebersihan. Tapi dia ni lain pulak

Padahal benda-benda tu berkaitan diri dia. Rambut dia sendiri, barangan dia sendiri tu pun dia tak mampu bersihkan. 

Bos sampai pening dan give up. Bos cakap kat saya, kalau u mampu u buat la. Kalau tak tunggu cleaner mai la. 

Tapi saya tak mampu la macam ni hari-hari, sebab saya bukan kerja cleaner kat sini. Kalau kerja cleaner lain la. 

Saya ni tegur dia dah macam-macam, cuma tak maki hamun ja lagi. 

Siap saya print tampal kat setiap ruang untuk memudahkan dia ingat. 

“Tolong lap meja lepas makan. Tolong kutip rambut anda. Jangan buang sisa makanan dalam tong sampah pejabat.” Dan macam-macam lagi saya print tampal. Still dia kebal dan buat tak kisah.

Kita siap ajar, kalau makan lapik paper supaya meja tak kotor. Sampah terus buang kat tong sampah luar. 

Kalau berkesan pun sehari dua ja. Lepas tu jadi balik. 

Tadi saya baru wasap dia, saya kata ni bukan rumah. Ni pejabat, orang luar masuk keluar. Jatuh la imej syarikat kita kalau pejabat menjijikan. 

Dia bluetick saya ja. Entah la rasa tak tau nak buat apa lagi dah. Bos pun tak gamak nak suruh dia pindah. 

Sebab bos takut nanti dia tak nak kerja, kita hilang projek. Sebab pengawal keselamatan bersenjata kan makan masa untuk apply lesen kalau ambik guard baru. 

So saya pun dah tak tahu dah lama mana saya boleh hadap dengan keadaan ni. 

– Izati (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *