Stalker Yang Bertaubat

First of all, thanks admin kalau kisah aku disiarkan. Aku tahu cerita aku pasti akan ada yang kecam. Tapi rasanya penjahat macam aku ni tak ada yang confess . Mostly victim je banyak.

Aku tak tahu nak mula dari mana. Masa aku umur 16, pengaruh rakan sebaya ni memang kuat. Masa tu, rebut-rebut perempuan ni normal. Bertumbuk depan sekolah. Perempuan tukar-tukar macam tukar baju. Diorang ni pula jenis senang termakan ayat-ayat manis. Merokok dalam sekolah. Tapi study tetap score. Haha. Masa aku umur 17, ada sistem siapa paling berkuasa. Siapa yang buat paling jahat, dialah ketua.

Aku yang bodoh ni, pergi ayat perempuan. Ajak jumpa tempat tak ada orang, tapi aku tak pergi pun. Orang lain pergi, bila habis diorang bayar aku. Ya aku tahu ramai yang akan kecam aku. Disebabkan tu, aku jadi ketua. Banyak lagi perkara aku buat, tapi aku tak mention kat sini. Waktu aku habis spm, aku kenal dengan seorang perempuan kat facebook, bawah setahun dari aku. Rupanya dia satu sekolah dengan aku.

Aku rasa dia lain dari perempuan2 lain. Dari 14 tahun dia jual pisang goreng tolong ibu dia. Dia anak sulung, ada 6 orang adik lelaki. 1 perempuan. Cara dia berfikir memang lain, lebih matang dari usia. Lebih fikir ke depan. Study dia pun lebih kurang macam aku. Hari-hari aku singgah kedai nak borak dengan dia. Dipendekkan cerita, kami pun bercinta. Aku belikan handphone motorola untuk dia. Senang sikit nak contact. Waktu ni aku study jauh.

Lepas dia habis spm, dia dapat offer pergi UIA. Tapi dia tolak sebab ada 7 adik-adik bergantung kat dia. Aku ok je. Aku cakap kat dia, dia takde diploma/degree pun tak apa. Aku boleh tanggung dia. Waktu ni aku masih seorang yang bodoh, aku fikir, its okay untuk keluar/tidur dengan mana-mana perempuan selagi cinta aku untuk dia. Dia pun terlalu naif kerana percaya cakap aku bulat-bulat.

Bermula dari pertama kali kami bergaduh, aku start berkasar dengan dia. Aku paksa dia buat perkara dia taknak. Aku ugut, aku tinggalkan kesan lebam. Sebagai peringatan untuk dia supaya jangan cabar aku. Masa ni aku tak faham kenapa dia tak boleh fikir yang aku nak kahwin dengan dia, perempuan lain tu sekadar lepas keperluan je. Aku rasa dia narrow minded sangat masa tu. Dia ada kata nak tinggalkan aku. Tapi aku perlekehkan dia, “siapa nak pelacur macam kau? Aku dah rosakkan badan kau. Aku je boleh terima kau. faham tak?”

Lepas graduate, aku buka 1 company kecil untuk business. Modal dari mak ayah aku. Parents aku taktahu apa aku buat belakang diorang. Aku pun selalu bawa girlfriend aku jumpa setiap 2 minggu. Girlfriend aku masa ni, makin lama makin pelik. Dari rambut panjang, dia potong pendek paras bahu. Aku dah kata aku tak suka perempuan rambut pendek. Habis dia lebam haritu. Tapi dia diam, tak melawan macam selalu. Waktu ni dah 6 tahun kitorang bercinta.

Everything is going well. Aku planning wedding kami pada masa sama aku enjoy dengan kerja haram aku. Sampai satu hari, aku tak dapat call dia. Facebook dah deactivate. Aku pergi rumah dia, jiran kata mereka dah pindah. Aku try contact & jumpa kawan-kawan dia, semua taktahu mana dia pergi. Aku mengamuk. Masa ni aku fikir, kalau aku dapat dia, nahas dia aku kerjakan.

2 tahun aku cari dia. 2 tahun. Serata negeri, serata tempat. Semua yang related dengan dia aku dah pergi. Start tahun ke 3, aku stop cari. Aku give up. Aku stop kerja haram, stop minum, stop tidur dengan perempuan lain. Aku mula fokus dengan kerja. Setiap hari aku tengok gambar dia dalam phone aku. Aku rasa menyesal, aku rasa bodoh sangat sebab buat dia pergi. Aku pernah didakwa kerana buat benda tak elok. Tapi dilepaskan sebab tak cukup bukti. Tak lama lepas tu, aku ditangkap semula. Ya, sebelum girlfriend aku pergi, dia dah copy semua data kat laptop aku. Kali terakhir yang dia diam aku pukul dia, rupanya dia tangkap gambar sebagai bukti.

Aku didakwa beberapa kesalahan. Tapi peguam aku minta rayuan kurangkan waktu dipenjara dan ikat jamin. Lepas aku bebas, Aku dah bertaubat, aku takkan ulang kesilapan lama. Aku cari girlfriend aku, dia dah kahwin. Dah ada anak seorang dan tengah mengandung. Mereka nampak bahagia sangat. Dia dah pun bertudung labuh dan baju longgar. Aku broken teruk. Hati aku sakit yang amat sangat. Satu-satunya perempuan yang aku cinta.

Pada awalnya aku tak boleh terima, selalu aku jumpa dia minta dia maafkan aku dan terima aku semula. Aku bagitau semua kisah kami kat suami dia, aku pernah sentuh isteri dia, tapi dia tak menunjukkan reaksi marah/kecewa. suami dia buat report polis, membuatkan aku hanya tengok girlfriend aku dari jauh. Aku tahu ada yang kenal diri aku siapa, kerana kes aku ni agak heboh satu kejiranan.

Aku cuma nak luahkan.. dari sudut seorang yang jahat. Padan muka, i deserved it. Hargailah seseorang tu sebelum dia pergi. Aku dah berhenti stalk girlfriend aku… which is, isteri orang. Cuma sampai sekarang aku masih tak jumpa orang yang sama macam dia. Kadang aku berharap anak dia tu anak kami. Aku patah hati sangat-sangat.

Sekarang aku lebih banyak habiskan masa mencari cinta ilahi dari manusia. Aku habiskan masa dengan parents aku. Aku dah penat dengan dunia. Penat nak hidup bergelumang dengan dosa, yang tak pernah sekalipun mendatangkan ketenteraman dalam jiwa. Membebankan. Akhirnya semua gambar dalam laptop dan phone terpadam. Tiada lagi aib seorang perempuan tersimpan.

Maaf seandainya kisah saya mendatangkan kemarahan para wanita, saya mengaku saya hanya seorang manusia yang khilaf, banyak melakukan dosa. Saya bukan lah orang yang sama seperti dulu, sekarang saya adalah pencinta kaum hawa. Tak mungkin lagi saya akan pukul atau memandang kalian seperti objek. But still, saya memang patut dimaki. Sekian, terima kasih admin. Sama-sama ambil pengajaran.

– Izzat

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *