Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatu..
Teringat kata-kata ustaz abdul somad tentang standard baik orang zaman sekarang kalau dilakukan orang ramai maka baik lah, kalau dilakukan oleh orang atasan atau yang berpengaruh maka baik lah.
Namun, hakikatnya baik itu yang baik menurut islam dan pada pandangan Allah.
Mesej utama yang ingin disampaikan adalah jangan mudah terikut-ikut dengan apa yang kita nampak ramai orang sedang lakukan.
Langkah terbaik adalah dengan meningkatkan ilmu agama masing-masing di rumah masing-masing. Tak perlu keluar rumah pun.
Kalau boleh buka Facebook pastinya boleh buka youtube dan Instagram. Banyak sebenarnya tokoh2 dan ustaz-ustaz serta ustazah-ustazah yang boleh kita jadikan rujukan dan panduan.
Bak kata ustaz pahrol mohammad juoi kita kena paksakan diri untuk berubah jadi lebih baik. Mulakan dengan sedikit-sedikit, sekarang dan yang paling penting mulakan dengan diri sendiri.
Jadikan bulan Ramadan kali ini madrasah yang terbaik buat kita semua. Sungguh disebalik covid19 yang menjadi asbab kita tidak boleh berkumpul di masjid-masjid bukanlah alasan untuk kita mensia-siakan ramadan yang sudah memasuki pertengahan.
Inilah masanya untuk kita memaksimakan ibadah. Buat yang masih baru belajar untuk jadi lebih baik yang hakikatnya baik itu satu proses dan lebih baik itu adalah hasilnya.
Bukan bermaksud lebih baik dari orang lain tetapi lebih baik dari diri kita sendiri yang semalam. Kerana kita dituntut untuk merasakan orang lain lebih baik dari kita. Kita hanya mampu untuk jadi lebih baik daripada diri kita sendiri yang kelmarin.
Makanya yang boleh kita amalkan yang sedikit-sedikit dan sekarang dan mulakan dari diri sendiri seperti berikut.
1. Bangun sahur. Makan lah kurma atau yang sihat2 dan bersederhanalah. Minum banyak air putih.
2. Solat sunat sebelum subuh. Sekurang-kurangnya. Kalau tambah solat sunat taubat, sunat tahajud dan sunat hajat lebih afdal.
3. Solat subuh. Sekurang-kurangnya dan bersihkan diri sebelum solat sunat tadi. Kalau mandi taubat lagi bagus. Macam mandi wajib.
4. Baca al quran atau dengar bacaan sekiranya tak pandai baca.
5. Berzikir dengar ceramah selawat semuanya yang baik asalkan jangan tidur balik. Namun jangan lah tengok movie atau main game.
6. Masuk waktu dhuha solat dhuha.
7. Boleh la buat benda lain yang berfaedah.tolong keluarga di rumah. Bersihkan yang patut. Kalau tiada kerja sangat sambung mengaji atau dengar ceramah ustaz-ustaz yang bertauliah. Banyak tu.
8. 1 jam atau 30 minit sebelum zuhur boleh tidur sekejap jak. 15 hingga 30 minit. Jangan tidur seharian.. Rugi sangat.
9. Selepas zuhur sampai asar pandai-pandai lah tolong buat kerja apa yang patut.
10. Selepas asar boleh sambung mengaji. Baca la almathurat pagi petang.
11. Dekat-dekat masuk maghrib banyak-banyak la berdoa tambahlah doa Mudahan2 hapus lah wabak corona ni dan selamatkan la negara kita yang tersayang dan selamatkanlah semua umat islam.
Selamatkanlah semuanya dan Mudahan2 semuanya mendapat hidayah dan kesenangan hidup dunia akhirat.
12. Berbuka puasa berpada-pada. Jaga Kesihatan jaga pemakanan.
13. Setiap kali sebelum dan selepas solat bole mengaji.
14. Selepas solat isyak boleh solat terawih di rumah dan tutup dengan witir.
15. Setiap hari boleh la perelokkan lagi ibadah masing-masing.
Boleh la tidur dengan tenang dengan niat esok nak buat lebih baik. Masih sempat untuk berubah jadi lebih baik. Untung-untung dapat jadi lebih baik dan dipertemukan dengan malam lailatulqadar.
Akhir kata mari lah kita berpesan-pesan untuk kebaikan. Jangan tunggu jadi baik dulu kerana baik itu satu proses dan kita tak akan jadi lebih baik dari orang lain melainkan menjadikan diri kita sendiri yang lebih baik dari diri kita sendiri yang kelmarin.
Yang kaya raya tu Banyak2 kan lah bersedekah, ada yang cakap sedekah masa kita susah lebih hebat. Yang diuji kesusahan banyak-banyak bersabar.
Sedekah kan doa-doa yang baik2 banyak-banyak. Banyak2 berzikir subhanallah walhamdulillah walailahaillallah wallahuakbar. Ini yang paling mudah dan in shaa Allah dipermudahkan semua urusan kita.. Aaamiin.
– Miss lily white (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini ->Ā https://iiumc.com/submit