Mengikut Wiki, a ‘starter marriage’ adalah; ’a first marriage that lasts five years or less and ends without the couple having any children together’.
Begitu lah saya nak describe my first marriage.
Bila terbaca kisah-kisah rumahtangga di sini, tergerak jugak lah hati saya untuk berkongsi pengalaman saya yang pernah berkahwin dengan seorang ‘mommy’s boy’ satu ketika dulu. Ye, ni kisah lama. Perkahwinan saya cuma dapat bertahan 7 bulan sahaja.
Tujuan saya berkongsi ini, moga-moga boleh dijadikan iktibar dan pengajaran pada golongan muda yang baru nak kawin atau sedang mengalami krisis dalam rmhtangga. BEWARE OF RED FLAGS. Dan, hati2 memilih pasangan.
Saya bertemu dengan si Afie (bukan nama sebenar) ni semasa bekerja satu pejabat. Dua-dua single lagi waktu tu. So, typical story…boy-meets-girl lah. Kami saling kenal-mengenal dalam tempoh beberapa bulan tu.
I used to boast and told my friends that if I want to find a husband, I would prefer those yang tak ramai adik beradik. Preferably anak tunggal.
Saya tak suka so-called ‘family complication’ and messes. Sangat bongkak ayat2 saya waktu tu, kan? Tu laa, terlalu muda dan sangat idealistik. Naif.
Selepas beberapa bulan berkenalan dengan mamat tu, saya call dan bagitau family niat kami nak kawin. Kedua-dua family kami duduk jauh. Nak kena naik flight. Tiket plak mahal.
Both of us baru start kerja… and we barely manage to make ends meet. Duit at the end of the month pun, well, cukup2.
For sure, family saya bising. Diaorang tak kenal lagi mamat tu macam mana terus nak kawin? Saya terus-terang cakap kami tak cukup duit nak fly ulang alik banyak kali, sebab baru bbrp tahun bekerja. Nanti, bila time nak majlis nanti, boleh la kenal.
Ambik senang je saya time tu. Due to that shortsighted decision of mine, I had to live with painful consequences later on.
MISTAKE 1 : Tak introduce betul2 mamat ni pada family. Family cuma jumpa & kenai masa balik kampung untuk majlis kawin.
Saya pun pada masa yang sama, baru bertemu dan bekenalan dengan mak (mommy) dia bbrp bulan sebelum balik kampung untuk wedding.
Mommy dia berada di sebuah negeri nun jauh somewhere in Malaysia. Kami bekerja di tgh bandaraya KL, btw. Mamat ni takde adik beradik.
Anak tunggal. Mommy lama dah bercerai & si ayah dah kawin lain. Tak pernah contact sampai dia besar. Mommy tak remarried, dan duduk sorang dalam rumah yang agak besar & selesa, di kampung.
Another tick on my st*pid checklist. Haa…cool. Takde adik beradik (checked!), at least ade mak sorang je (checked!). No future complication whatsoever. Or so I thought and…how wrong I was.
MISTAKE 2 : Tak mengenali mommy nya terlebih dahulu. She’s a control freak!
Mommy was a retired boss, di satu department of a certain GLC. Sebagai seorang ibu tunggal, she had that instinctive nature to ‘protect’ her son. Sesungguhnya, saya faham bab tu. Tetapi, to OVER protect, to a point of controlling?
Semua yang keputusan penting2 didalam kehidupan anak lelakinya di-‘control’ oleh mommy. Contoh: nak sambung kolej/universiti mana, kursus yang diambik, hatta girlfren (gf) pun mommy pilihkan (maksud saya, gf Afie sebelum saya…
mak dia tak berkenan, sehinggakan diaorang kena putus hubungan ditgh jalan), nak drive kereta & motosikal pun mak dia tak bagi. Risau accident. Go figure! Dia lelaki 24 tahun time tu.
Contoh level control mommy dia tu:
Pada satu hari tu, kami bertiga menghadiri satu kenduri kat kampung dia. Ramai sedara dan member2 mommy yang turut hadir. Semua mokcik2 sana mengucapkan tahniah, pengantin baru all that.
Masa duduk time orang ramai2 tu, sorang makcik keypochi ni tanye. “Haa nanti kamu berdua nak anak berapa?”. Belum sempat saya jawab, mommy yang jawabkan, “Hissshh….diaorang ni anak sorang je…tak larat aku nak jaga cucu ramai sangat!
Aku tak suka”. Terkejut saya dia tiba2 jawab gitu. Blank sekejap. Seorang makcik lain plak mencelah, “Ishh…kamu ni Jah (nama mommy yang bukan nama sebenar), biar lerr budak2 ni putuskan nak anak berapa pun.” Mommy jawab balik, “Eh takde2. Sorang je cukup. Aku yang tentukan”.
Eh! Eh! Pulak gitu. Mata ku terkebil-kebil. Lidah jadi kelu.
MISTAKE 3 : Princess-syndrome mommy.
Semasa berada di kampung saya untuk majlis kenduri kahwin, mommy buat hal jugak. Rumah kami boleh dikatakan agak selesa, besertakan bilik yang banyak. So, keluarga saya tempatkan mommy dibilik tingkat bawah, supaya tak payah dia nak turun naik tangga.
Bilik tu semua dah dikemas dan disiapkan oleh adik-beradik saya. Walaupun initially, diaorang kurang bersetuju untuk saya berkahwin terlalu cepat tanpa keluarga mengenali pasangan lebih dulu, tapi diaorang terpaksa akur jugak lah akhirnya.
Benda baik buat apa nak dipayahkan, saya rationalize-kan pada diri sendiri & family.
Bilik kami di tingkat atas juga sudah disiapkan dengan cantik. Bilik pengantin, katakan. Sehari sebelum majlis, ketika rumah tu meriah dengan persiapan, mommy kata dia nak tengok lah bilik kami; bilik pengantin.
Saya bawa lah dia naik atas. Dia jengok, tengok2 sekelling, belek2 curtain baru dan cakap, “Wow…cantik nya bilik. Kenapa tak letak mommy bilik ni?. Kenapa letak mommy di tingkat bawah?. Mommy tak penting ke?”.
Ber-eh eh laa saya untuk kali kedua. Dalam kepala waktu tu, engko ke aku yang nak kawin? Dah geram dah ni. Saya cuma mampu beristighfar je pelan2 nak sabarkan hati. What have I got myself into? Why? Why?
Cukup lah disitu saja cerita psl mommy ni. I bet you must know by now the kind of person she was. Banyak lagi contoh level controlling dia, terlalu panjang nak cerita.
MISTAKE 4 : Spoil brat and whiny little boy.
Citer my ex-husband ni plak, gini. Selepas kahwin, barulah nampak his full colour…in HD! Sebenarnya, bila dah kahwin, barulah tahu dia ni masih frust tertonggeng dengan mak dia psl mak dia tak suka gf dia dulu. Sooo, pendek kata, I’m just his rebound girl.
I got into the marriage thinking dia mmg suka saya. Mungkin betul dia suka saya…pada mulanya. Dia kawin dengan saya, sebab nak ‘balas dendam’ pada mak dia, dengan cara menceraikan saya selepas kawin. Saje untuk malukan mak dia.
Balas dendam sebab mommy tak setuju dengan ex-gf dia yang dulu…dan juga, terhadap benda2 lain yang the controlling-mommy dah buat sepjg hidup dia. So, basically I’m just a pawn diantara konflik dia dengan mommy. Sounds absurd? Yes, it is absurd.
Sepanjang perkahwinan kami yang singkat tu, saya sempat menyaksikan pergaduhan dia dan mak dia… sampai menengking-nengking dan campak2 barang… piring, periuk…you name it. Sikit punya terok drama anak beranak ni. Saya memang tak masuk campur kalau dia & mommy bergaduh.
Tapi, peliknya; the next day, dia boleh berbaik balik macam takde apa yang berlaku & boleh pegi shopping & ketawa bersama. Konfius. Apa jenis hubungan ibu & anak macam ni gayanya? This leads to Mistake No. 5.
MISTAKE 5 : Big loser all around.
Masuk alam perkahwinan, kami duduk sekali dan bulan ke-3 perkahwinan dia dah tunjuk perangai. Start buat muka masam, bila balik keje malam2. Kadang2, langsung tak bercakap. Takde angin, takde ribut. Bila ditanya, tak menjawab. Kalau bercakap pun, macam nak gaduh.
Saya ni pulak jenis bendul tak terpikir apa2. Hingga lah satu hari rakan suruh check hp dan stalk dia pegi mana balik rmh lewat malam. Saya tak suka sebenarnya, buat keje detective begitu. Semacam tak trust pada pasangan. Well, satu hari saya buat jugak, sebab curious.
Memang sah, dia ada mesage ex dia balik. yang kelakanya, ex dia macam tak layan dia lagi, sebab dah ada bf baru. Dia ni pulok macam tak boleh move on, still clinging to his ex. Dan, dia jeles member tu ada bf baru. Tentang balik malam2 tu rupanya, dia pegi apartment ex dia.
Skodeng dari luar. Tak boleh masuk sebab ex-gf dia ada roommate masa tu. Saya, as Miss Bendul ni ingatkan dia stay back office buat keje.
Rupa2nya…
Saya tahu perkara ni sebab ex dia call pada satu hari tu mengadu hal dia ni. Saya tak marah minah tu sebab tau bukan salah dia pun, mamat loser ni yang gatai cari dia balik. sighh…Saya cuma nasihat jangan layan, dan kalau perlu, report polis dan buat restraining order.
I don’t care if he’s my husband ke ape. Salah tetap salah. Ex dia siap cakap, “Akak ni baik lah & seorang yang rasional. Ingat akak melulu nak marah saya ke ape”.
Saya jawab, “Bukan sebab saya baik, tapi I made a wrong decision of marrying this creep! Sumbat dia dalam jail pun akak tak kisah.” Saya jawab. Geram banget ketika tu!
Tiap2 hari ex saya ni buat perangai moody balik rmh, lama-kelamaan saya pun dah tawar hati & hilang sense of love or respect pada dia. Dah lah perangai mak dia pun dah buat saya panas hati. Di-saat2 keadaan tgh tegang macam tu antara kami berdua, mommy sibuk nak dtg visit pulak.
Saya tak ready nak terima kunjungan mak dia disebabkan keadaan kami berdua pun tak ‘stable emotionally’, risaukan emotions can run high antara kami bertiga kalau dah tinggal serumah, w/pun untuk bbrp hari. Mommy dia…as you know by now, has a strong character too.
Bukan saya tak suka dia berkunjung, tapi masa tu bukan masa yang sesuai untuk dtg rmh. Saya pun tgh emosi dengan perangai anak dia, anak dia pun tgh emo asyik nak cari kekasih lama & mommy pun, well…tau laa perangai dia macam mana kan.
Seperti dijangkakan, itu lah yang betul2 terjadi. Dua orang ni bergaduh, pasal apa saya tak ingat. Tetiba, nama saya sekali yang dikaitkan.
Last2, tak tahan, saya naik hangin la…and, shouting matches happened. All hell broke loose. Semua perkara yang terbeku dihati & hakikatnya saya menjadi ‘pawn’ dalam konflik diaorang berdua anak beranak…
semua tersembur keluar. Saya pun tak sangka saya boleh ‘meletup’ begitu. Normalnya, saya jenis yang calm and collected. Let’s just say, soon after that incident, everything went downhill.
So, adik-adik & kawan2, kami pun bercerai masuk bulan ke-7 perkahwinan. Mutual agreement. Kami ambik langkah berpisah. Tipu lah kalau saya kata saya tak nangis ketika ditinggalkan sorang. Bukan nangis sebab our lost love, tapi nangis sebab sedih diperlakukan begitu.
Nak mengadap family saya lagi (not to mention the guilt, the shame) yang saya telah belakangkan family untuk buat keputusan nak kawin cepat and all that. Juga, nangis sebab terlalu sangat sakit hati. The fact that I’d been duped into the marriage. Macam disiat-siat hati ni rasanya.
So much for my idea of ‘No Complication’ la konon awal2nya kan? What a laugh.
Fast forward… 9 years later, saya telah ditemukan Allah dengan seorang lelaki yang tersangat2 baik.
Seorang yang sangat bertanggungjawab dalam serba serbi, pandai jaga hati (vice versa), seorang ayah yang lembut & penyayang pada anak2 dan paling penting, keluarga sebelah suami yang tersangat-sangat baik.
Hasil dari perkahwinan ke-2 ni, saya dikurnai tiga anak yang comel dan dah besar2 dah sekrg. Tahun ni, dah 14 thn kami bersama melayari bahtera kebahagiaan. Alhamdulillah.
Mungkin, berkat doa saya selama ni yang tak putus2 nak dapat pengganti yang 10x lebih baik sebagai teman di dunia…dan, semoga di akhirat jua. Allah telah makbulkan doa saya.
I do believe, things happened for a reason though, there are no coincidences in this world. Ada hikmah kenapa saya alami episod tragik kisah dulu tu. Mungkin untuk mematangkan saya atau mungkin, Allah nak instil a sense of humility dalam diri saya. Who knows…
Terima kasih kerana sudi membaca confession saya yang tak seberapa ni sampai habis. Maaf, bahasa pun dah jadi rojak. Harap tak pening baca dah ler…hahaha…
Jadi, moral of story; benda kawin2 ni jangan buat main2, pilih pasangan yang betul2 bertanggungjawab, nampak kematangan nya (bukan lelaki je, perempuan sama)….
Kenali keluarga bakal pasangan. Jangan main terjah je, macam saya pada masa tu. Nak senang dan cepat. Last2, merana. Lesson in life, orang kata.
Lastly and most importantly, get out of your bad situation as fast as you can (if possible), try cari solution and never lose hope. Hope for a better partner… better future… better life… better relationship with Allah.
Don’t get stuck too long in a bad situation. It will wreck you mentally and diminish your self-esteem. Else, you may end up as a bitter person the rest of your life.
Selamat sejahtera fellow readers. Harap dapat lah sekelumit pengajaran dari lembaran kisah hidup saya ni.
Wassalam & cheerios.
– Tij (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit