‘Starter Marriage’ Untuk Anak Emak II

Untuk part I, (https://iiumc.com/starter-marriage-untuk-anak-emak/).

Well, if you’re wondering what happen to both my ex-husband and his psychotic mommy… saya pun tak tau. The last time, jumpa the mommy’s boy was sometime in 2002/2003 la gitu.

Selepas selesai cerita di mahkamah semua… fail kan cerai secara formal di hadapan hakim etc, (by the way, dia kena denda RM1K ye, sebab lafaz luar mahkamah).

Dah dekat nak setengah tahun lepas cerai tu, ex saya ni ajak berjumpa tiba2. Mula2, saya tak nak tapi dah dia berkeras nak juga jumpa, so oklah, saya setuju berjumpa…. sekejap. Curious jugak dia nak cakap apa kan lepas aniaya saya macam tu sekali.

Kot lah, by some miracle dia berubah ke, mommy pun berubah ke, nak mintak mahap ka… tapi kalau benar pun, saya takkan terima dia balik.

Giler ape… to be back in that hell of a marriage. People don’t change that easily, trust me.

Kalau dalam drama Korea atau drama pukul 7 tu mungkinlah.

Percaya lah… itu semua dalam pilemm jek, adik2.

Ni part kelakar, dalam banyak2 benda ex saya cakap masa berjumpa tu (saya cuma pasang sebelah telinga je, sambil peluk tubuh), yang paling saya ingat ialah, “Ok, mommy dah tak marah you dah sekarang, she forangives you. Let’s get back together again”.

Eh… eh… EXCUSEY MUA?? Psycho much??

What? She ForangIVES me?? Allooo… Mamat ni mesti ingat the entire universe revolves around him and his mommy, agaknya. Ooo… ingat saya ni takde harga diri?

Saya jawab; “Really??” Wow. That’s big of her. I tak buat apa2 salah okayy… a conflict antara you and mommy and I happened to be in the middle. Itu je.

So I would appreciate lepas ni you jangan call, jangan ajak berjumpa lagi. Kalau tak, I panggil my brothers, lanyak you sampai kojol !

So, the urgent news sesangat tu nak jumpa sebab nak cakap mommy dah ForangIVE saya laa yer… Aigoo. By right, they are the ones who shd be thankful sebab saya tak report polis sebab menipu.

And with that, I dropped my ex dekat station bas entah mana2 kat KL (since he’s a loser yang tak reti drive), and I drove off alone into the night. Saya grip steering wheel kereta dengan kuat sambil tgn terketar2 menahan marah.

Saya drive laa semalaman tak tau hala tuju. Nasib la saya pemandu yang agak berhemah (chey wahh..hahaha) dan tidak melepaskan marah di atas jalan raya. Akhirnya, selamat sampai ke apartmen saya pada awal pagi. Totally exhausted.

That was the last time I heard from him. Hahh! Tauu takut.

Mommy dia… well maybe she got my parting ‘message’ from her boy malam tu, that lepas tu saya dah tak dengar dah anything from both of them ever again, sampai sekarang. Dah 20 tahun lebih dah. Saya pun dah happily remarried. Entah ex saya tu masih hidup ke, tak. Saya tak nak tau.

So, that’s the end cerita of my tragically epic experience with a mommy’s boy. Masa saya first cerita kisah tragis ni pada suami yang sekarang ni… being a cool guy that he is… Dia just geleng kepala and cakap, “Ishh… ishh… psycho nye.”

Jadi, kali ni… sambungan dari cerita saya yang pertama tu, saya nak bercerita ttg pengalaman2 lain selepas berlakunya perceraian dan bagaimana saya boleh meneruskan penghidupan seperti biasa.

At first, it wasn’t easy, mind you.

Walaupun saya takde anak dengan my ex dan duduk sorang lepas cerai, tetapi saya tetap ada komitmen lain nak kena bayar… sewa rumah, bill air/letrik, instalment kereta.. semua nak guna duit. Nak harapkan ex bagi time tu, hmm… tak payah la. Buat sakit hati je.

Sedih memang sedih. Bila bangun pagi2 nak pegi keje, Ya Allah. Tuhan yang tau perasaan nya. Kadang2, tengah iron baju pagi2 tu, meleleh je airmata tak henti2.

Tapi, kena bangkit jugak. Mengadap member2 ofc, boss dan kerja2 bertimbun. Nasib baik dapat boss yang sangat2 memahami. Dia bagi keje ‘light2’ je pada saya, sementara nak ‘heal’ hati tu.

Rezeki saya, saya dikurniakan juga keluarga dan kawan2 rapat yang tersangat2 caring. Walaupun family saya jauh, tapi selalu telipon tanyekan ok ke tak. Mak saya nak datang jengok time tu, tapi saya pesan kat kakak jangan bagi mak datang.

Takut mak risau dan jatuh sakit. Mak plak ada darah tinggi dan masalah jantung.

Bila keadaan dah reda sikit; emotionally & apabila dah selesai turun naik mahkamah, boleh lah kalau mak nak datang. Mak & adik bradik pun nasib baik paham.

Drama mahkamah tak lama, sebab kawin pun sekejap sangat dan takde anak. Takde harta sepencarian yang nak direbut bagai. So, the court procedure was quite straightforward. Tinggal formalities je.

Kawan2 baik saya pun selalu bertanyakan kabar. Hinggakan ramai2 sanggup datang teman dan tidur di rumah saya berhari2… sebab risaukan wellbeing saya.

Diaorang sanggup pegi ulang alik keje dari rumah saya. You guys know who you are kan… kalau terbaca lah pun confession ni. I love you all… mmuah mmuah…

Turun naik mahkamah pun saya sorang2 je, tak nak kawan2 teman. Taknak dibiasakan sebenarnya. Nanti kalau kawan2 busy, saya tak boley pulak nak hadap sorang2.

Cuma satu, saya teringat masa jumpa counselor di mahkamah tu, sebaik sebelum kami isi surat tuntut cerai. Jumpa counselor tu pun cuma procedure je, cukup syarat je gitu.

On the same day kami jumpa counselor tu, the same day jugak kami isi borang untuk bercerai. Malas nak panjang2 cerita.

Masa saya dalam bilik counselor tu, dia berpesan; “bertabahlah puan, puan masih muda lagi diawal 20-an. Banyak peluang untuk berjumpa yang 10, 100 kali lagi baik dari bekas suami puan ni.

Saya tengok muka, pe’el dia pun saya tau dia masih tak matang lagi. Kalau bercakap tak nak kalah. Saya bercakap pun dia lawan. Kot mak dia aje laa yang betul dalam dunia ni agaknya. Puan janganlah bersedih sangat. Kira kes puan ni agak ok lagi.

Yang banyak datang di meja saya ni; kes2 lagi berat, kes penganiayaan, kes pukul anak bini, laki balik bawa perempuan masuk bilik depan anak bini, mabuk, bekas suami lari dari nafkah, dsbnya.

Boleh dikatakan fail2 yang berlonggok atas meja saya ni, 80-90 peratus kes disebabkan oleh para lelaki. Saya sebagai lelaki pun saya turut sedih.

Jadi, puan perbaiki lah diri, sibukkan diri dengan bekerja, dekatkan diri dengan Allah. Hati2 carik pasangan. Yang perempuan ni selalu senang dengar nasihat, yang lelaki ni….well, payah sikit saya nak nasihat. Saya pun lelaki, saya tau lah. jangan bersedih ye puan.”

Begitu lah adanya cerita counselor tu. Wallahi saya tak tipu dan buat2 cerita. Allah saksi saya. So, my question is: dimanakah silap?

Ok, sooo… let’s leave it at that for us to ponder for another time.

Yang saya nak cerita kali ni dengan agak panjang sikit, adalah bab bawah ni… (sorry, panjang nau mukaddimah kat atas tu… hahaha)

Al-kisah nya begini…. salah seorang BFF saya, nama Sherry (bukan nama sebenar) bercerita yang dia ada kawan sorang lagi (another circle of her friends, yang saya tak kenal), bernama Koko (pun bukan nama sebenar).

Koko ni selalu in contact with a certain ‘ustaz’. Mungkin ‘ustaz’ ni boleh bagi doa ke, air apa2 ke untuk membantu mengubat hati saya dah remuk berkecai nih.

Masa tu memang jahil laa sangat2 kan. Kalau dah hati remuk ke bagai, doa je lah sendiri ek. Mintak ampun dan pertolongan straight dari Allah.

Well, saya tak terpikir langsung time tu. yang saya tau, hati saya terlalu sakit and I needed the pain to go away… fast! sebabnya, saya perlu bekerja dan kembali pada penghidupan saya yang asal. I need my brain to be fully functional…at work! So Sherry ni introduce lah saya pada Koko.

Koko ni baik sangat. Sherry pernah cakap; “You boleh lah cerita masalah you pada Koko to get an objective view, and she can give out very good advices too, cuma kalau dia dah masuk bab alam2 mistik you just ahha…ahha (angguk2) je la. jangan percaya sangat”.

Saya ni jenis curious dan berkawan dengan semua orang. So saya mintak lah Sherry jemput minah ni datang rumah.

She came a few times and memang dia baik sangat. A good listener and not judgmental pada permasaalahan saya. Most importantly, she didn’t say I was a total idiot for marrying that guy..hahaha…

She came a few times to the house and kami borak; nangis dan gelak sama2…sekali dengan Sherry. Then, one night…tgh borak2 tu Koko cakap,

“You know what beb, saya kenal sorang ‘ustaz’ ni dok kat Gombak. Maybe you boleh mintak tolong dia tengok2kan kes you macam mana. Mungkin dia boleh ubatkan. Nanti I bawak you jumpa. Takpe, I boleh bayarkan”.

Saya teringat balik pesan Sherry mula2 tu dan start jeling2 kat dia. Sherry just senyum and secara isyarat mulut; “Layan je la”.

Saya terpikir jugak, apasal jumpa ustaz nak kena byr pulak? Pelik.

Nasihat Sherry pd saya, “Takpe, you pegi je ikut Koko & tgk macam mana. I’m not going to stop you. You boleh pikir sendiri lah. Kalau the so-called ‘ustaz’ buat ritual pelik2, you get out of there. FAST!”.

I ni pun bukan alim sangat nak nasihat macam2, solat pun kadang2 celups-celups. Kalau tak busy, I buat. But, on a different basic level of our religion, I tau laa kalau benda mengarut2 khurafat ni. That there are no intermediaries in Islam.

Kalau ada masalah, ngadu terus, sujud pada Allah… takde nak ngadu dengan orang tengah bagai. But, anyhoo, you go and see for yourself lah macam mana.”

Sherry awal2 dah bagi warning panjang lebar pada saya. Dia tak ikut sekali time tu, sebab kena tido awal…ada meeting penting the next day.

Lepas Maghrib, saya & Koko bergerak lah ke Gombak. Singgah somewhere untuk dinner + borak2, ditambah jem on the way, kami sampai sana dah nak dekat pukul 11malam.

Keadaan sangat gelap dan menakutkan. Area rumah ‘ustaz’ tu agak ke dalam; jauh dari hiruk pikuk main road Gombak tu. Mungkin jugak sebab dah lambat kan.

Dah pusing banyak2 kali nak make sure rumah yang betul, Koko pun berhenti lah bawah sebatang pokok besar di depan sebuah rumah satu tingkat.

“Okeh, kiter dah sampai,” ujar si Koko. Sekeliling rumah nampak gelap, ditambah lagi dengan pokok besar depan rumah. It’s a single house, bukan teres ke ape. Jiran2 pun rumah sebijik2, agak jauh. Suasana sungguh menyeramkan.

Bagi salam beberapa kali, baru lah disahut dari dalam. Keluar lah isteri ‘ustaz’ tu menyambut kami masuk. Dibawanya kami berdua ke bahangian annex rumah tu.

Serupa macam bahagian rumah yang telah ditambah dibahagian tepi, not the original sructure rumah tu lah, maksudnya. Masuk je pintu bilik tu dan lampu pun dibuka, baru lah nampak terang semuanya.

Dan, saya pun kurang sikit rasa suspen dan takut. Tapi, masuk bilik tu pun saya dah rasa semacam.

Bilik tu kecil je, mungkin boleh muat 1-3 orang tidur dengan selesa. Di sebelah kiri pintu terdapat tilam single atas lantai, bercadar lusuh dan bantal pun nampak macam lusuh. Seperti lama tak basuh.

Sebelah kanan, ada almari kayu simple, bercermin. Didalam ada buku2 sikit dan botol minyak kecik2, ubat-ubatan etc. Siling pulak, direntang dengan kain kuning.

Hmm… lain machiam dah perasaan saya ketika tu.

Saya dan Koko tunggu beberapa minit. Si ‘Ustaz’ tu pun masuk bagi salam. Saya nervous dah ni.

‘Ustaz’ tu terus ambik buku log besar dan start ambik nota. Koko mulakan perbualan kami dan menceritakan sedikit ttg apa yang terjadi pada saya. ‘Ustaz’ tu pun angguk2 je dan tulis dalam buku log tu. Entah apa yang dicatitkan. Wallahualam.

“Jadi, sekarang kamu dah bercerai lah ye, dengan si Afie nih?”.

“Ya betul, Ustaz”.

“Kamu ni sebenarnya dah kena sihir pemisah”. macam tu je dia blurt out.

Hmm…sihir pemisah? Ligat otak saya berputar. Sapa plak yang nak ‘sihir’kan saya? Mommy kah? Ex-gf mamat tu kah?

“Ok, sekarang kamu baring, pandang atas ke siling. Saya akan golek-golekkan telur ayam ni atas perut kamu”.

Saya ikut je, tanpa tanya apa2. Tak brani sebenarnya. Sungguhpun otak saya dah bagi warning… eh, ni dah masuk kes khurafat ni. Kalau dia sentuh je aku, aku ‘silat’kan terus muka pakcik ni. Saya nekad dalam hati.

yang buat saya berani time tu sebab Koko pun ada sekali dalam bilik tu, tak lah saya berseorangan kalau ‘ustaz’ ni nak buat hanky-panky pun.

Lepas saya diselimutkan dengan gebar yang agak besar, pakcik ni pun buat aksi golek2 telur atas perut. Dia tak sentuh lah perut ke ape… dia just buat aksi seolah2 golek2kan telur atas perut gitu je. Seolah2 macam dia buat scan la atas gebar tu, di bhgn perut.

Boleh imagine tak? Takk? Well, that’s Ok. Hahaha. Not importante..

Lepas 20 minit terbaring gitu, saya pun dipanggil bangun dan duduk mengadap pakcik tu. Dia cakap yang saya ni kena sihir dan saya perlu keluarlah dari sihir tersebut.

Dia suruh perhatikan telur ayam yang dia sedang pegang. Dia kata ada macam rambut halus terjulur kluar. Saya dok perati lama2, takde nampak apa2 pun. Tapi, saya ye-ye kan saje. hehe….

Dah selesai semua, saya diminta datang balik berjumpa untuk sesi ke-2; bawak duit (of course!), kain 7 warna ke ape…, ayam kampung kot, kalo tak silap…dan bbrp benda lain. Nasib baik tak disuruh bawa hati nyamuk 7 dulang!

Issshh…mengarut betui, dalam hati saya. Tapi, saya angguk je la time tu. Tak berani nak cakap apa2. Saya tak nak lah piss off orang macam tu. Kang dibuat nya lain plak kat kiter kan? Dah laa lewat malam.

After close to 1am, kami pun byr apa yang patut & mohon diri untuk balik. Dalam kereta, the first thing I blurted out to Koko was,

“Eiiiii….bukan khurafat ke semua ini?. I mean, I percaya memang wujud nya benda2 ghaib ni…syaitan, jin, iblis memang ada, tapi nak kata terus saya kena sihir macam tu…boleh percaya ke pakcik ni? Dan, betul ke dia ni seorang ustaz?” I grilled Koko.

Koko senyum je dan cakap, “Terpulang lah pada you nak percaya ke tak, tapi I pernah dirawat pakcik ni dulu…dan, lepas tu I terus sembuh!”

Hmm… tetiba saya rasa malas nak berdebat dengan orang yang percaya benda2 syirik gini. Dah laa emotionally saya memang dah penat, ditambah lagi nak bertekak dengan minah ni.

Dah lewat malam plak tu. Besides, minah ni pun baik. Cuma, dia percaya benda yang bukan2 ni je. Doesn’t make her a bad person, right?

Koko hantar saya balik apartment awal pagi dah. Sherry yang bermalam dirumah saya waktu tu, dah pun nyenyak tido. The next day over an early breakfast, Sherry & saya buat post-mortem & berbincang ttg apa yang terjadi malam sblm tu.

Basically, pengajarannya di sini, syaiton tu kerjanya menyesatkan dan mengelirukan kita. The so-called ‘ustaz’ yang sebenarnya bomoh tu perantara nya. So hati2 la ye kawan2.

Pada masa tu, kita tengah vulnerable sesangat, hati dah remuk keciwa, katakan. memang time2 tu laa, syaiton ni suka menyusup masuk ke hati dan bermain dengan perasaan.

Walaupun saya dah menjauhi diri dari Koko ni tapi, kalau hari raya kami masih ziarah-menziarahi beberapa tahun raya selepas tu. Tak la sampai putus kawan. Tapi cuma dah tak lepak rapat macam dulu la.

Lama2, dia pun paham kot saya tak nak repeat jumpa bomoh tu. So, she left me alone, in order to respect my stand in the matter.

As for my goofy friend si Sherry plak, kami still kawan baik. Sherry sekarang pun dah jadi boss besar didalam sebuah GLC terkenal negara. Dah dapat gelaran Datuk dah dia sekarang. Bukan Datin, tapi Datuk! Fuyo. Memang wowzers sesangat kawan saya yang sorang ni. Don’t play2.

Tapi, memang dari dulupun saya kenal dia memang jenis yang smart and strategic-minded. banyak contribution nya pada masyarakat yang memerlukan over the years. I just hope she improves on her ibadah je la by now… hahaha… Aku pun sama. Oppss…

As for me, I’m still me. Happy as I am, being a house manager with three lovely kids and a great husband as a partner. Alhamdulillah.

Semua penceritaan saya ni terjadi masa saya masih muda in my early 20’s, sometime in early 2000.

Seperti yang telah dinyatakan diatas, beberapa tahun pertama tu memang agak sukar untuk rise back up and continue my life as usual (after the divorce), but, with the grace of Allah,

I overcame some of the obstacles that I had to face; buried my life with work the whole time until I found my man and partner in life (InsyaAllah)…9 years later.

I patched things up with my family. Mula2, tu kena tebalkan telinga jugak lah kena leter sebab tak dengar cakap masa nak kawin cepat2 first time tu kann…

But well, family is thicker than blood. Air dicincang takkan putus. No matter how much you screw up your life, they still love you unconditionally.

Do take note kawan2; kalau hati tgh remuk kecewa tu, few of the things you can do to deal with the heartbreak and heal your wound faster are (if I may recommend):

1. Make a better relationship with Allah SWT.

2. Bury yourself with work…always. Keje sampai penat, sampai rumah terus tido. Tidak akan ada masa nak entertain nonsensical thoughts.

3. Don’t be alone, surround yourself with trusted friends/family.

4. Put a timeframe to your grief. Nak komplen, talk abt your misfortune all you want. Do it, sampai telinga you sendiri boring dengar cerita tu.

But, don’t dwell on it for too long. Put a timeframe to it. Then, get up from the ashes, dust yourself clean & learn to live and breathe another day. Slowly, but steadily.

5. Ahh… and also; exercise, exercise, exercise! Buat la workout kat rumah ke, gym ke, go nature hiking ke…whatever. You need to have that feeling of accomplishing something in your life, after such an episode. Kalau berjaya kurus tu, it’s a bonus!

Saya tak tahu persahabatan kaum lelaki macam mana lepas kawin. Tapi, bagi saya sebagai seorang perempuan yang telah mengalami pengalaman tragis sebegini…

Walaupun dah berkawin, jangan sesekali buang kawan baik kita yang pernah bersusah payah dari dulu bersama kita.

Yes, of course kena tumpukan pada family tapi kawan2 yang baik jangan disingkirkan. You never know when you may need their advices and insights into things. Family pun lagi lah… jangan dibelakangi. Lain lah kalau diaorang terlampau toksik.

Life is short, so make it worthwhile.

Take care kawan2 and fellow readers. Semoga hidup kita sentiasa diberkati dan dilindungi dari anasir2 yang merosakkan dan makhluk2 yang berniat jahat.

Saya doakan semua pembaca budiman sentiasa dilimpahi rahmat-Nya dan mendapat keredhaan di dunia dan akhirat. Let us together upgrade our relationship with Allah SWT. Aamiin. Sekian.

Yours affectionately,

– Tij (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *