Failing to plan is planning to fail
Hari yang indah ni teringat quote gini. Dan tiba-tiba terfikir apa plan hidup aku eh? Apa aku nak capai 5 tahun lagi? 5 tahun lagi aku akan jadi lebih baik atau masih di tempat yang sama? Dan benda pertama yang aku fikir mestilah macammana perancangan kewangan aku yang cantik dan tak sebabkan aku tak gagal dalam merancang. Jadi, disini aku nak share apa yang aku tahu pasal perancangan kewangan (yang paling simple takda kira-kira)
Firstly, mestilah income. Dok pung pang pung pang nak rancang kewangan tapi income pun takda, baik duduk bawah pokok kelapa seperti Mat Jenin dan angan-angannya. Eh, sebenarnya Mat Jenin punya angan-angan tu bagus dah just dia takda usaha saja, samalah macam kita kalau takda usaha jadilah Mat Jenin Moden. Aduh menyimpang dah ni. Oh ya, pasal income ni korang plan lah macammana nak jana income, yang dah ada kerja tetap, kalau rasa tak cukup boleh buat part time, yang mana sesuai dengan keperluan dan kehendak korang. Takkan lah nak jana income sendiri pun orang nak pening kepala sebab kau.
Secondly, aku letak menyimpan/pelaburan sebagai yang kedua sebab kalau letak bawah-bawah kang simpanan kemana korang kemana, ye dak? Simpanan ni penting untuk bantu korang meneruskan kelangsungan hidup. Ada banyak method korang boleh guna untuk simpanan ni. Tabung hijau, tabung oren, tabung biru, tabung kahwin. Be creative, guys. Korang tentukanlah sendiri berapa korang nak simpan dalam sebulan/setahun dan target tu mestilah selaras dengan income korang. Jangan dok target melangit sangat dan jangan ikut target orang, kita tahu keupayaan diri sendiri.
Simpanan ni juga korang boleh beranakan, iaitu guna pelaburan. Pelaburan ni pun korang boleh google lah apa yang sesuai dengan korang. Kalau bagi aku, ASB dengan Tabung Haji ni boleh lah korang try usha-usha nak belajar melabur sebab baru belajar kan? Janganlah baru nak belajar melabur korang terus dok aim saham-saham yang tinggi risiko tu guys, rugi kang nangis. Oh ye, dana kecemasan pun jangan lupa ye, atleast 3 bulan gaji. Dan yang baru bekerja tu, korang bolehkan mencarum dalam Private Retirement Schemes (PRS). Ada insentif kerajaan tu.
Thirdly, hutang/expenses. Haa yang ini peribahasa ‘ukur baju di badan sendiri’ sangatlah berpadanan dengan hutang/expenses ni. Aku takdalah bangkang bila orang cakap “eh duit aku, aku dah penat-penat kerja sukahati aku lah duit aku nak belanja ke mana pun”. Tapi kalau baru 8 hari dapat gaji dah menghitung menunggu gaji next, something wrong somewhere dudes! Check balik apa keperluan apa kehendak.
Hutang ni kena banyak fikir apa implikasi dia in long term pada kehidupan kita. Aku tak cakap pun hutang ni jahat. Ada hutang yang baik macam hutang untuk beli rumah, rumah tu akan jadi aset kita. Tapi kalau buat pinjaman peribadi untuk perkahwinan, sangat-sangatlah tak digalakkan. Unless pasangan kau adalah bidadari yang kau takkan mampu dapat tapi sebab kau guna ayat power, kau dapat dia. Eh?
Okaylah, sebenarnya benda aku taip ni basic je dalam kehidupan. Sangat general. Benda kalau korang jumpa mana mana perancang kewangan inilah yang depa dok sembang pun. Kalau kena bash and orang cakap ‘hak alah benda simple gini pun nak share’, takpalah awak taknak tahu, mungkin orang lain nak tahu. Aku nak suggest kat korang, kalau korang ada twitter bolehlah followlah geng-geng kewangan kat sana. Dorang ni sangatlah membantu untuk perancangan kewangan in details.
Okaylah bye, semoga hari-hari yang korang hadapi indah belaka.
– Zee
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit