Stay Atau Berhijrah

Assalamualaikum kepada semua pembaca IIUM Confession. Semoga sihat sejahtera semuanya

Nama aku encik Jambu. Umur 32 tahun, dah kahwin and dah ada anak sorang. Cukup sekadar itu intro aku. Bini aku surirumah sepenuh masa n ada buat dropship. Dapatlah duit sikit2. 

Tujuan aku menulis dalam IIUM Confession ni sebab nak tanya pendapat semua reader2 dalam ni untuk bagi pendapat, idea, cadangan dan pengalaman korang semua. Cerita ni tentang kerja, bosan lah asyik nak layan cerita masalah rumah tangga je. 

Tajuk aku stay atau berhijrah adalah mengenai kerja sekarang dan better offer yang baru aku dapat.

Cuma aku berbelah bagi untuk stay dekat tempat kerja sekarang atau ambik offer yang aku baru dapat which is better lagi dari company aku sebenarnya. Aku dah kerja dekat company sekarang ni dah hampir 6 tahun ye. 

Mengapa aku berbelah bagi untuk berhijrah?

Itu persoalan yang akan aku cuba terangkan, dan yang paling utama aku berat hati nak berhijrah sebab aku dah daftar diri untuk sambung DPLI kat OUM.

Aku ambik DPLI ni sebab nak jadi cikgu suatu hari nanti, which is benda yang dah lama aku tunggu demi nak capai impian aku untuk jadi pendidik suatu hari nanti,

Then ada perancangan nak sambung belajar sampai peringkat phd sekiranya diizinkan oleh Allah. Doakan aku ye semua. Mohon doa kalian. 

Mengapa aku cakap sebab aku sambung DPLI aku jadi berbelah bagi untuk berhijrah?

Sebab aku dah bincang dengan boss aku untuk ambik cuti selama 3 bulan tanpa gaji untuk buat pratikal lepas habis belajar DPLI, then boss aku benarkan. Aku dah syukur sebab boss aku benarkan dan sokong untuk kejar impian aku. 

Kelas DPLI ni hujung minggu dan via online sahaja. Kalau ikutkan tak de apa2 halangan pun untuk aku berhijrah ke tempat kerja baru kan?

Ye betul, tapi kalau aku berhijrah ke tempat baru, aku tak pasti lagi boss tempat baru aku bagi ke tak untuk aku cuti 3 bulan untuk pratikal,

Then kalau aku berpindah ke tempat yang baru aku tak tau lagi beban kerja kat tempat baru macam mana walaupun jawatan yang sama.

Nak kenal orang lagi, nak hadap environment baru, management yang baru,nak belajar benda baru, dan semuanya boleh dikatakan baru lah. 

So semua benda2 tu yang buat aku rasa terbeban dan aku takut memberi kesan kepada DPLI yang bakal aku ambil nanti. Aku tak nak pikul dua beban dalam satu masa.

Apa yang paling aku fokus sebenarnya adalah DPLI, bukan kerja baru. Kerja baru yang aku dapat ni bukan sebab aku apply, tapi ejen kerja yang cari aku melalui resume yang aku upload dekat indeed.

Aku pergi interview sebelum apply DPLI lagi, lepas interview aku dapat panggilan temuduga kerja, so aku pergi jela temuduga tersebut untuk memenuhi undangan. Tup2 dapat lah pulak. 

Tempat kerja yang aku pergi temuduga hari 2 offer lebih baik daripada company aku yang sekarang ni, which is include 25% kenaikan basic dari sekarang ni, setahun 2 kali bonus, bonus loyalty 10% tak  basic,

(loyalty bonus akan naik 10% setiap tahun, akan jadi 100% selepas 10 tahun kerja), car allowance after confirm, housing loan allowance after 1 tahun bekerja dan better jugak dari segi benefit medical dan optical dari segi amountnya naik. 

Untuk kerja aku yang sekarang ni, mengapa aku berbelah bagi? Situasi kat tempat kerja aku sekarang ni, aku tak de masalah apa2 baik dari segi environment, boss2, member2 department lain, dan juga task aku.

Tapi disebabkan company aku sekarang ni effect dia punya sales disebabkan global economy sekarang yang tak cantik, so aku tak de ot untuk cover aku punya perbelanjaan. 

Ada lebihan gaji lagi lepas tolak hutang, tapi still tak cukup untuk tampung hidup. Aku topup dengan simpanan yang aku ada je. Kira aku makan basic je lepas ni. Basic aku pun dalam 3. 3k dan elaun 300. Kat company baru aku offer basic 4. 2k dan elaun 350. Banyak juga beza kalau ikutkan.

Tapi apa yang menarik minat aku untuk stay adalah boss aku nak bagi rating perfomance yang bagus untuk tahun ni, then aku akan dipromote untuk naik ke position senior tahun hadapan. 

So rating performance dan promotion yang bagus ni akan effect kepada bonus aku dan juga basic aku akan naik lebih banyak berbanding dengan tahun2 sebelum ni.

Itulah yang paling membuatkan aku berbelah bagi untuk berhijrah. Sebab aku rasa rezeki aku untuk dapat lebih dekat company yang sekarang ni dah tiba, dan aku dah buat kira2 kalau aku dapat promotion ke position senior, basic aku dalam 4.1k, tapi aku kena tunggu setahun je lagi. 

Rating dan promotion yang boss aku nak bagi bukan sebab nak counter offer yang aku dapat ni, tapi sebab turn aku dah sampai untuk di promote ke position senior, boss aku tak tau pun aku dapat offer lain.

Lagipun aku sebenarnya dah selesa kerja kat company sekarang ni sebab aku dah hampir 6 tahun bekerja, segala masalah aku boleh handle based on knowledge dan experience aku.

Itu yang membuatkan aku rasa tak terbeban untuk sambung DPLI, sebab aku dah tahu nak handle masalah kerja macam mana, disamping dapat kawan2 dan boss yang supporting. 

Aku juga dah buat kira2, kalau gaji basic aku dah cecah angka 4k sebulan, kenaikan pun jadi lebih banyak berbanding dengan yang lepas2 sebab dia kira based on percentage.

Aku memang buntu sekarang ni sama ada nak terima better offer atau stay untuk tunggu promotion tahun depan. Tapi tahun ni rating aku akan lebih baik dan bonus akan dapat lebih dari tahun2 yang sebelumnya. 

Minta pendapat dari warga IIUM Confession sekalian bagi pandangan sama ada aku perlu stay dekat tempat aku kerja sekarang ni atau berhijrah.

Pandangan warga IIUM Confession sekalian mestilah berdasarkan apa yang aku ceritakan. Kalau aku perlu berhijrah mengapa? Dan kalau aku perlu stay mengapa? Mohon beri pendapat dan pencerahan. 

Jujur aku cakap, sense aku lebih kepada suruh stay kat company sekarang. Salah satunya jugak sebab tempat kerja aku dekat dengan rumah, 7 minit dah sampai. Tempat kerja baru 35 minit baru sampai.

Aku akan mula sambung belajar DPLI bulan january 2024, dan sekiranya aku terima offer tempat baru, akan mula kerja bulan 12 nanti. 

Di kesempatan ini jugak aku ingin bagitahu kepada sesiapa yang ada cita2 untuk jadi guru, DPLI OUM dan UKM tengah buka untuk ambilan januari 2024.

Ambilah peluang ini sementara peluang masih ada. Tiada jaminan untuk kita jadi guru, tapi sekurang2 kita ada tiket untuk jadi guru dan dipanggil temuduga. Semoga kita dimurahkan rezeki semua. Doakan juga untuk saudara kita di Palestin sana. Aamiin..

Sekian terima kasih semua.

Assalamualaikum.

– Encik Jambu (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *