Hi aku Mila (bukan nama sebenar). Sebenarnya dilema aku sama je macam dalam tajuk diatas tu. Nak stay atau resign?
Kisahnya macam ni. Aku engineer. Lepas grad, aku dapat kerja jadi site supervisor (penyelia tapak) berdekatan dengan rumah aku masa tahun 2018.
Kemudian lepas kerja beberapa bulan, aku dapat tawaran kerja dekat satu big company dekat ibu kota. Aku pun terima tawaran tu sebab kerja tu sesuai dengan kelayakan aku.
Culture company tu semua melayu, and aku rasa kerja aku pun tak berat sangat sebab company tu ada masalah kewangan, so banyak subkontraktor projek tu dia tak bayar.
Dipendekkan cerita, disebabkan subcon tu tak buat kerja, aku pun jadi tak banyak kerja. Lepas tu, pkp pulak.
Masa pkp, pkpb, nrp ke apa semua tu company aku memang macam biskut kejap buka, kejap tak buka. Erti kata lainnya, 2 tahun aku kerja tu, knowledge aku ada lah dalam 20% je dalam bidang kerja aku.
Aku survive 3 tahun jugak la dekat situ, dengan kerja non hado.
Lepas 3 tahun aku dapat tawaran kerja company lain (company Y), majoriti bangsa melayu jugak. So faham kan culture kerja melayu macam mana. Jumaat buat potluck la, borak-borak la..
Kerja aku kat company baru tu langsung tak berkembang sebab kerja aku buat progress report je hari-hari. Kat situ aku ada department manager. So yang masuk meeting, semua bos aku. Kau tolong dia buat report je.
Site pun dah 95% siap time aku masuk, so kerja pun tak banyak. So, ada lah dalam 35% pengalaman and knowledge aku setelah 3.5 tahun kerja.
7 bulan lepas aku kerja company Y, aku dapat lagi tawaran kerja dekat company lagi besar (company Z).
Masa ni aku terasa aku tak berkembang kerja kat company Y, and aku rasa aku nak duit lebih, so aku terima la tawaran kerja dekat company Z. Gaji aku naik sebanyak 1k dari company Y. So, of course la aku pergi. Sebab nama jawatan sama, gaji lebih kan.
Sampai company Z ni, hari pertama kedua aku rasa ok lagi. Masuk hari ketiga, wah gila la. Aku rasa macam super b****h dekat company ni.
Bila fikir-fikir balik, ye la memang dalam resume pengalaman aku 3-4 tahun, tapi aku rasa apa yang aku belajar sebelum ni cuma 3% je dari bidang kerja sebenar aku.
Tak tahu nak salahkan siapa, pkp ke, bos lama yang tak guide aku ke? Tak tahu. Masa interview company Z of course la kita cakap beria kan, and masa iv pun aku confident. 3 hari selepas iv, aku diterima dekat company Z.
So, company Z ni masa dia ambik aku kerja, memang dia ada harapan yang tinggi pada aku sebab pengalaman aku dah 4 tahun. Bila aku jumpa ex staff yang resign (yang aku ganti tempatnya), dia level senior kot.
And pengalaman dia dah 10 tahun lebih. Macam mana company Z boleh letak aku dekat level orang yang dah ada pengalaman kerja lebih 10 tahun?
Sekarang ni aku rasa malu sangat nak pergi kerja berhadapan dengan semua orang sebab aku rasa aku tak tahu apa-apa. Dekat company lama, aku ada superior. Dekat company Z, aku la satu-satunya engineer dalam department aku.
So, aku yang ada knowledge yang sikit ni yang buat kerja-kerja paperwork, and pasa masa yang sama kena masuk macam-macam jenis meeting. Ini memang kerja dah level manager dah aku buat sedangkan aku engineer biasa je.
Disebabkan aku rasa aku tak pandai, aku selalu rasa rendah diri sampai aku rasa sekarang aku dah ada anxiety tiap kali nak pergi kerja.
Oh ya, lagi satu aku ni boleh dikatakan introvert ya. Aku jenis tak banyak bercakap dengan orang, and mungkin sebab tu aku kurang keyakinan diri.
Sekarang ni, aku rasa diri aku tak berguna dekat tempat kerja baru aku ni walaupun level aku bukan level fresh grad dah.
Tiap kali masuk meeting aku selalu kena tekan dengan ayat “you kan engineer.. you kan engineer..” Maksudnya sepatutnya aku tahu apa nak buat, tapi sebelum ni aku tak pernah buat pun benda tu sebenarnya.
Bos aku pun ada high expectation dekat aku sebab bekas engineer lama tu jenis yang happy go lucky, suara dia kuat, berani etc sedangkan aku ni macam langit dengan bumi dengan dia. So dia expect aku pun macam bekas engineer tu la.
Aku jadi tertekan, dengan sikap introvert aku, dengan kerja yang tak berkesudahan, dengan meeting yang banyak, dengan bos yang ada high expectation pada aku, dan mostly pada diri aku yang tak tahu apa-apa.
Aku masuk company Z baru sebulan tapi seakan-akan tak ada sesi pembelajaran dekat aku. Masuk-masuk terus kena perform.
Kalau dulu hari ahad aku boleh relax dekat rumah kemas-kemas rumah, tapi sekarang hari ahad aku dah tak tenang sebab esoknya hari isnin and macam-macam aku kena prepare
Ye, great salary comes with great responsibility. Tapi, kali ni aku rasa aku macam tak boleh. Jawatan aku sekarang, bukan level aku. Aku pernah tulis dekat twitter, aku minta pendapat keluarga.
Dekat twitter semua minta aku sabar n bertahan, sebab aku baru je masuk and mesti banyak benda aku tak tahu dan tak faham. Penolong bos aku pun suruh aku bertahan, tiap hari dia tanya aku ok ke tidak.
Dia kata masa awal-awal memang diorang ada high expectation dekat aku, sebab masa interview aku nampak tough and strong.
Entah aku jadi demotivated bila dia cakap macam ni. Aku terasa mesti dia kecewa and terasa tersalah pilih orang untuk jawatan aku ni. Dia suruh aku banyak bergaul & bercakap dengan orang jugak.
Kadang-kadang aku rasa musuh terbesar aku adalah fikiran aku sendiri. Aku asyik fikir je apa yang orang fikir pasal diri aku. Aku tak perform, aku tak pandai bergaul, aku pendiam etc. Sampai tahap aku stress.
Tapi aku tak boleh control fikiran aku. Aku takut buat salah, then kalau aku tak tahu aku diam je.
Kadang-kadang ada soalan aku nak tanya, tapi aku takut kalau aku tanya aku nampak bodoh, so aku diamkan aje.
And bila masuk kerja baru ni aku macam dapat rasa sebenarnya aku ni bukan jenis cepat pick up pun. Tapi aku tak tahu kenapa kawan-kawan cakap aku pandai.
Aku dah terfikir-fikir nak letak surat resign ni. Family aku sokong mana yang aku rasa terbaik. Kawan-kawan aku semua suruh aku try bertahan sekurangnya sampai habis tempoh percubaan (6 bulan)
Sekarang aku jadi lagi pendiam and takut dengan bos aku sebab dia ada high expectation dekat aku. Meja aku sebelah meja bos aku, hari-hari aku diam je.
Aku tak tahu nak borak apa, nak cakap apa. Aku tak selesa dengan bos aku. Top management dekat company Z ni semua bangsa cina ya. Aku sorang ni je la yang boleh dikatakan melayu yang berpangkat tinggi sikit.
Bila fikir balik, sebenarnya apa ya yang Allah nak tunjuk dekat aku? Senang je Allah lorongkan aku kerja dekat company besar walaupun aku rasa ada lagi ramai orang yang lagi layak.
Aku dilema sebenarnya Allah nak bagi cabaran dekat aku untuk berjaya? Atau Allah nak tunjuk dekat aku yang duit tak boleh beli bahagia?
Atau adakah Allah nak tunjuk dekat aku sebenarnya aku tak sesuai jadi engineer? Mungkin bila masuk company Z ni titik tolak aku untuk berhenti jadi engineer and jadi sesuatu yang lain? Buat bisnes ke, kerja sendiri ke? Aku betul-betul tak tahu.
Aku tak tahu apa yang patut aku buat sekarang. Kerja sekarang environment okay, cuma aku tak familliar lagi dengan officemate aku yang majoritinya cina and kerja aku yang level manager ni.
Aku memang tak tahu nak buat kerja aku. Aku sekarang macam baru 35%, tapi company push aku untuk bagi 100%.
Kalau resign, aku takut nanti aku tak ada kerja lain. Merempat kah aku nanti? Mesti aku akan bebankan keluarga aku.
Kalau bagi masa, sampai bila aku kena bertahan and sampai bila aku boleh kawal stress and anxiety aku?
Aku betul-betul buntu ;’(
– Mila (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit