Stay Or Move On?

Assalamualaikum semua, aku nak luah sikit masalah aku.

Aku suka seorang lelaki ni daripada aku sekolah rendah lagi dan sekarang umur kami dah 20 an.

Kami pernah bercinta tapi itu 9 0r 10 tahun yang lepas, masing-masing masih jahil dan tak matang lagi, lepas daripada tu kami tak pernah berhubung sehinggalah sekarang.

Aku pernah letakkan harapan dekat dia, aku pernah tunggu dia dan setia dengan janji dia.

Dia pernah janji lepas je kami habis degree dia akan masuk meminang aku masa umur kami 25 tahun.

Tapi tulah, janji sekadar janji. Janji tu dah terlalu lama, mungkin cuma aku sorang je yang teringat janji tu.

Sejak kebelakangan ni, dia sentiasa tengok story fb aku. Dia jugak pernah stalk ig story aku sebab aku tak private, sedangkan kami tak pernah follow each other.

Tapi dia tak pernah cuba untuk chat or tegur aku. Aku je yang selalu overthinking, kenapa dia selalu tengok story aku ye?

Sedangkan kawan-kawan aku pon jarang tengok story aku. Aku dah cuba untuk move on daripada zaman sekolah lagi, macam-macam cara dah aku cuba.

Aku buntu. Solat istikharah pon aku dah buat banyak kali, aku tak tahu apa jawapan solat istikharah aku.

Yang aku rasa aku tetap tak boleh move on daripada dia, aku keliru sama ada itu jawapan atau perasaan aku yang terlalu kuat untuk dia.

Aku nak sangat cakap dekat dia yang aku masih ada perasaan dekat dia, masih setia dengan janji dia. Tapi aku sedar, semua tu salah.

Dia pulak seorang hafaz quran. Aku cuma lah pelajar lepasan sekolah agama sahaja, aku rasa tak layak untuk dia apatah lagi untuk luahkan apa yang aku rasa.

Sekarang aku tengah struggle untuk ikhlas lepaskan dia pergi dan cuba untuk terima kenyataan yang dia mungkin bukan ditakdirkan untuk aku,

Tapi aku takut kalau aku kecewa bila dapat tahu yang dia mungkin suatu hari nanti akan berkahwin dengan orang lain.

Takkan aku tetap nak setia cintakan dia sedangkan aku dah nak habis degree umur aku pon tak jauh dari 25 tahun. Sampai bila aku nak macam ni kan.

Tapi hati aku seolah-olah tertutup. Ye, memang nampak bodoh kan. Tapi aku buntu. Aku tak tahu apa yang patut aku buat. Aku penat.

Aku dah cuba untuk bukak hati aku untuk lelaki lain tapi aku tak boleh, hati aku seolah-olah dah lock untuk dia.

Aku keliru, sama ada mungkin ke aku ni sudah move on atau aku cuma teringatkan dia saja? Bagi korang semua apa yang patut aku buat?

Perlu ke untuk aku stay atau move on? Anyone yang ada tips boleh la share. Aku rasa betul-betul buntu dengan diri aku.

– Ami (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *