Stesen Minyak

Assalamualaikum para pembaca, hari ni aku nak share adab² di stesen minyak.

Memandangkan aku kerja di stesen minyak, dan ada certain customers yang kami harap faham atas protocol kerja kami, maka aku mengambil keputusan untuk berkongsi serba sedikit tentang skop kerja aku, sebagai cashier stesen minyak.

Tujuan aku tulis ni sebenarnye nak menyebarkan awareness kepada semua masyarakat. Aku tak minta banyak, cuma minta kita semua bekerjasama memudahkan urusan masing².

Jadi adab yang pertama, setiap stesen akan mempunyai sekurang² dua kaunter. Sekarang kurangnya ya.

Ada saja stesen yang mempunyai 1 kaunter. Dan pelanggan boleh memilih sama ada ingin bayar di dalam atau di pigeon hole (tingkap kecil di sebelah kaunter).

Kalau ingin masuk dalam, sila scan MySejahtera/ tulis nama dan pakai mask. Yang menjadi masalah adalah pelanggan² yang bayar di pigeon hole.

Abang², kakak², kami manusia biasa. Kami faham awak semua kerja, kami pun kerja. Macam mana awak nak cepat, macam tu jugalah kami nak selesaikan dengan cepat. Maka, bagilah kerja sama.

Kami sanitizer pigeon hole tu setiap hari, selang 1 jam. Jadi tolong la, jika anda semua geli, pakai lah sarung tangan getah (jangan plastic kerana akan menyebabkan elektrostatik).

Jangan letak duit anda di atas pigeon hole. Kemungkinan besar akan jatuh di lubang bawah. Dan kami mohon, kadang² kami keliru berapa ringgit yang anda mahu isi, pam berapa anda berada.

Kami harap anda jangan marah jika kami mengulang pertanyaan. Kami cuma memastikan jumlah & pam anda.

“Tujuh ringgit!! Berapa kali nak cakap!!” “Tiga ringgit!! Tiga bukan tujuh!! Pam dua tiga! Pam dua tiga!!” Ye saya faham, anda semua mahu cepat. Bukankah tujuh & tiga bunyi ya seaakan sama.

Jika kami tersalah set, anda yang marah. Kami yang dipersalahkan. Bukankah kami juga manusia? Maka, saya mohon, para customer tolong lah cakap dengan jelas & pastikan pam anda. No di pam bukan untuk hiasan ya.

Yang ke 2,adab yang penting, setiap pam pasti disediakan skrin kecil si atas nozel² pam. Skrin itu adalah untuk menunjukkan bahawa transaksi anda di cashier telah diterima.

Maka, di skrin tersebut, akan tertulis bahawa anda boleh mengangkat nozel untuk mengisi minyak. Senang bukan?

Jadi, sementara menunggu di pam, kami mohon anda melihat skrin tersebut. Dan minyak mengambil masa sekurangnya 5 saat untuk keluar. Kami mohon, tolong lah bersabar sebentar.

Hal ini akan menyukarkan kami, jika anda menggunakan kad debit /credit dan anda meletakkan nozel semua.

Kami terpaksa me minta kad anda semua kerana transaksi sebelum dibatalkan sejurus anda meletakkan nozel. Kami juga yang dimarahi bukan?

Untuk menyenangkan kerja anda, kami menyediakan 2 orang pam attendant untuk membantu anda. Sekiranya ada sebarang kesulitan, jangan segan untuk bertanya kepada pam attendant.

Adab yang ke 3, jika anda tidak tahu untuk mengisi minyak, sila minta tolong pam attendant. Tetapi kami minta supaya mati kan enjin anda kerana jika berlaku sebarang kejadian yang tidak diingini, Bukankah anda akan menyalahkan kami?

Kami sangat mengalu-alukan jika anda ingin belajar cara mengisi minyak. Itu adalah lebih baik, daripada duduk di dalam kereta sementara PA (pam attendant) mengisi minyak.

Jika ada baki, anda boleh mengambil baki tersebut di kaunter. Sila cakap dengan jelas ke cashier yang anda mahu ambil baki pam anda. “Pam 5 minyak tak cukup la dik.” “Pam 4 minyak dapat RM45, tadi abang bagi RM50”.

Ayat² seperti ini boleh mengelirukan cashier. Sebaiknya cakap lah “Pam 5 tadi minyak penuh la dik. Ada baki pulak”. “Pam 4 ada baki dik, 5 ringgit”. Senang bukan?

Adab ke 4, jika anda ingin membeli barang² namun tidak memakai mask, dan meminta tolong kami, sila cakap barang² yang anda ingin beli dengan specific. Seperti contoh, and “nescafe ori 2 tin. 100 plus botol besar ori 1”.

Kebanyakan customer akan cakap “nak nescafe 2 tin. Nescafe ape ada? 100 plus 1.” Tu tidak jadi masalah! yang bermasalah adalah bila kami bertanya dengan lebih lanjut anda akan jadi annoyed kerana mengikut anda kami ni banyak bertanya.

Jadi, kalau anda ttidak specific, jangan marah apabila kami bertanya. Kami sekadar bertanya supaya tidak menyusahkan rakan sekerja kami yang lain untuk berulang alik mengambil barang.

Oleh kerana, stesen minyak beroperasi 8 pagi – 8 malam, ada certain minyak yang terpaksa buka jam 6am – 8pm. Maka, kedai runcit kami akan dibuka pada pukul 8am.

Sebarang pembelian rokok, roti dan etc hanya akan dibuka pada pukul 8am. Itu rules & regulations. Bukan kami tidak ingin menjual, tapi tu SOP nya.

Kami hanya bekerja mengikut arahan pihak atasan. “Kalau tak boleh beli barang jangan jual minyak” Abang², kakak², acik² kalau kami tidak menjual minyak, bagaimana anda mahu ke kerja jika minyak anda tidak cukup? Mahu naik basikal ke kerjakah?

Dan beri la kami hanya seminit untuk minum air kerana kami bukan robot. Hanya seminit sudah cukup untuk seteguk air. Itu kan common sense.

Setiap pam disediakan tong sampah. Tujuannya untuk membuang sampah. Kami harap anda nampak kewujudan tong sampah sebesar alam tu di pam.

Tolong jangan buang sampah di lantai. Buang resit di tepi pam, di dalam bekas air mengelap Cermin disediakan. Tong sampah tersebut bukan lah hiasan. Dah tahun 2021 kan? Mentaliti tak nak ubah?

Barang² di kedai runcit kami tidak sama harganya di kedai lain. Jangan lah merungut & mengatakan bahawa bos kami ingin mengaut untung. Kami hanya menjualkan mengikut harga yang kami beli. Jika anda tidak ingin membayar lebih, jangan lah beli.

Dan para customer, jika anda tidak ingin resit, kami mohon supaya berkata terlebih dahulu kerana kami akan memberikan resit kepada anda setiap transaksi yang dilakukan.

Jangan lah biarkan resit di atas kaunter setelah anda melihat transaksi. Tidak salah untuk meminta kami tolong membuangkan resit tersebut.

Kami tidak akan marah. Customers berbudi kami berbahasa. ‘Customers are always right’ tidak boleh dipakai selalu ya. Kalau hal tersebut salah, dan kami betulkan jangan lah anda memarahi kami.

Kami cuma ingin mengelak kekeliruan supaya anda tidak mengulang perbuatan yang sama. Kami tidak minta customers minta maaf, cuma cukup sekadar faham. Dan jika kami salah, kami akan meminta maaf.

Dan untuk acik² di luar sana, kami faham acik lebih tua. Lebih banyak makan garam dari kami. Dan kami perlu menghormati acik² semua.

Tapi acik, saling menghormatikan lebih bagus. Hulurkanlah duit dengan berbudi. Jangan lah campak di kaunter acik. Dan tolong lah bagitau acik pam berapa.

Bila kami bertanya acik marah. Jadi bagaimana acik? Bila bakinya kami letak di kaunter acik kata kami kurang ajar. Jadi maunya apa acik?

Kami berfikir acik mungkin geli pada tangan kami yang dikatakan banyak kuman covid ni. Jangan risau, kami memakai sanitizer dan membasuh tangan kami acik.

Dan tolong ikut SOP acik. “Nak mati mati jugak. Bukan sebab covid saja.” “Aku tak percaya covid² ni. Konspirasi saja ni.” but Bukankah mencegah lebih baik dari mengubati?

Maka, itulah adab² di stesen minyak para customer. Saya selalu pekerja stesen minyak berharap supaya anda faham apa yang ingin saya sampai kan.

Jika kami salah, tegur lah kesilapan kami dengan berhemah. InsyaAllah kami terima dengan baik. Kami juga manusia para customer. Tidak lari dari melakukan kesilapan. Bukankah elok kita saling bertolenrasi?

Tujuan kami hanya untuk memudahkan urusan anda, jadi kami mohon kerja sama dari anda. Jadi, terima kasih kepada sesiapa yang sudi membaca penulisan saya ni. Terima kasih.

– Perkerja stesen minyak (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *