Hi admin. Kalau artikel ni lepas, saya ucapakan banyak- banyak terima kasih.
Nama aku Jo. Johanna-anne J. Seorang perempuan. Ini adalah perkongsian aku tentang derita pesakit mental atau mental illness. Dulu, aku tak tahu apa itu mental illness. Rata- rata di dada akhbar kalau aku baca pasal orang terjun bangunan atau overdose, aku akan tertanya kenapa dia boleh bunuh diri sedangkan dia ada segalanya.. well, macam Chester Bennington- vokalis Linkin Park. Well, ada secara rasminya, sebab kematian dia adalah bunuh diri sebab gantung diri. Ramai orang kecam tindakan dia. Ada kata dia overdose, ada kata dia alcoholic. Macam-macam lagi. Ya… dulu mungkin aku kategori orang macam ni. Mungkin aku x lantang bersuara tapi aku tertanya dan pertikai dlm diam kenapa dia suicide sedangkan dia terkenal, banyak harta dan ada kawan-keluarga yang sayangkan dia.
Tapi, hakikatnya bila aku kena sakit ni, aku mula tengok hidup daripada perspektif baru. Contohnya, ada orang bunuh diri. Dalam situasi ni, akan ada dua kumpulan yang kuat hujah dia. Kumpulan pertama tu- yang kecam dia bunuh diri. Manakala kumpulan kedua- yang tak kecam dia bunuh diri. Majoritinya, ramai akan tergolong dalam kumpulan pertama tadi. Dan sangat sedikit orang nak cuba faham kenapa si mangsa bunuh diri. Tahukah anda, sebenarnya si mangsa tu tak nak bunuh diri pun. Tak ada manusia dalam dunia ni yang mahu bunuh diri. Tapi disebabkan tekanan dan sakit yang dihadapi, si mangsa ambil jalan uttk bunuh diri. Aku muka faham apa tu mental illness lepas aku sendiri hidapinya. Benar, aku pesakit Major Depressive Disorder sekali dengan anxiety.
Dua sakit ni buat hidup aku macam zombie. Tak ada rasa. Yang ada rasa negatif sepanjang hari. Aku dah lama ada sakit ni. Kalau ikutkan, sejak daripada form one. Masa tu, orang yang paling dekat dan paling aku sayang meninggal. Yes. That’s my mom. My truly bestfriend n mother dunia akhirat. Seawal umur 10 tahun, aku kehilangan mak. Aku sulung dan ada dua adik. Jadi aku terpaksa jadi dewasa dengan cepat. Aku kena uruskan rumah dan adik2. Aku kena jadi kuat depan adik2. Satu- satunya orang yang aku rapat dan berpaut adalah mak aku. Jadi bila mak aku dah tak ada, aku rasa seluruh kegembiraan aku hilang. Aku dah lupa cara untuk senyum dengan ikhlas. Aku dulu antara top student di sekolah rendah, yang aktif masuk itu ini. Sama ada daripada story telling sampai lah menari. Aku masuk semua sebab mak aku encourage. Tiap hari balik rumah bila ada masalah, rasa masalah tu lenyap bila aku tatap wajah mak aku.
Dengan mak aku, aku bercerita,bergurau senda. Ya. Aku akui sampai sekarang, tak ada lagi orang yang boleh bercerita sebegini dengan dia macam aku bercerita dengan mak aku. Dipendekkan cerita, lepas mak aku meninggal, aku terkejut mcm tak boleh percaya. Sebab semuanya macam mimpi ngeri. Aku ambil masa untuk terima kenyataan pahit ni. Tiap kali raya aku jadi benci bila melawat sanak saudara. Sebab aku diperkenalkan as anak yang tak punya mak pada orang ramai. Ibarat 10 kali ko pergi raya, 10kali orang akan cakap benda yang sama. Lepas tu, ayah aku remarried lagi. Sejujurnya, keadaan jadi makin teruk sebab aku tak boleh masuk dengan wife dia. Selalu kena marah dan dipersalahkan atas satu benda yang aku tak buat. Dan aku mulai sedar, bila aku masuk form one, aku jadi isolatekan diri daripada orang ramai, termasuklah kawan. Aku jalan sorang- sorang. Makan sorang- sorang. Aku sangat jarang bercakap. Sebab, aku rasa bila aku luah masalah, orang akan persalahkan aku. Akan menangkan wife ayah aku. Aku jadi frust sbb tak ada sapa backup aku.
Masa aku sekolah menengah, aku duduk asrama penuh. Jadi, setiap kali kena balik rumah, aku mengelak. Saja aku tawarkan diri untuk jadi urusetia acara apa- apa asalkan aku tak balik rumah. Aku rasa rumah tu bukan lagi rumah aku. Aku hilang segala kenangan dan sense mak aku dalam rumah tu. Aku rasa sangat sedih. Memandangkan aku jarang bercakap, aku memang tak ada kawan sangat. Lima tahun aku hidup macam ni sampai satu masa cikgu kelas aku ada tanya kenapa result aku turun mendadak. Masa tu aku memang menangis peluk dia. Hamburkan semua yang aku pendam selama ni sebab aku tak pernah cerita pada sesiapa pun. Aku berjaya masuk universiti yang jauh dari rumah aku. Aku sykur lagi sebab aku xde alasan untuk kerap balik. Aku jadi marah pada ayah aku sbb dia langsung tak backup aku bila aku kena marah dengan wife dia. Aku rasa macam sampah dan tak dihargai.
Aku rasa tak ada orang sayang aku. Jadi, aku terus jarakkan diri dengan keluarga aku. Lepas tu, aku dilanda masalah. Satu demi satu. Maslah keluarga, masalah kerja, masalah relationship. Berlaku dalam tempih yang dekat. Semua ni buat aku jadi semakin kurus. Tak makan. Tak boleh tidur untuk tiga bulan. Macam zombie. Aku jadi gagap dan cakap atau respon pada pertanyaan orang. Aku perasan job yang dulu aku boleh handle kini jadi amat payah untuk aku selesaikan. Keadaan aku makin melarat jadi aku pergi klinik swasta hanya untuk dapatkan ubat tidur. Dari situ aku tahu yang aku sebenarnya ada sakit depression. Doktor di klinik (3klinik swasta aku pergi) encourage aku untuk pergi jumpa pakar psikiastris dengan beri aku surat rujukan. Dan ya… aku pergi jumpa dr. Psikiastris dan aku dengan rasminya disahkan ada depression. Waktu tu, aku ambil keputusan untuk resign daripada kerja pertama sebab sakit ni mengganggu aku untuk kerja. Kali kedua, sakit aku datang serang lagi.
Kali ni sakit aku upgrade jadi MDD dengan anxiety. Aku menangis depan boss aku sambil minta resign sebab aku kena second major breakdown yang amat teruk waktu tu. Aku jadi sesak nafas, shaking dan juga tak boleh berfikir. Mujur boss aku faham dan proceedkn surat resign aku pd hr (kerja kedua). Aku ambil bebrapa bulan untuk berehat dan aku dapat lagi kerja. Tapi sekarang, keadaan aku masih lagi mcm ni. Bahkan lebih teruk. Aku perasan aku tak dapat buat keputudan untuk satu2 hal walau ia satu perkara yang mudah, aku tak dapat ingat dan fokus pada apa yang aku baca. Jadi, aku tahu yang sebenarnya badan aku dan mental aku beri aku petanda untuk major breakdown ketiga yang boleh jadi bila2 masa saja. Sapa yang ada mental illness ni bukannya mengada-ngada. Bukan attention seeker. Kami tak nak pun perhatian dengan cara macam ni. Setiap kali bila cuba jelaskan keadaan, kawan- kawan selalu label yang “setiap orang ada masalah dia. Cuma tunjuk tak tunjuk je.” Ya. Betul.
Semua orang ada masalah tapi janganlah bandingkan masalah awak dengan masalah kita kalau sepanjang hidup awak ada parent atau boyfriend atau adik-beradik yang selalu support awak. Aku tak cemburu sebab aku tahu Allah tu maha adil. Tapi aku sangat tak suka dengan statement tu. Tahukah awk semua yang otak orang normal dengan otak orang yang ada mental illness ni lain? Tahukah awk semua yang orang mental illness ni berjuang 10x untuk berlakon normal macam awak, si orang normal? Tahukah awak yang orang ada mental illness ni kalau boleh memang taknak orang lain tahu pasal sakit dia ni? Tahukah awk semua yang orang ada mental illnes ni mmg asyik berperang dengan inner demons dia supaya dia act normal dan tak cederakan diri dia? Ya. Saya mengaku saya pernah nak cederakan diri untuk shut down otak saya daripada realiti dunia ni. Tapi alhamdulillah, mujur Allah kejutkan saya daripada cubaan untuk cederakan / bunuh diri tu. Saya tak sedar saya ada dalam keadaan tu.
Kesimpulannya, saya nak beritahu pada orang di luar sana supaya cuba lebihkan sedikit pemahaman anda pasal mental illness. Fahami kenapa perilaku orang tu cmm tu. Dan jangan kecam membuta- tuli. Setiap apa yang berlaku ada sebabnya. Dan mental illness boekh terjadi pada siapa2 saja. Dan kepada yang suka declare diri sendiri tu ada depress tanpa pergi diagnosis dengan doctor psikiastris, nasihat saya, pergi jumpa doctor dan jangan memandai-mandai nak declare awak sakit mental apa semua. Bila awak declare tnapa keputusan rasmi drp doctor, sedikit sebanyak awak buat pesakit mental ni yang betul2 perlukan bantuan ni dikecam sbb mengada2 kununnya. Apa pun, please bezakan depress dengan stress. Itu adalah dua benda yang berbeza. Saya yang ada MDD ni pun naik geram bila orang asyik cakap dia depress bila sebenarnya dia stree dengan kerja. Yang penting, tolong fahami keadaan kami. Kalau tak nak faham pun, stop kecam. Terima kasih.
Iklas. Jo.
– Jo
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit