Pernah dengar tak pasal masalah psikologi berkaitan pemakanan? Contohnya Bulimia Nervosa.
Aku seorang pesakit Bulimia Nervosa dan aku juga seorang doktor.
Aku tak berani nak berkongsi masalah pemakanan aku dengan siapa-siapa. Sebab aku tak nampak mana-mana public support group Bulimia seperti di luar negara.
Untuk yang tak tahu, dalam bahasa pasarnya Bulimia adalah penyakit di mana seseorang mengeluarkan semula apa-apa makanan yang telah dimakan sama ada memuntahkan semula makanan atau pun menggunakan ubat pelawas buang air besar.
Sebab? Sebabnya pesakit bulimia ni sangat impulsive dan tak boleh kawal selera makan walaupun makanan tu hanya biskut kering cecah air milo.
Kemudian, selepas makan dengan kuantiti yang banyak (binge eating), akan munculnya perasaan serba salah yang sangat teruk,
Sehinggakan sanggup memuntahkan semula makanan atau sanggup menahan sakit perut yang memulas-mukas dan cirit birit selepas telan ubat pelawas.
Berat pesakit bulimia ni tak lah ideal selalunya. Ada pesakit yang berat maintain normal. Tapi ramai pesakit yang beratnya masih berlebihan (overweight atau obese sikit).
Setiap hari akan rasa menyesal, tak nak buat lagi dan sebagainya. Tipulah kalau pesakit bulimia tak sengsara. Mereka sengsara sebab :
1. Duit habis beli makanan.
2. Menyesal tak sudah sebab muntahkan semula makanan.
3. Risau kesihatan diri bila asid perut naik ke salur pemakanan dan mulut berulang-ulang kali. Risau komplikasi, diketahui orang dan macam-macam.
4. Sedih dan stress bila masih rasa gemuk walaupun BMI masa tu dah normal.
5. Penat untuk ulang masalah yang sama dan penat berlakon normal di depan semua orang.
Begitu juga dengan pesakit anorexia yang tak nak makan sampai badan tinggal kulit dan rangka. Masalah psikologi ini menyebabkan mereka terlihat diri mereka terlalu gemuk walaupun badan hanya tinggal rangka.
Tapi disebabkan stigma rakyat malaysia dengan masalah kesihatan mental, aku yang bekerja dalam bidang kesihatan sendiri ni pun takut nak minta pertolongan pakar.
Sebab rakyat kita hanya simpati dengan masalah yang boleh nampak dengan mata kasar. tetapi tidak dengan masalah kesihatan mental.
Aku turut simpati dengan silent survivor yang bertarung dengan masalah kesihatan mental. Tapi aku respect mereka sebab mereka diuji seberat itu sebab Allah tahu mereka mampu menerima ujian besar itu.
Pernah sekali pesakit mengadu minta dimasukkan ke hospital sebab tidak tahan mendengar banyak sangat suara berborak/ ketawa/ marah/ maki hamun di dalam kepalanya secara serentak untuk beberapa hari minggu.
Kita kalau anak bising masa kita tidur pun boleh stress, apa ntah lagi mereka.
Aku pernah beli ubat untuk masalah aku. Tapi masih agak sukar dikawal walaupun ianya tidak sekerap dulu.
Dari segi kerja, aku masih boleh bekerja dan beri perkhidmatan sebaik mungkin dengan sepenuh hati aku. Sebab aku bukan jenis doktor ‘touch & go’.
Aku akan cuba bantu pesakit seperti mana aku nak dibantu. Sebab aku percaya kalau aku permudahkan urusan orang, Allah akan permudahkan urusan aku dan anak-anak aku.
Aku harap, pembaca boleh doakan aku supaya sembuh dari penyakit ni. Dan aku doakan agar semua survivor di luar sana juga mampu sembuh.
Hentikan stigma kesihatan mental. Tak boleh simpati, Jangan caci.
– Meez (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit