Assalamualaikum semua. Aku Fezzul berumur 22 tahun. Aku salah seorang pesakit mental dan pernah alami d3pr3ssion.
Untuk pengetahuan semua aku dapat penyakit ni semasa aku first year degree dalam kos pendidikan agama islam yang keluarnya akan menjadi seorang ustaz.
Aku sedih dengan stigma masyarakat sekarang yang mengatakan orang yang ada d3pr3ssion ni sebagai ‘lemah iman’, kurang baca quran, tidak solat dan kurang berzikir. Aku sendiri pelajar agama dan aku buat semua tu tapi tetap kena d3pr3ssion.
Please tolong ubah mentaliti tu. D3pr3ssion ini adalah satu penyakit sama macam kencing manis, darah tinggi dan bukan sebab lemah iman ya. Jawapan ni aku dapat dari doktor aku sendiri yang merawat aku.
Orang kalau ambik bidang psikologi memang mereka akan belajar berkaitan penyakit mental ini dan memang ada ada doktor khas yang merawat penyakit ni iaitu psychiatrist.
Daripada pengalaman aku sebagai pesakit d3pr3ssion dulu aku pada mulanya insomnia iaitu tidak boleh tidur disebabkan terlalu overthinking. Disebabkan terlalu stress yang terlampau otak tidak dapat berfikir dengan betul dan waras.
Aku dulu pernah dengar bisikan yang suruh bvnvh diri padahal aku tidak ada niat langsung nak bvnvh diri. Otak aku masa tu memang tidak boleh fikir apa-apa dan macam kena virus. Aku d3pr3ss bukan sebab belajar tapi sebab tidak boleh menyesuaikan diri di tempat baru.
Banyak masalah berlaku dalam satu masa yang sama so memang aku tak boleh nak handle emosi aku. Aku suka ja belajar sebab tu keputusan setiap exam besar aku dapat cemerlang.
Jadi aku ambik keputusan untuk behenti belajar dan mood aku pada waktu tu memang sentiasa sedih.
Hari² aku menangis. Tiada selera nak makan. Tiada tenaga, tidak boleh fokus, menjadi pelupa sampai satu tahap nak bawak kereta pon tak boleh sebab tak ingat cara nak bawa kereta. Dan hari² otak ni fikir non stop nak m4ti ja.
Perkara ni berlanjutan smpai 3 bulan duduk dalam bilik tak keluar rumah sebab sakit d3pr3ssion tu is real. Bayangkan otak tu tak boleh function dengan betul. Memang penat sakit d3pr3ssion ni.
Apabila keadaan dah semakin teruk parents aku bawak pergi berubat merata. Rawatan islam mengatakan aku kena saka la. Jin ganggu aku la macam-macam ustaz tu kata. Dan memang aku tak sembuh pon pi perubatan islam.
Then, cuba jumpa doktor di hospital swasta dan doktor tu mmg mengesahkan aku menghidap penyakit d3pr3ssion. Pada mulanya memang bnyak ubat yang aku makan. Dan Alhamdulilah emosi aku semakin stabil dan aku nampak perubahan dalam diri aku.
Aku dah boleh senyum dan mood aku pon dah tak sedih. Dan sekarang aku sempat bekerja sebagai guru kafa ganti di sekolah agama rakyat. Dah 4 bulan aku bekerja dan tidak stress lagi.
Alhamdulilah guru besar sangat baik. Suasana kerja pon lebih positif. Aku bersyukur sangat sebab dapat menjalani kehidupan sebagai manusia normal yang lain.
Tapi ubat aku still kena makan doktor tak bagi stop ubat takut keadaan d3pr3ss tu berulang kembali. Inshaallah aku juga akan sambung belajar balik ambik degree kalau ada rezeki sebab aku dah mohon UPU balik.
Dan alhamdulilah lagi aku juga dipanggil untuk hadiri temuduga bagi jawatan pembantu Syariah mohon doa kalian juga ya. Aku yakin semua yang berlaku ada hikmah sentiasa bersangka baik dengan Allah.
Akhir kata, Aku harap masyarakat dekat luar sana tolong la fahami orang yang berjuang dengan penyakit mental ni.
Jangan sesuka hati menuduh yang bukan². Kalau tiada ilmu berkaitan penyakit d3pr3ssion ni lebih baik diam. Jangan anggap kami ni sengaja mencari attention sedangkan kami ni betul² dalam keadaan sakit.
Tolong belajar banyak lagi ilmu berkaitan penyakit ni sebelum mengeluarkan pendapat yang pelik. Aku tulis ni sebab aku nak sebarkan ilmu dan kesedaran dekat masyarakat tentang keadaan sebenar penyakit d3pr3ssion ini.
– Fezzul (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc. com/submit