Assalamualaikum semua. Terima kasih admin sebab siarkan confession ni. Sempena Hari AIDS Sedunia, aku sebagai People Live with HIV (PLHIV) harap masyarakat dapat menerima orang-orang macam kami.
Walaupun kami PLHIV, kami datang dari pelbagai latar belakang seperti golongan professional, agamawan, ahli perniagaan dan lain2.
Kami juga menyumbang kepada negara ni. Ramai yang tidak tahu sebab stigma dalam masyarakat tu masih mendalam. Jadi kami memilih untuk sembunyikan status kami ini.
Seperti ramai yang tahu HIV bukanlah ‘death sentence’ seperti tahun 1980 dahulu. Dengan rawatan terkini iaitu Highly Activated Anti Retroviral Therapy (HAART), kami boleh jalani hidup seperti orang yang sihat.
Lifespan kami juga seperti orang yang tanpa HIV. Dengan rawatan HAART juga membantu jangkitan kami ni tidak dapat disebarkan termasuklah melalui seks.
Kami juga boleh berkahwin (dengan syarat dipersetujui dengan orang yang dikahwini , dan orang yang dikahwini perlu tau status kami). Walaupun berkahwin kami boleh dapat anak seperti orang lain tanpa menjangkiti pasangan atau anak. Itulah kebaikan rawatan HAART masa kini.
Rawatan HAART boleh didapati di klinik-klinik kerajaan. Dan ubat ini kami perlu ambil sampai akhir hayat kami kecuali lah penawar/vaksin HIV ni dijumpai. Rawatan HAART ni diambil (1-2 biji sehari, berbanding tahun 90 an 20-30 biji sehari).
Fungsi HAART adalah untuk mengurangkan beban virus (viral load) dalam badan sehingga tidak dapat di kesan oleh ujian (Undetected viral load -UVL ).
Dengan bahasa mudah kita menidurkan virus HIV dalam badan dari beranak pinak tapi tak dapat hapuskan. Sekiranya PLHIV berhenti makan ubat walaupun sehari mereka viral load mereka boleh naik kembali dan virus itu boleh jadi kebal.
Seperti yang ramai tahu virus HIV ni dapat disebar 4 cara iaitu melalui seks tanpa kondom, perkongsian jarum, ibu mengandung ke bayi dan melalui pemindahan darah. Tidak boleh disebar melalui ciuman, pelukan, pengkongsian sudu/garpu, tandas dan nyamuk.
Jadi janganlah jadikan kami macam orang yang menjijikkan. Bukanlah kami ni semua terkena virus ni melalui s*ks, ada yang melalui pemindahan darah, ada yang disebabkan dir0gol, ada yang terkena semasa kecil dan dilahirkan dengan HIV kerana ibu bapa mempunyai HIV (tidak ambil HAART).
Untuk zaman sekarang, ramai yang menhidap HIV boleh hidup dengan HIV. Tapi kami boleh mati disebabkan stigma masyrakat. Dari rakan sekerja, majikan, ahli keluarga bahkan dari pekerja sektor kesihatan tu sendiri.
Ramai malu untuk mendapatkan rawatan HAART, sebab akan ada mak cik pakcik bawang mengadu domba tentang diri. Akhirnya PLHIV terkena AIDS.
AIDS adalah keadaan dimana CD4 (askar dalam badan) dibwah 200 dan badan tak boleh lawan penyakit yang orang biasa boleh lawan.
Ada juga orang dah ambil HAART bertahun lama, tapi disebabkan stigma masyarakat mereka berhenti makan ubat disebabkan kemurungan dan tidak kuat untuk teruskan hidup. Jadi mereka memilih untuk membunuh diri secara perlahan-lahan.
Berbalik kepada stigma masyarakat, aku berniat untuk tulis confession ni lepas tengok komen2 netizen yang mengutuk, mencaci orang-orang yang ad HIV. Jangan lah membenci dan menjauhi kami. Jauhkan lah diri dari HIV tu sendiri.
Untuk aku bila baca aku sedikit tidak lah kesal. Tapi untuk orang2 yang kena HIV ni lah mereka belum cukup kuat untuk ujian ni, ditimpa pula dengan caci maki masyarakat.
Ingatlah aku dulu tak pernah pun terdetik aku ni akan kena HIV. Tapi ambil ini sebagai ujian Allah. Orang lain diuji dengan cara lain. Untuk PLHIV yang dah menghidap lebih setahun. Anda memang kuat dengan ujian ni dan teruskan makan ubat dan hidup seperti orang biasa.
Hentikanlah stigma kepada PLHIV. Ujian kami adalah HIV, ujian utk yang lain Allah yang Maha Tahu.
Sekian…
– PLHIV terkesal (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit