Assalamualaikum, salam keluarga Malaysia. First sekali, aku nak ucapkan terima kasih jika penulisan aku diterbitkan.
Seperti tajuk, aku hanya ingin mengulas sedikit pandangan aku terhadap wanita berstatus janda di Malaysia.
Aku sering mendengar orang2 di sekitar aku atau di media sosial sering memaparkan bahawa Janda ini sering dikaitkan dengan perkara-perkara negatif.
Misalnya kuat menyondol lelaki orang, wanita yang bermasalah maka sebab itu ditinggalkan, wanita yang dikatakan sebagai gatal dan banyak lagi.
Aku tak nafi wujudnya golongan seperti itu di kalangan J. Tetapi, kita tidak boleh menafikan juga bahawa sifat2 negatif di atas juga boleh dilihat pada wanita-wanita bujang.
Pokoknya, tidak kira bujang atau janda kerana semuanya atas individu itu sendiri.
Aku cakap macam ni kerana aku juga dikelilingi oleh rakan2 pejabat dan keluarga yang berstatus J.
Hampir kesemua mereka aku kenali dan masing2 seorang yang bekerjaya, profesional dan matang.
Status J hanyalh kerana ujian di masa lampau mereka, ada yang cerai mati.
Ada yang aku kenal, begitu baik, namun diambil kesempatan oleh bekas suami untuk minta duit, tidak bertanggungjawab nafkah atau untuk anak,
Lantas wanita2 ini berfikir untuk keluar dari perkahwinan yang hampir tenggelam ini dengan tuntutan fasakh.
Ada yang habis duit beribu ringgit untuk tuntut fasakh kerana mempunyai bekas suami yang tak bertanggungjawab, main kayu tiga dan sebagainya.
Pada aku, itu hak mereka untuk memastikn masa depan mereka lebih stabil dan bahagia di masa depan dengan insan yang betul.
Percayalah kata aku, mereka yang bercerai atau tuntut fasakh ini sangatlah tidak mahu status J itu melainkam terpaksa, demi kehidupan yang lebih baik.
So, J hari ini bukanlah J yang seperti kita dimomokkan di media sosial.
Kebanyakkan mereka adalah wanita yang kuat, tabah dan akhirnya menjadikan diri mereka resilience kerana dah tempuh macam2 di masa silam.
So aku harap stigma terhadap J ni wajar dihentikan. Mereka juga sama seperti wanita dan manusia lain.
Masyarakat di barat juga tidak mendiskriminasikan janda/ balu ini kerena fikiran mereka telah jauh ke hadapan.
Buat kawan2 aku yang berstatus J dan anda yang J di luar sana, janganlah korang resah, aku percaya korang semua sangat power, kuat sebab tu korang berada pada tahap yang korang ade pada hari ini.
Aku sebagai lelaki pun respect dekat korang.
Itu sahaja pandangan dari aku. Semoga sama2 kita hormati baik lelaki atau wanita, bujang atau janda. Kita semua, sama saja di kehidupan ini. Wallahualam.
– Farid (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit