Stop Being Insecure

Salam dan hai kepada semua pembaca iium confession :)
Terima kasih jika post ini berjaya di siarkan .

A little bit of introduction. Aku seorang perempuan dan umur aku dalam lingkungan 20 an. aku ni di kategorikan dalam perempuan yang biasa2 je. takdelah lawa and takdelah teruk sangat. my point in this confession is that, aku selalu perhatikan yang perempuan2 kat luar sana selalu insecure bila nampak orang yang lagi cantik. biasalah budak2 muda kan, takde keje je, mula lah scroll instagram, facebook and so on. biasanya mesti ada lah ayat yang akan keluar dari mulut2 perempuan ni ‘ insecurenye tengok’ ‘cantik gile weyh’ ‘untunglah cantik’ and so on. Yes, memang ramai gila orang yang cantik kat luar sana tapi kenapa kita kene rendahkan keyakinan kita sendiri. Semua orang cantik dengan cara yang tersendiri.

Aku mengaku, menjadi yang kurang cantik memang akan rasa rendah diri sikit lagi2 bila berjalan dengan orang yang cantik, duduk semeja dengan orang yang cantik, sekelas pulak ramai yang cantik2. sampaikan aku dulu bila time nak present kat depan tu punyalah tak yakin sebab fikir ‘ nanti mesti diorang tengok jerawat aku’ , ‘mesti diorang kata muka aku pucat’ and so on. Sampaikan kadang2 bila bercakap, aku selalu larikan pandangan mata aku and muka aku sbb aku rasa insecure.

And one day, aku suarakan kesedihan aku ni dekat mak aku. and kata2 dia tu memang sekarang aku jadikan pegangan aku and pembangkit semangat aku tiap kali ada orang mengejek atau membandingkan aku dengan orang yang lebih cantik.
Mak aku cakap, there are something yang orang yang kurang cantik ni patut bersyukur sebab dia dikategorikan sebagai kurang cantik.

1. Sebab cantik juga adalah satu ujian dari Allah. Macam mana orang yang cantik ni nak handle perasaan bangga, riak and so on. mcm mana diorang handle pujian dari orang. Macam mana cara untuk dia hilangkan atau jauhkan diri dari fitnah. itu semua ujian. bersyukurlah kerana kita dijauhkan dari perkara seperti itu. menjadi yang kurang juga satu ujian. Ujian mcm mana kita tunjukkan yang kita ni bersyukur kepada Maha Pencipta.

2. At least, kita kenal the one yang memang sincere berkawan dengan kita. kita tahu dia kawan and sayang kita bukan sebab rupa. I have one friends yang memang cantik, body lawa sume lah. Tapi, dia susah dapat dengan orang yang betul2 ikhlas sayang dia. You know why? sebab kebanyakan yang datang dekat dia semuanya memandang rupa. Sampaikan kawan aku ni macam dah fobia. Bila ada orang suka dia je , dia akan rase sangsi yang betul ke lelaki tu ikhlas sayang dia, ke just sebab rupa and body dia.

Tulah 2 nasihat dari mak aku yang bila aku rasa insecure je, aku akan ingat.

Kepada kawan2 perempuan di luar sana ingatlah semua orang cantik. Cantik is subjektif. Kadang2 kita rasa kita tak cantik, tapi ada someone yang rasa kita cantik. kalau bukan sebab rupa mungkin dari segi keyakinan kita, kredibiliti kita, karisma kita and so on. So jangan pernah rasa rendah diri. Aku paham. Aku pon orang muda yang memang kalau takde keje dok usya hijabster2 dekat instagram. Serious diorang memang cantik2 tapi, apa kita tahu cerita disebalik gambar2 diorang tu. Ada yang seems happy , nampak gambar selalu hangout dengan kawan2, dok food hunting sana sini. Tapi kita tak tahu yang bila dia balik rumah je dia rasa sedih sebab tak rasa bahagia ke atau apa2 lah. It could be anything. Ada yang kita nampak sampai beribu ribu like and komen tapi, ada kita tahu tak antara yang like and komen tu sape je yang ikhlas. Semua tu kita x tahu. Ada yang cantik and ramai peminat tapi laki asyik dok bertukar je sebab takde yang btol2 sayang. Ada yang kita tengok, dah lah cantik, kaya pulak tu tapi apa kita tahu kalau dia punyai keluarga yang bermasalah. Ada yang kita tengok perghh muka flawless, badan cantik, tapi kita tak tahu berapa diorang berhabis duit untuk semua tu.

So stop be insecure. Love yourself. Cari point kekuatan dalam diri korang untuk naikkan keyakinan korang balik. Contoh, kalau kau gemok sekalipon, see point no 1 and 2 kenapa kau patut bersyukur yang kau gemok. And mesti ada something yang menarik dekat diri kau. Try to figure it out. Mungkin even kau gemok, kau ramai kawan. Kau disenangi orang. Kau petah bercakap didepan, kau pandai berjenaka and sebagainya. Allah itu Maha Adil. Dia kurangkan kau bahagian ni, Dia lebihkan kau bahagian lain. Macam orang cantik jugak. Cantik ialah kelebihan diorang tapi kekurangannya pulak mungkin tak reti berkawan and sebagainya. Dulu aku ada kawan yang memang cantik. Tapi bila ada perbentangan kat depan asyik buat marah orang je. Sebab apa? sebab suara macam dalam kelambu, lepastu dok menyorok belakang kawan lah apa lah. So, thats my point. Love yourself.

So senang cite, pape pon berbaliklah kepada Sang Pencipta. Setiap apa yang Dia lakukan, bukanlah sia2. Pasti ada hikmah disebaliknya. Cantik ke hodoh ke, kaya ke, miskin ke, itu semua hanya ujian dariNya untuk kita didalam dunia serba fana ni. Apa2 pon, bersyukurlah. Kalau rupa dan harta adalah segalanya, tengok je artis kita ni. itu pon dah cukup untuk jadi contoh yang terbaik. Masakan yang cantik, kaya pon bercerai-berai. Pokoknye, itu semua ujian.

Tu sajalah. Thanks for reading :)

– the ugly duckling

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit