Stop Downgrading Form 6

Hai, aku nak reply pada post ini – https://iiumc.com/ilmu-tak-berkat/

Aku geram sebenarnya baca confession ni. Eh, cikgu2 tu dah apahal? Kurang ajarnya label budak2 masuk form 6 ni sebab kena reject (that’s how I interpret it).

Aku tak faham jenis cikgu2 benak macam tu. Kau jadi cikgu sebab kena reject dengan kerjaya lain juga ke? Ada orang paksa kau jadi cikgu ke? Or sebab cikgu ni kerja stable, under kerajaan & ada pencen?

Ini aku tujukan kepada guru2 yang terasa la ya. Siapa makan cili, diala yang terasa pedasnya.

Kepada form 6 students, jangan jangan JANGAN rasa rendah diri just because you decide to be in form 6! Bukan satu kesalahan besar atau dosa untuk kita pilih masuk tingkatan 6.

Ada orang nak masuk tingkatan 6 sebab it’s a short cut to degree. Ya lah, setahun setengah je then boleh sambung degree. Kalau nak shortcut lagi, matriks la. But of course kena extra pandai haha.

Untuk masuk form 6, memang la senang tapi yang stay sampai grad tu berapa ketul je tinggal.

Sebab apa? Sebab form 6 ni bukan senang! Tak silap aku STPM ni antara exam paling susah di Asia Tenggara (kalau dah berubah aku tak tahu la. But last time aku baca, STPM exam no. 1 paling susah kat SEA)

And ada juga yang masuk form 6 sebab paksaan keluarga. Or tak mampu nak sambung diploma terus.

Diploma je dah 3 tahun. Dengan yuran lagi. Kalau masuk uni swasta, lagila.

Form 6 pula tak de yuran. Sekolah je macam biasa. Except for some schools (those official Kolej Tingkatan 6 – tak bercampur dengan SMK), ada yang perlu bayar yuran or some sort? Itu pun bukan banyak.

Paling2 pun tak sampai RM200. Untuk kegunaan aktiviti sekolah juga.

Satu lagi, bukan semua orang ada ability yang sama. Ada yang lambat tangkap pelajaran, ada yang sekali ajar terus masuk ada juga yang langsung tak dapat brain pelajaran tu.

Kalau cikgu2 ajar baik2, betul2, even yang lambat pun ada motivasi untuk terus belajar. Assistlah, wahai guru! Jangan dibiarkan anak murid tu terkapai2 sampai lemas budak tu!

Sorryla, tapi aku memang pantang orang yang merendah2kan form 6.

“Ee masuk sekolah lagi.”

“Macam budak2.”

“Orang lain dah masuk uni, kau masih kat sekolah.” *proceed to gelak

“Tak suka kena pakai baju sekolah.”

Oi. Buka mata la. Luaskan minda hang. Form 6 dah lama tak perlu pakai uniform.

Itu antara komen2 aku pernah dengar & dapat sendiri even dari kawan rapat.

Eleh. Yang masuk uni lepas SPM tu juga la dah banyak hutang dengan PTPTN. Dah la guna PTPTN untuk diploma, pastu sambung pula ke degree. At least kitorang yang masuk form 6 ni, tak de PTPTN. Hutang pun kurang.

Aku bukan nak merendahkan orang yang tak masuk form 6. Part ni aku terluah pula komen2 negatif pasal form 6 ni haha. Siapa makan cili, dia terasa pedas ya~

Oh ya, kalau kau thrive dalam form 6 ni – serious peluang kau untuk masuk uni lebih cerah. Kau tahu kan? Masa kau apply UPU, kerajaan akan dahulukan student form 6 untuk kemasukan uni.

Peratus untuk student form 6 masuk uni for degree lebih tinggi berbanding student bukan form 6. Even student yang dapat result cukup2 makan untuk STPM pun boleh lepas masuk uni.

Aku pun dulu kena paksa dengan parents masuk form 6 ni. Tapi aku turutkan je sebab course yang aku minat tak de untuk program diploma hahaha.

Alhamdulillah, aku dapat ramai kawan yang baik. Well, satu kelas baik sebenarnya. Semua sporting, support each other. Lepas habis form 6, buat reunion etc. Ukhwah masih kekal ada.

Kepada penulis confession https://iiumc.com/ilmu-tak-berkat/ – aku doakan kau tabah. Semoga semuanya berjalan dengan lancar untuk kau. Semoga terus kuat! You can do it!

Aku tak reti buat kesimpulan, so aku tamatkan di sini sahaja. Sekian.

P/s: Terima kasih sudi baca.

– Soo (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *