STPM

Assalamualaikum and Hai. Ni first time aku tulis dekat sini. Selalu jadi tukang baca jee. Maaf kalau confess ni panjang, hehehe. Okaylah aku perkenalkan tentang diri aku sikit lah ea. Aku perempuan umur pulak lagi setahun nak masuk 20. Tua dah, hehehe.

Macam yang korang tau lah Kan umur aku 19 tahun and budak budak baya aku kebanyakkannya semua dah pun sambung belajar. Tak terkecuali lah aku, aku pun sambung belajar jugak tapi aku sambung STPM tak masuk uni, kolej, poli or etc.

Dekat form 6 aku belajar subjek muet, bm, pengajian am, sejarah dengan pengajian perniagaan. Bila aku dah masuk form 6 ni baru lah aku faham perasan abang² kakak² yang masuk form 6 jugak. Rasa macam diperlekeh kan pun ada jugak kadang² tu. I feel bad bila orang tanya aku, aku sambung mana?

And then bila aku jawab sambung form 6, semua macam owhhh lepastu sambung lagi tanya kenapa tak nak masuk uni? Tak lepas ke? Aku rasa macam, “makcik, makcik ingat orang yang sambung form 6 ni semua yang tak lepas masuk uni ke”.

Okay sebelum aku terlupa, aku SPM result aku boleh tahan baik. Ada gred A dengan gred B je. Okay sambung balek, sorang dua yang tanya and bagi jawapan macam tu aku okay lah lagi tapi ni hampir semua yang tanya bagi jawapan yang sama aku fedupla jugak. Tapi sabar jela, boleh buat apa lagi?

Lepastu orang ramai ingat STPM ni senang. Aku pun mula² masuk aku rasa okeyla boleh lah score tinggi. Lepastu bila cikgu tunjuk markah² peperiksaan UPK1 batch yang lepas², ada yang dapat markah 5, 20, 50. Tak lulus pun macam biasa. Aku terkejut jugak tengok markah dorang tu. Time tu aku niat kan dalam hati “ya Allah semoga markah aku tinggi ya Allah”.

Haritu kitaorang exam UPK1, aku buat sehabis baik lah tapi tak ade lah baik sangat, hehehe. Esoknya nak exam, malam baru aku baca buku. HAHAHAHA. Dan haritu result keluar, ha hamek kauuu dari 4 subjek yang aku exam, satu je yang aku lulus, bm. Yang lain suma kelaut. Aku terkedu gila kut. Macam “apa yang aku jawab time exam?”

Sejak dari tu aku tahula nak lulus STPM sangat lah susah. Sebab apa? Okay sebab yang first adelah cikgu tanda paper exam kau tegas, maksud Kat sini adalah tanda ikut skema. Apa yang kau tulis betul tapi tak ada dalam skema, maksudnya jawapan kau SALAH. Walaupun jawapan tu betul kalau ikut logik akal.

Second, soalan STPM sebenar disediakan oleh pihak MPM dan skema jawapan pulak disediakan oleh pensyarah universiti. Dekat sini korang pun da boleh agak yang memang susah lah nak lulus.

Pemikiran pensyarah dengan budak STPM Tak sama. Lepastu ikut die la jawapan² yang Ada dalam buku teks tu suma nak masukan dalam skema ke tak. Dalam buku teks mmg betul jawapan tu tapi dalam skema tak ada. Jadinya jawapan kau SALAH.

Okay, kita lupakan topik skema jawapan. Sekarang aku nak cerita pulak pasal pelajaran STPM. Ramai yang anggap belaja STPM Ni senang je. Dip, matriks, asasi tu suma lagi susah. Excuse me, kau ingat belaja STPM ni belajar ABC ke sampai kau ingat senang? Aku pun bukan lah nak kata susah sangat² tapi awak² semua tak boleh lah cakap macam tu dekat budak STPM.

Setiap tempat belaja setiap subjek yang diambil itu kan ada kesusahan yang tersendiri. Korang Tak sambung STPM jadinya korang Tak tahu kesusahannya. Samalah macam budak STPM, tak tahu kesusahan amek diploma sebab kitaorang tak amek diploma.

So dekat sini suma pihak jangan nak bangga sangat kata dia belajar lagi susah. Semua orang belajar, susah. Tak Ada yang belajar, senang.

Macam aku, aku belajar bahasa melayu. Orang akan fikir, “alaa bahasa melayu jee, senang je nak lulus”. Sebenarnya anda silap. Walaupun Kita bertutur dalam bm, tapi bm STPM susah untuk lulus. Okay aku bagi contoh apa yang aku belajar : konsonan dua bibir bersuara – b (beh). Cara untuk membunyikannya :

1. Dua bibir dirapatkan.

2. Lelangit lembut dinaikkan rapat ke belakang rongga tekak.

3. Udara dari paru² melalui rongga mulut Dan dibiarkan tersekat di bahagian belakang rapatan dua bibir itu.

4. Sekatan udara dilepaskan serta merta.

5. Pitar suara digetarkan.

Okay tu adalah salah satu yang aku belajar macam mana bunyi (beh) tu terhasil dan itula tadi prosesnya. Proses yang macam tadi tu ada 37 proses yang kitaorang kene hafal, huruf yang berbeza beza. Bahagian lidah pulak berbeza. Ada depan sempit, depan separuh sempit, depan separuh luas, depan luas, macam² lah lagi.

Nak share banyak lagi sebenarnya tapi tula rasanya macam dah panjang sangat ni. Hahaha. Untuk Korang yang baca confess ni, doakan lah aku berjaya dapat pointer 3.++ ke atas setiap sem.

Assalamualaikum, byee.

– Cik STPM (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *