Hi semua. Ni bukan confession, tapi soalan je.
Sempena musim keputusan SPM keluar ni kan. Nak tanya, ada tak dalam kalangan kawan, atau mungkin saudara mara korang yang dapat straight A,
Result memang cantik tambah tambah lagi aliran sains tulen yang tak sambung belajar di mana mana tempat?
Sebab ada jiran aku dapat straight A tapi dia kata dia macam takde passion nak belajar untuk degree/ diploma/ kemahiran lagi, macam dah takde semangat.
Dia macam letih asyik belajar belajar belajar je. Dia memang akan buat “the best at the current situation”.
Macam SPM, dia tak boleh nak elak, so dia memang study gila gila supaya dapat buat the best.
BTW dia ada bisnes kecil kecilan sejak sekolah, memang orangnya berkemahiran tak setara dengan usia. Kiranya memang sangat stable lah untuk dia sara diri atau berkeluarga nanti.
Bisnes dia pun dia buat lain dari orang lain, kiranya dia memang nak jadi the best macamtu lah.
Soal belajar, dia kata dia nak ambik macam short course/class yang pendek je yang berkenaan bisnes yang dia tengah buat, hanya untuk tambah tambah ilmu je. Dia nak cari guru je, bukan nak tambah pendidikan secara formal.
Jiran aku minta tanyakan. So far aku tengok bisnes dia makin maju dan dia pun happy je hari hari.
Mungkin dia tiba-tiba minta pendapat aku sebab dia insecure kot kawan kawan dia semua dah nak habis diploma, ada yang enrolled medschool apa semua.
Result dia memang top meletup, takde A-. 6A+ dengan 3A solid, kalau ikutkan memang result yang orang pakai untuk masuk medic, belajar oversea.
Apa pandangan korang?
– Puan Nicki Minajiah (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
dah minat dia buat bizz biarlah yg ko sibuk nk atur hidup dia da kenapa?? result ko berapa pulak? xde A? pttla bebal.